23 November 2009

Antara jatidiri dan rasa dikhianati


Saya mengakui semangat jatidiri negara saya sangat tinggi. Seboleh-bolehnya saya akan mendahulukan kereta Proton sebelum memilih untuk membeli kereta buatan negara lain. Pada pendapat saya, biarlah kereta itu kurang berkualiti dan cepat rosak, tetapi dengan menggunakan kereta buatan Malaysia akan membuatkan kita berasa bangga dengan negara sendiri di samping dapat mempromosikan negara kita kepada orang luar. Saya mengambil semangat orang-orang Korea yang lebih suka membeli kereta Daewoo atau Hyundai daripada membeli kereta Toyota atau Honda buatan Jepun. Orang-orang negara India juga dikatakan lebih setia dengan buatan Tata walaupun produknya tidak berkualiti dibandingkan dengan negara luar.

Dengan sifat saya yang sedemikian, saya memandang sinis kepada orang yang suka membeli kereta luar. Pada hemat saya, mengapa membeli Naza Suria, Naza Sutera, Hyundai Getz atau Kia Picanto jika kita boleh membeli Savvy. Mengapa pula mahu membeli Kia Spectra, Hyundai Accent, Toyota Vios atau Honda City sekiranya kita ada Waja atau Persona. Apatah lagi apabila mereka membeli kereta Proton yang kemudiannya diubahsuai dan diletakkan perkataan Mitsubishi pada kereta itu, ia membuatkan saya menjadi semakin jelak. Pada pandangan saya, mereka langsung tidak menghormati usaha anak bangsa kita memajukan negara. Mereka tidak patriotik.

Saya juga memandang Perodua dan Naza sebagai pesaing Proton yang tidak bermaruah. Walaupun ketiga-tiganya dilabel sebagai kereta nasional, di kala Proton terus-terusan berusaha untuk mencipta model yang 100% buatan Malaysia, Perodua dan Naza hanya mencedok hasil usaha orang lain seperti Daihatsu dan Peugeot dan kemudiannya dengan bangga menukarkan nama kereta-kereta tersebut kepada nama berteraskan Malaysia. Sungguh memalukan sekali. Saya tidak berbangga apabila model Kelisa mendapat Anugerah Kereta Kompak Terbaik 2006 kerana saya beranggapan bukan Perodua yang selayaknya menerima anugerah itu, tetapi Daihatsu. Lain pula apabila Proton Persona mendapat Anugerah Kereta Sedan Terbaik 2008, saya begitu teruja kerana produk buatan negara Malaysia telah diiktiraf.

Tetapi, itu cerita dahulu. Cerita 2 bulan lepas dan sebelum-sebelumnya sebelum saya mendapat berita ini. Setelah saya membaca di internet bahawa kereta Proton di Arab Saudi jauh lebih murah dari Malaysia, semangat jati diri saya langsung memudar ke tahap yang paling rendah. Saya terasa seolah-olah ditipu dan dikhianati pula. Mana mungkin sesebuah barangan boleh dijual lebih murah di negara luar berbanding negara sendiri. Lebih menyakitkan hati, perbezaan harganya bukanlah sedikit tetapi mencecah berpuluh-puluh ribu ringgit. Logiknya, sesebuah barangan akan dijual murah di negara buatan sendiri tetapi dijual mahal di negara lain kerana cukai dan sebagainya. Rupa-rupanya Proton mengambil kesempatan di atas semangat setia dan bangga (termasuk kebodohan) saya dengan produk buatan Malaysia.

Hari ini, saya tidak lagi berbangga dengan Proton. Saya sudah tidak berselera memandang Proton di jalanan lagi. Saya juga tidak lagi memandang sinis kepada orang yang menggunakan kereta dari negara lain. Untuk masa ini sekiranya saya berniat untuk membeli kereta baru, Proton bukan lagi keutamaan saya. Jika dahulu saya lebih menghormati Proton Juara berbanding Perodua Rusa, hari ini saya lebih selesa membelek Perodua Alza dari melihat Proton Exora. Itulah akibatnya apabila mengkhianati rakyat negara sendiri.

22 comments:

yg_indah said...

Kera di hutan disusukan. Anak di rumah.....
Kita patut ikut Jepun.jual kereta kualiti (gred A)tapi murah di negara sendiri.Jual kereta kualiti (gred B) tapi dgn harga yg mahal di luar. Sekarang banyak orang kembali ke jepun untuk dapatkan spare part gred A tu.

Nafastari said...

Huh, sedih la kena tipu dengan kerajaan sendiri... Aku pun berazam utk tidak mahu membeli Proton buat selama-lamanya. Hehe... Perodua ok la... ALza tu nampak mcm ok, kalo dah anak ramai nanti boleh la kot...

kelisa_samudera said...

yg_indah : aku tak berapa paham dengan konsep yang hang kata tu. maksudnya apabila orang nak dapatkan spare part kena dtg cari kat malaysia? macam mana pulak kalo orang luar langsung tak mau beli keta malaysia sebab kita jual gred B at the very beginning?

nafastari : aku sangat menghormati proton atas kegigihan diorang buat kereta. mungkin satu masa nanti kalo kita tak ditipu lagi, aku akan kembali menyokong proton dengan sepenuh hati.

alangtengahbirukundang said...

kelisa, ko ni mcm tertinggal bas je...
takpe, selamat datang ke bas baru!

aku mmg meluat dgn proton dgn penasihat2 nyer sekali, beria2 defend proton dlm blog, tp sikit pun xpernah sentuh pasal kualiti!

bodoh!

kelisa_samudera said...

tertinggal bas perbandingan harga antara arab saudi dengan malaysia ke? seriyes cakap aku baru tau. wakaka

yg_indah said...

maksud aku anak di rumah kena diutamakan berbanding kera di hutan.barang yg kualiti mesti pasarannya diutamakan di Malaysia.hg tau tak keta yg jual kat luar spec dia lagi bagus dr yg jual kat Msia.Dgn harga yg lebih rendah tau.
Mgkin kereta kita kualiti tak setanding dgn kereta jepun/eropah,tapi berpadanan la dgn harga yg rendah.lama2 nanti akan nampak manfaatnya.
tapi sekarang kita jual mahal di malaysia,dgn spec yg rendah.jual murah di luar,tp dgn spec yg lbih bagus.mgkin utk proton's goodwill tak tau la.

Anonymous said...

Ckp aje ko dah tak nak pilih proton...
kan senang, ayat punyalah berbunga2 tp mksdnya ttp satu... Apa pun, Proton mmg byk problem,tapi utk jgka masa pjg, mmg worth it utk beli sbb spare part nya murah... Starting June 2010/2011 half cut, spare part utk kete2 import, i.e honda, toyota, peugeot n etc tidak akan dibenarkan di bawa msk ke M'sia lg, dan sehubungan dgn itu, harga2 spare part utk kete2 jenis yg dimksdkan di atas itu akan makin susah dpt dan akan jd mahal... Ianya takdelah pada June tu terus takde, tapi secara perlahan2 itulah kesannya... Jd korang pikirlah sendiri utk long term, keta mana yg worth it utk dibeli...

alangtengahbirukundang said...

kenapa la kita kene beli sesuatu sbb kasihan,
patriotik, sbb sokong org Melayu ke, sbb Islam ke what ever!?? bukan sbb kualiti atau nilai untuk wang kita??

kalu dah berkualiti, kenapa harus fikir 2 kali?
jarang la bende2 kat mesia ni ade kualiti!

pengusaha kat mesia kene hadam perkataan ni dulu:-
kualiti! kualiti! kualiti!!!!

kelisa_samudera said...

anonymous : kadang2 elok ambik jalan jauh tapi sampai dari ambik shortcut tapi sesat. terima kasih atas info tu. ilmu baru bagi aku.

atbk : kadang2 aku rela beli barang yg mahal 2 3 ringgit sebab sokong org islam. mungkin diorang nak jual murah tak mampu, tapi terpaksa jual jugak atas tuntutan fardu kifayah. sebagai contoh, skang aku pakai ubat gigi mukmin dari colgate.

yg_indah said...

betul ke pasal June 2010/2011 tu.aku rasa macam xbetul ja.kalau keta potong mgkin,tp spare part xmungkin jadi cm2.

proton spare part mmg murah, tapi kena baiki 5-6 kali setahun.

kelisa_samudera said...

aku pun tak pasti tentang 2010/2011. takdak plak berita mengenai benda tu. mungkin polisi senyap kerajaan kut. mungkin jugak anonymous ni bekerja di sektor automotif. atau mungkin jugak khabar angin. segalanya berkemungkinan. nanti aku check member2 aku kat putrajaya.

Anonymous said...

Yg Indah(a.k.a ked)

Hg kena rajin2 join forum2 ttg kete ni, baik2 dgn dealer kete utk dptkan spare part yg murah nak2 kalau kete tu jenis yg "jarang2" dijumpai...

KS,

Gunakanlah kabel hg utk dptkan kepastian, utk kemaslahatan bersama juga...

kelisa_samudera said...

yang_indah
siapakah agaknya anonymous ni? kedengarannya dia sangat rapat dengan kita. setahu aku hanya sorang saja di kalangan kita yang cukup pakar tentang kereta. adakah memang betul dia yang dimaksudkan?

Golongan Marhaen said...

anonymous: ttg mana yg worth dibeli tu, klu spare part murah tapi asyik duk tukaq berbanding dengan spare part yg mahal tapi ambil masa yg pjg untuk tukaq...klu asyik pkir long term, ko naik keter lembu je udah..atau anda hanya berkemampuan menggunakan kereta Proton? lu pikirla sendiri..

KS & Yg Indah: klu korg asyik duk pikiaq nak pkai keter apa, baik korg jalan kaki jelaaa..ukur baju di badan sendiri..tapi klu ko dah banyak duit berlebih2, takkan takde keinginan utk pkai keter besar..?hm, samala lu olang pikirla sendiri

Unknown said...

tahu tak pe :D

Anonymous said...

GM,

Taulah pakai kete buatan Japs, jgn pula diperlekehkan kete Proton walaupun mutunya boleh dipertikaikan... Melayu mudah lupa betul Tuan ini...

Golongan Marhaen said...

cik epal: laa tahu pun, ingatkan tak tahu...;p

Anonymous: Aku langsung takde niat utk
perlekehkan Proton. Mungkin mereka yang gunakan Proton sahaja tak menyedari perkara ini. Aku menulis bersandarkan fakta sebab aku telah dilatih untuk membuat keputusan berdasarkan penemuan fakta. Atas dasar bangga dengan kereta buatan negaralah aku telah beli Proton sebagai my 2nd car..Neo..Aku berpeluang untuk gunakan kedua2 kereta Japs dan Proton berulang alik ke Melaka. Aku dapati Proton jauh ketinggalan dari segi:
1)penggunaan minyak /fuel consumption
2)masalah kualiti bahan2 yang digunakan. Neo aku pakai tak sampai setahun lagi tapi bocor dan masuk air ketika hujan, wiper prob,cermin dsb..
3)perkhidmatan servis yang disediakan amat mengecewakan.
tak perlula aku ulas panjang lebar, baik aku terus tulis post baru kalu nak dikupas satu-persatu..Aku berpendapat masalah ini akan terus dihadapi Proton sekiranya asyik duk memikirkan kuantiti berbanding kualiti..Untuk Proton, jangan ingat lepas kita beli keluaranmu, kita habis kat situ aje, tapi perlu diingat hubunganmu dengan pelangganmu sebenarnya berterusan dari semasa-ke semasa (servis)..

atbk said...

anonymous : napelah nak defend2 proton lebih2...
mungkin ko dealer/sales agent proton kot...

aku selalu je bace forum2 kereta...
byk gak la komen2 tak relevan, yang emo tak bertempat...
ade tu siap kutuk kereta2 tertentu gunakan 2-3 login i.d., bajet konon kutukan die mendapat sokongan jugak la.. hahaha macam2 la org kita ni...

proton byk sgt yang kene improve...
mungkin poltik terlebih kot kat proton tu...
atau mungkin ke'bangsa'an pun byk jugak...
ye la, selalu guna term anak tempatan...
kdg2 malu la jugak bile kualiti yang 'anak tempatan' keluarkan mcm hampeh...
buat malu je...
penasihat pun kene tukar la, byk lagi personaliti berkaliber nape nak jugak yang dh tua tu.. bagi org yang betul2 tahu selok belok kereta, bukan sekadar merketing strategy, pastu nak protect, nak protect, nak protect... bosan!

kalau proton jual nasi lemak tak kisah la sedap ke tak sedap.... rugi pun seringgit dua ringgit...
ni tak.. jual kereta kot...

ayah kawan aku pun agent proton,
tp xpernah suruh anaknya beli proton
malah melarang pula

sori la komen pepanjang
mmg tgh mood nak cari kereta baru
so aku tau la ape yg berlaku dlm internet
pasal kereta-kereta kegemaran Malaysia

camne tuh?

kelisa_samudera said...

anonymous : kalo boleh bagitau la identiti diri anda. baru sedap kita nak berbincang. rasa macam tak gentleman plak berbincang dengan ko tapi tak tau nama.

Anonymous said...

Atbk,

Aku pun tak guna keta proton, aku guna kete buatan conti.
Mcm yg aku ckp, kualiti Proton pun bknnya baik sgt,tp apa yg nak aku kongsi di atas td berkenaan dgn polisi kerajaan utk menghentikan peng"import"an half cut dari luar yg mana, secara tidak lgsg akan menyusahkan mrk2 yg memiliki kereta buatan luar negara spt japs, conti & etc. Itu aje, tp, yg aku terasa, walaupun aku tak guna proton adalah mrk2 yg mudah lupa diri apabila dah senang sdkit dan pakai kete2 buatan selain drpd proton itu.
Mgkn kalau ko atau sesapa yg tak setuju dgn pndpt aku, itu hak korang, aku skdr nak kongsi info shj.

KS,

Sori pie jd kan blog ko sbg tmpt utk bls2 komen pulak, at least meriah skit... Hehe...

Golongan Marhaen said...

laaa..mati2 aku ingat si anonymous ni cokoi..

kelisa_samudera said...

anonymous : aku tak kisah pun ko nak kata apa. dipersilakan la selalu kita berkongsi2 pendapat kat sini. pendapat kita semua pun ada yang betul ada yang tak. tapi kalo boleh ko perkenalkan la ko tu sapa. syok sikit aku nak mengutuk ko. sebab kawan2 kita ni berlainan. ada yg kena kutuk berkati2 pun dia tak kisah, ada yang berbeza pendapat sikit dah kecik hati. so, hang ni yang mana satu? kah kah kah