29 November 2009

Meraikan Yang Berkhidmat

Saya berharap suatu masa nanti rakyat Malaysia akan lebih matang di dalam menghargai ahli-ahli politik terutamanya yang bergelar Yang Berhormat. Ketika ini, mereka diraikan bagai Tuhan yang tidak pernah membuat apa-apa salah dan silap. Baik dari kalangan parti kerajaan mahupun pembangkang, kedua-duanya mempunyai sifat taksub kepada pemimpin yang keterlaluan.

Entah kerana kagum, takut, bodek atau apa sahaja, kedatangan mereka ke kampung-kampung untuk program-program melawat kawasan diraikan dengan begitu meriah sekali. Ketua-ketua kampung akan habis bergolok gadai dan memerintahkan anak-anak buah untuk mempersiapkan tempat yang terbaik, makanan yang banyak dan lazat dan setiap permintaan YB-YB ini akan dilayan tanpa prejudis. Kerana itulah agaknya YB-YB ini menjadi semakin gemuk, rumah-rumah mereka pula semakin banyak dan besar, kereta-kereta akan bertambah dan anak-anak mereka pula segelintirnya menjadi sombong dan besar kepala. Itu tidak dikira lagi penglibatan YB-YB ini didalam meluluskan tanah kerajaan, membangunkan pekan-pekan, membina dewan dan sebagainya akan menampakkan bahawa YB-YB ini memang sangat berkuasa.

Sebenarnya tidaklah begitu. Saya hairan mengapa kita terlalu menyanjung YB-YB dari semua parti politik ini. Istilah klasik yang digunakan kepada mereka juga ialah 'wakil rakyat' yang membawa maksud mereka hanyalah wakil kepada kita semua. Mereka tidak dipanggil sebagai 'ketua rakyat'. Mengapa mahu disanjung secara berlebih-lebihan? Mereka sepatutnya harus berkhidmat kepada kita.

Saya menyarankan supaya istilah Yang Berhormat ditukar kepada Yang Berkhidmat. Mereka tidak sepatutnya dihormati dengan membabi buta, tetapi mereka sepatutnya berkhidmat untuk kita. Jika YB-YB ini datang ke kampung-kampung, YB-YB inilah yang sepatutnya mengambil hati penduduknya dengan menyediakan makanan yang lazat dan tempat yang terbaik untuk semua penduduk di situ. Wang peruntukan YB itu bukan digunakan untuk diri sendiri, tetapi kepada rakyat yang dibawahnya.

Saya menghormati mereka kerana mereka wakil saya di pentas tertinggi pentadbiran negara. Tetapi saya tidak akan meraikan mereka dengan berlebih-lebihan. Dengan sebab itulah pernah seorang YB datang ke bilik saya dan memohon bantuan saya di atas satu perkara, dia pernah berkata," bantuan ini adalah untuk kepentingan kawasan saya."

Dengan sedikit terkejut saya bertanya, "Oh, tuan seorang ADUN? Maafkan saya, saya tidak kenal". Dia kembali bertanya, "adakah encik memang tidak kenal saya?" Dan saya menjawab,"saya memang tidak kenal tuan." Kami kemudiannya berkenalan dan berbincang beberapa ketika.

Sungguh saya tidak kenal dia. YB sekarang senang sahaja bertukar ganti. Malah bekas YB masih lagi kempunan untuk dipanggil dirinya YB. Tetapi ia tidak menjadi bekas kepada saya. Siapa pun dia, saya tidak akan menghargai dia secara membabi buta. Yang saya tahu, dia mesti berkhidmat untuk saya kerana dia telah menjadi wakil saya.

8 comments:

atbk said...

ye...
adilnya, seseorang YB lah yang perlu memperkenalkan diri kepada org ramai,
bukan sebaliknya

Golongan Marhaen said...

YB...kita sebenarnya tak kisahpun dgn dorg sama ada perlunya gelaran YB atau tak...dorg yg empunya diri yg lebih2 nak dipanggil YB..ikut protokol kata depa...tapi jauh dalam hati dorg..'panggil aku YB sebab aku Yang Berkuasa sekarang'..klu tak layan macam raja, mestila dorg salahgunakan 'kuasa sementara' dorg tu untuk menyusahkan kita..apa nak buat..protokol...

yg_indah said...

cuba baca latest entry di blog Dr M.ada kena mengena skit pasal ni.

Seorang Bukan Sasterawan said...

YB kg aku bukan menang sebab peribadi dia..dia menang sebab dia wakil parti popular
bila menang dia berkhidmat untuk pengundi-pengundi dia je..yang pastinya orang parti dia
makanya dia adalah wakil parti dia sebenarnya..

kelisa_samudera said...

atbk : betul.

GM : peduli apa dengan protokol. mentaliti "kalau kita tak layan, diorang akan menyusahkan kita" itu la yang membuatkan YB-YB semakin berani.

yg_indah : aku dah baca entri tu. cuma Dr. M lebih khusus. aku cuma menekankan kepada semua YB. tapi memang banyak YB jenis ini datang dari parti itu.

SBS : memang begitu. mereka cuma berkhidmat untuk parti mereka. lebih khusus, mereka cuma berkhidmat kepada presiden parti mereka.

Insan Biasa said...

YB???

Golongan Marhaen said...

Insan Biasa: Yang Boroi?kuikuikui

kelisa_samudera said...

yang besar!!