07 February 2011

Novel Interlock diganti

Kuching, 3 Februari - Menteri Persekolahan, Tun Mohaideen Jasin mengumumkan bahawa novel-novel ciptaan penulis kisah remaja, Ahadiat Akashah akan menggantikan novel Interlock sebagai bahan bacaan baru bagi aliran Sastera Sijil Pelajaran Malaysia. Mesyuarat kabinet semalam telah bersetuju dengan keputusan itu dan sukatan mata pelajaran yang baru itu akan dilaksanakan menjelang sesi persekolahan semester kedua 2011.

"Keputusan ini adalah situasi menang-menang kepada semua pihak yang selama ini mempertikaikan Interlock sebagai bahan bacaan wajib pelajar SPM. Kementerian sangat memahami perasaan pelajar SPM yang kebanyakannya remaja belasan tahun dan novel cinta adalah sesuai dengan jiwa remaja mereka. Selain dari itu, saya percaya kaum India juga tidak akan memprotes lagi kerana perkataan pariah tidak pernah wujud di dalam novel-novel sebegini. Perkataan yang selalu ada ialah rindu dan cinta yang memang sentiasa ada di dalam filem-filem Hindustan," katanya.

Selain dari itu, pemilihan novel-novel berasaskan cinta adalah selari dengan hasrat kerajaan untuk memperkenalkan pendidikan seks di sekolah-sekolah menengah. "Dengan memperkenalkan matapelajaran seks dan novel-novel cinta, kementerian percaya pelajar-pelajar perempuan akan lebih menghargai dara mereka dan tentunya mereka akan melakukan seks dengan orang yang mereka cintai sahaja."

Mohaideen bagaimanapun berkata walaupun novel Ahadiat Akashah telah dipilih secara rasmi, kementerian masih belum memutuskan untuk memilih novel yang paling sesuai. "Kita ada banyak pilihan. Antaranya Hikayat Cinderella, Untuk Semua Gadis Yang Pernah Kucintai dan Sayap-Sayap Cinta. Kementerian mungkin akan memilih mana-mana novel yang mempunyai judul paling menarik." Tambahnya, ibu bapa tidak perlu risau kerana Ahadiat merupakan penulis yang prolifik dan menghasilkan banyak novel-novel cinta yang menyayat hati.

Ditanya mengenai penulis novel Interlock yang mungkin akan terkilan kerana karyanya telah disingkirkan, beliau menyatakan bahawa Abdullah Hussain tidak perlu berasa begitu kerana dia pun sudah tua. "Tak elok orang-orang tua merajuk. Nampak buruk. Nak pujuk pun malas," katanya.

7 comments:

toyolkiut said...

suka sangat satira ni...
mau nya PM baca baru tersedak ia..
TK pnh baca budak setan karya ahadiat tu zaman skola..
rasanya novel tu la yg mmpopularkn dirinya kn..

a.samad jaafar said...

uish..tak sempat2 lagi nak baca novel interlok tu..harap esok sempat singgah ke kedai buku..

nafastari said...

Saya sangat suka pada entry yg sangat sarkastik ini! Teruslah menulis!

shahrilhakime said...

Hehehheeh.........makan dalam ni....

Anonymous said...

bagi saya yg jarang2 ambil tahu perkembangan semasa ni, dah confuse mana fakta yang betul, sebab yg sarcastic pun nampak mcm betul. haha
-eda-

yg_indah said...

pemimpin lepas ni akan bg saguhati kt waris pengarang,mcm bg kat ex CJ

kelisa_samudera said...

TK : saya tak penah baca novel ahadiat akashah. baca sinopsis pun rasa macam tak berapa menarik.

samad : udah habih baca nanti letak le ulasan buku tu dalam blog kamu.

nafastari : terima kasih

D : sape yg ngisap paipon dia le yg terasa stimnye.

eda : ada yang betul, ada yang tidak, ada yang samar, ada yang memang direka-reka. hehe.

yg indah : bagus jugak tu. kurang2 dapat la jugak royalti buku.