18 August 2009

Di sinilah ia bermula...

Dengan tinta kalimah Allah yang Maha Mulia, saya memulakan blog ini. Bukan untuk ditujukan kepada sesiapa pun, tidak juga mengharapkan sesiapa pun membacanya. Cuma sekadar renungan untuk diri saya sendiri, supaya suatu masa nanti saya tidak akan lupa apa yang pernah saya coretkan.

Saya sentiasa menulis, terutamanya apabila berada di dalam kebosanan dan kesunyian. Ada yang tulis di atas kertas, di dalam buku, di dalam komputer, malah juga di helaian tisu apabila keseorangan di dalam lrt atau komuter. Namun begitu, disebabkan tulisan saya yang berselerakan itulah membuatkan saya tidak dapat mengumpulnya, kemudian ia hilang ditelan masa.

Saya percaya tulisan dan karangan cerminan kepada diri sendiri. Mungkin hari ini corak tulisan kita lebih cenderung kepada sesuatu benda, esok lusa kita akan bengkok pula ke hala yang lain. Hari ini mungkin kita menyokong sesebuah parti politik, tidak mustahil minggu depan kita sudah bertukar arah. Begitu juga hari ini azam kita untuk menambah rezeki wang ke dalam kantung, tidak mustahil pula tahun hadapan azam kita hanyalah untuk hidup dengan tenang tanpa memikirkan berapa banyak wang yang masih ada di dalam bank. Manusia sentiasa berubah, begitu juga saya. Jarang sekali minat kita tidak berubah apabila sudah meningkat usia. Walaupun tidak mustahil, tetapi pelik pula jika ada orang yang sudah beruban umur 70 tahun masih lagi meminati kereta Ferrari, memandang gadis genit padahal minatnya haruslah terarah kepada sesuatu yang lebih damai.

Hari ini saya sedang cuba untuk menulis pula di dalam blog. Mudah-mudahan ia akan kekal ke anak cucu, dan mungkin pula dapat menjadi sejarah kepada keturunan saya untuk mencari susur galurnya. Saya percaya, sekerap mana pun saya format komputer, saya tidak akan lagi kehilangan blog. Mungkin...

Terima kasih pada sahabat-sahabat. Dorongan anda semua memangkinkan saya untuk mencipta blog ini. Biarkanlah semua blog menulis tentang kebejatan politik di Malaysia, biarkan sahaja blog-blog yang dicipta hanya untuk mengejar rezeki yang berlipat ganda, saya di sini akan sentiasa setia dengan blog saya. Saya mahu menjadi diri sendiri.

10 comments:

yg_indah said...

aku rindu kelisa KBH itu.

kelisa_samudera said...

kelisa tu masih lagi setia menemani aku. dengan nama dia la aku gunakan untuk blog ni.

Seorang Bukan Sasterawan said...

selamat menyertai kami saudara,
semoga hati kita semua akan berasa dekat dalam kita mendekatkan diri pada Yang Esa..
p/s: sy teruja untuk membaca tulisan saudara kerana bagi sy saudara sejak dulu lagi kaya dengan maklumat dan informasi serta penelitian yang tajam..

kelisa_samudera said...

SBS

kekekekee. tersipu2 plak aku bila SBS kata macam tu.

yg_indah said...

Cuma mata kau tak tajam mengusha awek di depan kelas, seperti aku dan SBS yang giat menunggu awek-awek lalu di depan kelas.

Anonymous said...

Botol kicap,

Akan ku serang blog mu ini secara berterusan... Ekekeke... (Ketawa durjana)

-Artakuz-

kelisa_samudera said...

artakuz
aku sudah siapkan perisai.

p/s : ketawa durjana bukanla ekekekeke. ketawa durjana ialah hahahahahah.

kekekekekee

Nafastari said...

Tulisan adalah cerminan kepada diri sendiri. Saya sangat2 bersetuju dengan pernyataan ini.

kelisa_samudera said...

nafastari

izinkan saya link blog anda dengan blog saya.

kodinz said...

hahaha
memasing dah ada blog.

tepaksa la aku menjoinkan diriku sekali.

nantikan blog aku
jengx3

hua hua hua
(gelak gaya lagu apek)