28 September 2009

Laisa al-fata man yaquulu kaana abi

Syair Arab di atas bermakna, "tidak dikatakan seseorang itu sebagai pemuda apabila dia menunjukkan kemewahan dan pangkatnya dan berkata, ini ialah hasil turun temurun dari nenek moyangku." Syair itu ada sambungannya yang bermaksud, "adalah dikatakan pemuda apabila seseorang menunjukkan kemewahan dan pangkatnya dan berkata, ini ialah kemegahan yang aku perolehi dari usaha sendiri."

Hari ini sudah banyak orang yang tidak sedar diri ingin dibelai oleh orang lain hanya semata-mata dia anak orang berada dan berpangkat besar. Ayah mereka selalunya bergelar Datuk atau apa-apa sahaja gelaran kebesaran dunia. Mereka ini pula selalunya dari jenis kupu-kupu malam (tidak kira lelaki atau perempuan) yang suka berlibur di kelab-kelab eksklusif. Kelab-kelab ini tidak mampu dimasuki oleh golongan haprak-haprak. Cuma anak orang kaya sahaja. Dan selalunya pula, mereka dikenali sebagai golongan yang minat pada kereta mewah, bercuti di luar negeri dan berpakaian mahal. Saya harus akui mereka ini tahapnya lebih berprestij dari golongan murahan mat rempit.

Namun begitu, apa yang melucukan ialah mereka hanya mengusung kereta atau tinggal di rumah kepunyaan bapa-bapa mereka sahaja. Jika ditanya pada golongan ini akan berapa banyak harta yang dikumpul menggunakan titik peluh sendiri atau mendapat kerja tanpa menggunakan kabel bapa mereka, hanya segelintir kecil sahaja. Yang lain secara tidak bermaruahnya menggunakan jerih perih bapa mereka untuk menikmati kemewahan dunia.

Suatu hari seorang kakitangan saya masuk ke bilik dan berkata, "Encik, anak Tan Sri ********* mahu berjumpa encik pasal tanah." Saya katakan kembali pada dia, "peduli apa saya dengan anak dia. Saya banyak kerja." Dan anak Tan Sri ********** itu pulang tanpa dapat berjumpa dengan saya.

Saya puas. Saya harus ingatkan pada anak Tan Sri itu, siapa pun bapanya, dia harus mengikut prosedur dalam urusan kerajaan. Bukannya datang berjumpa saya dan berkata, saya mahu itu dan ini. Bolehkan anda tolong buatkan untuk saya? Jika dia datang dan berkata seperti itu kepada saya, saya akan jawab pergi mampus! Jika pun orang lain tidak setegas saya dalam soal ini, sekurang-kurangnya saya sudah memberi khidmat tanpa memilih bulu di dalam urusan kerja saya. Saya puas. Saya telah menyumbang sesuatu kepada makcik-makcik atau pakcik-pakcik di pedalaman yang bukan anak mana-mana Datuk. Makcik-makcik dan pakcik-pakcik itu lebih layak dibantu dari anak Tan Sri ini.

Wahai anak-anak Datuk, Tan Sri atau apa lagi yang saya tak tahu, kalau anda mahu menjadi penyanyi, kalau anda mahu berkahwin dengan artis, kalau anda mahu beribu tirikan artis terkenal, kalau anda mahu tunggang terbalik minum air kencing syaitan di kelab-kelab malam, kalau anda mahu menjadi pelumba kereta, kalau anda mahu menjadi ahli perniagaan yang menggunakan kabel ayah tersayang atau kalau anda mahu mengikut jejak langkah ayah tercinta untuk menjadi ahli politik, pergilah. Saya peduli apa. Tapi tolong jangan ganggu kerja saya. Saya mahu menjaga kepentingan 27 juta penduduk Malaysia. Saya langsung tidak kisah anda anak Datuk mana. Saya peduli apa.

12 comments:

Anonymous said...

Tegas2...
Tapi aku setuju dgn pendirian hg...
-Artakuz-

yg_indah said...

lambat la naik 44 kalau camni.

Insan Biasa said...

biaq lambat... asalkan selamat (di Sana)... tahniah sopi... tak sia2 hang kawan ngan aku... hahahaha

Seorang Bukan Sasterawan said...

teringat masa aku belajar dari koi hafal pepatah tu sebab nak mengata ke sorang tu huhuhuhu..pastu duk ulang2 sampai fasih..

Aku teringat citer sopi pasal hanset tgh charge, laptop yang teralih, pintu kete yang ditutup kuat..hahaha..

kelisa_samudera said...

terima kasih semua sebab menyokong aku. niat yang ikhlas akan diberkati Allah. kalo tak lihat hasilnya sekarang, lama2 nanti dapat la.

SBS : kadang2 aku kesian dgn dia, kadang2 aku meluat. huhuhuhuhu

Seorang Bukan Sasterawan said...

aku membaca entry ni 4 kali..3 kali dengan israr (dalam hati)..mmg best tp bila
bacaan ke empat aku baca dengan jahar(bersuara kuat)dengan intonasi setepat mungkin, aku dapat rasa kesannya..masuk ke dalam hati, rasa bersemangat..berkobar-kobar..
nanti kalau aku berkempen,aku nak minta tolong hang karang ucapan aku..msti menang ni huhuhuh

kelisa_samudera said...

SBS
apa kata kita mulakan dengan DUN Bagan Pinang?

nafastari said...

SBS, mung ada bakat kalu nok jadi YB pun! Hahaa... Tapi sila kurangkan quote kata2 ayoh mung semasa kasi ucapan, sebab nampaknya pengundi2 di sini agak meluat dgn cara tersebut. ;-)

Go Kelisa go! 1Malaysia bersama anda... Ko penjawat awam ek? Maaf aku betul2 tak tau, hampir2 lost contact dah...

Seorang Bukan Sasterawan said...

nafastari, hahaha..aku berbakat jd YB kedai kopi je..
penah tak mung berbual dengan seseorg yg selama dua jam bercerita tntg kehebatan ayah dia saja..walaupun mung tarik topik lain akhirnya dia corner balik ke cerita kehebatan ayah dia..
minta dijauhkan huhuhu

Nafastari said...

SBS, pernah!!!! Selalu! Mung dok pernah ke? U'd better try, U'll like it. Haha...

kelisa_samudera said...

adakah SBS & nafastari pernah tinggal sebilik dengan seseorang itu? jika tidak, maka aku lebih mengerti. apa sangatlah kalau dua jam itu. huhuhu

alangtengahbirukundang said...

tak baik korang...
hahahahahahaha