04 January 2010

Lembaran itu pun ditutup


Hari ini secara rasminya saya menutup Buku Perancangan 2009 dan membuka buku baru. Selamat tinggal tahun 2009. Segala kenangan manis akan disimpan sebagai motivasi diri dan kenangan pahit akan berusaha untuk diluputkan dari ingatan setelah kita mengambil intipati-intipati yang pahit tetapi berhikmah itu. Seperti mana awal-awal tahun, saya masih lagi janggal untuk menulis tarikh, terutamanya nombor 2010 yang akhir itu. Mungkin pada bulan Februari nanti kejanggalan itu pun akan menjadi biasa-biasa sahaja.

Semakin banyak mukasurat buku itu disingkap dan seterusnya ditutup, saya pun sudah semakin tua. Bermulanya tahun baru adalah penanda bahawa tanggungjawab akan semakin berat, cabaran akan semakin besar, kudrat sudah semakin kurang dan usia sudah semakin dekat dengan kematian serta amalan akan lebih diutamakan. Semoga saya dan kita semua sentiasa di dalam lindungan Allah.

Melihat kepada penunjuk-penunjuk semasa, tahun 2010 ialah tahun yang sangat rumit. Saya cuma dapat berharap supaya saya tabah mengharungi segala yang ada. Bagi tahun 2009, rasanya saya puas dengan pencapaian pada tahun itu. Sungguhpun tidak ada pencapaian yang besar untuk dicapai, tetapi tidak ada juga kegagalan yang besar yang saya tempuhi.

Selamat tinggal 2009. Jika saya berkelapangan, saya akan berusaha untuk menulis imbasan hidup 2009.

8 comments:

mamanoa said...

tu mcm diari JAB.PEGUAM NEGARA her..amik kak maziyah nyer aper????

kelisa_samudera said...

hahaha. bijak. kalo nak harap jabatan aku, jgn kata planner, kalendar pun tak ade. sebab tu aku terpaksa mencuri. hahaha

atbk said...

hahaha kalendar aku pun xde 2010 punyer..
dok belek kat henpon je
dulu dapat free je, melambak2 plak tu

nak kene beli la plak

oney said...

:)

Dah 7 hari di 2010.
Selamat Melangkah ke Tahun Baru.
Harap tahun ini akan melakarkan sejarah peribadi yang tersendiri. Doa banyak².

yg_indah said...

bagi la planner jabatan hg 1 kat aku.diary xmau

kelisa_samudera said...

atbk : hp tak best untuk cek schedule. dah le susah key in. aku lebih suka planner. maklum la dah tua. hp ni untuk orang2 muda je.

oney : semoga kita semua di dalam perlindungan Allah. selamat melakar sejarah peribadi yang tidak ternilai.

yg_indah : hang mintak kat sapa ni? aku pun curi org lain punya.

Golongan Marhaen said...

aku terpandang sesuatu di bawah planner itu.."IKHLASKAN NIAT KEARNA..."..so tahun2 mendatang pun kenela ikhlas dalam berkhidmat...;)

kelisa_samudera said...

GM : insya Allah. aku akan cuba tidak mengotorkan tangan sampai bila2.