30 June 2010

Pada mulanya ia tidak perlu


Hidup kita sebenarnya mudah sahaja. Ia sama mudahnya seperti kita baru lahir dengan tiada apa bekal pun dibawa ketika datang ke dunia ini. Namun begitu dunia ini menyediakan berbagai-bagai perkara yang tidak mudah, lantas kita terikut-ikut untuk menjadikannya sebagai perlu. Cuba kita lihat di sekeliling kita sama ada di rumah, pejabat, jalanan, ruang legar dan sebagainya, banyak benda sebenarnya tidak perlu pada mulanya dalam hidup kita, tetapi oleh kerana terikut-ikut dengan orang lain serta gaya hidup yang ditentukan, ia menjadi sangat penting.

Saya seringkali berasa benci dengan sebuah benda yang dinamakan seterika. Ia sangat mengganggu hidup saya dan isteri terutamanya pada waktu malam sebelum tidur. Apalah salahnya jika seterika itu tidak dicipta, maka kita semua akan keluar dari rumah dengan baju yang berkedut dan tidak kemas. Tetapi jika semua manusia di dunia ini tidak menggunakan seterika dan memakai baju yang berkedut, maka tiada siapa yang akan mengutuk kita kerana tidak kemas. Seterika langsung tidak perlu di dalam hidup manusia. Kita boleh hidup dengan atau tanpa seterika. Dengan menggunakan seterika ia membazirkan elektrik, membuang masa, mengundang bencana kebakaran dan boleh mendatangkan kecederaan. Siapalah manusia 'pintar' yang mula-mula mencipta seterika, dan siapa pula manusia 'cerdik' yang ikut menggunakan seterika dan akhirnya menyusahkan generasi kita semua?

Cuba lihat pula di dinding-dinding rumah atau pejabat,mungkin di sana tergantung lukisan-lukisan, tulisan-tulisan ayat, sudu dan garfu yang besar dan sebagainya. Adakah ia perlu di dalam hidup manusia pada mulanya? Jadi, siapa yang mula-mula mencipta benda tidak penting ini dan kemudian ia dijadikan satu gaya hidup dan akhirnya 'memaksa' ramai orang lain membelinya?

Lihat dan lihat lagi. Akhirnya kita akan menyedari bahawa 90% dari wang kita dihabiskan untuk benda-benda yang tidak perlu. Apa guna pagar rumah yang cantik dan mahal sedangkan pagar murah juga mempunyai fungsi yang sama. Untuk apa membeli penapis air jika menggali perigi lebih murah dan mudah? Untuk apa memasang penghawa dingin di bangunan yang tingkapnya bertutup rapat sedangkan jika tingkap itu dibuka angin akan masuk menderu-deru? Mengapa memasang batu marmar di lantai rumah sedangkan lantai simen juga sudah mencukupi? Jawapannya hanya satu. Ia tidak penting, tetapi ia hanyalah gaya hidup.

Ia sebenarnya hal yang kecil, tetapi jika tidak difikirkan dengan bijak kita akan tersilap menilai mana yang perlu dan mana yang tidak. Ia mungkin boleh membuatkan kita membazirkan wang dalam membeli barang-barang yang tidak penting. Saya pasti banyak menteri-menteri dan ahli parlimen Malaysia pun terjebak dengan benda-benda yang tidak perlu ini. Sebab itulah kita dapat melihat akhir-akhir ini mereka merancang untuk menghabiskan wang yang banyak untuk bangunan Parlimen yang baru, yang sebenarnya tidak penting kerana mereka masih boleh bersidang di bawah pokok seperti di Perak.

5 comments:

yg_indah said...

koi xkisah pun jalan ke rumahnya tak ber tar. bagus btul la koi tu.

Seorang Bukan Sasterawan said...

Cadangkan parlimen bersidang online..lagi jimat..semua duduk kawasan masing-masing berkhidmat untuk rakyat..masa bersidang on je komputer..
takder la claim milage tak masuk akal,logging ke ntah apa apa ntah..

Nailofar said...

bijak nye Kelisa Samudera dapat memikirkan benda2 sebegini..agaknye lepas ni Kelisa Samudera hiudpnye lebih zuhud la..:)

kelisa_samudera said...

yg indah : dia mmg macam tu. sejak azali lagi dilahirkan tanpa ada pembangunan.

SBS : tak boleh la macam tu. nanti susah nak tgk diorang berdebat benda2 bodoh. takde lagi hiburan utk rakyat.

nailofar : kalo la saya ni bijak, dah lama jadi perdana menteri. zuhud tu subjektif. hahaha

nafastari said...

Saya suka entri ini. Secara kebetulannya saya pun memang kdg2 berfikir seperti ini.