16 November 2009

Perak Utara dan Perak Selatan

Perak Utara

Minggu lepas saya mengikuti rombongan ke Selama untuk satu lawatan kerja. Seramai 35 orang dengan 8 buah kereta pacuan 4 roda mengikuti rombongan ini. Saya menaiki kereta sendiri ke Selama, dan di sana saya kemudiannya diambil oleh kereta besar ini untuk memanjat gunung.

































Sekarang musim hujan di pantai barat. Hujan yang tidak berhenti-henti membuatkan sesetengah tempat mula digenangi air. Kebetulan, tempat yang saya lawati terkena kesan oleh hujan yang lebat ini. Air-air sungai di pergunungan mula mengorak laju ke hilir dan menjadi keruh.

































Kami melewati Hutan Simpan Bintang Hijau. Tiba di satu tempat, cuma 3 dari 8 buah kereta sahaja yang dapat melepaskan diri. Selebihnya sangkut di pertengahan jalan kerana cenuram yang agak tinggi, di samping jalan yang licin kerana hujan.






























Gambar di atas ini saya ambil dari Berita Harian 16 November 2009. Ia adalah jalan Selama-Parit Buntar, jalan yang saya lalui untuk ke tempat lawatan itu. Mujurlah saya cepat pulang ke rumah pada hari itu, jika tidak mungkin sehingga hari ini saya masih lagi terkandas di Selama.



Perak Selatan

Hujung minggu lepas, saya menuju ke sebuah daerah di Selatan Perak. Beruntung juga menjadi menantu orang Perak. Penat-penat badan akibat meredah air besar, memanjat gunung dan memantau kawasan hilang apabila mengadap sembah Raja Buah ini.





10 comments:

atbk said...

satu bende yang saye rase gomen best ialah 'berjalan-jalan free'... bestnyer...

saya pun gila raja buah, boleh je makan sebijik sorang2! hahahahaha

selatan sangatlah langkap tuh! hahaha

kelisa_samudera said...

atbk : selatan la tu. lagi 40 km saja lagi nak masuk selangor. haha

Golongan Marhaen said...

ko dah beli 4wd ke?kaya siottt...

oney said...

~ dah lama x mkn durian ~

yg_indah said...

aku nak apply keja cam hg gak la pasni.leh masuk hutan sambil buat keja.

kelisa_samudera said...

GM : tak payah beli 4wd sendiri. dengan hanya beli air mineral saja banyak benda aku dapat. belanja mineral kat driver, so dapat driver bawak aku masuk hutan, dapat naik 4WD (keta jabatan la), dapat masuk hutan dan macam2 lagi.

oney : sila la datang rumah. banyak lagi tu.

yg_indah : jgn apply weii. nanti hang potong jalan aku. nanti hang dapat masuk hutan, aku jugak yang duk kat opis.

Seorang Bukan Sasterawan said...

bila hang nak ajak aku join masuk utan?
Best jugak kita reramai masuk utan g buru pelanduk putih yang bini hang mengidam...

KopiahPuteh said...

Huh..aktiviti ni memang nampak macho..

kelisa_samudera said...

SBS : bila kita free. kita meneroka Hutan Belum dekat Grik pun sedap juga.

KopiahPuteh : lupa plak nak ambik gambar 2 ekor pacat yang gemuk sebab menghisap darah di kaki saya tanpa saya sedari. bila pacat naik ke kaki, barulah dapat tahu siapa yang macho siapa yang hanya kontrol macho. huhuhu

Insan Biasa said...

kome ngutuk aku yee??? (nada iklan world cup)