26 September 2010

Stress


Sejak akhir-akhir ini saya agak tertekan dengan bebanan kerja di pejabat. Mungkin beberapa faktor membuatkan saya mengalami stress, cumanya saya berharap agar perasaan stress ini tidak berpanjangan untuk tempoh yang lama. Saya pernah menghadiri satu program bersama-sama dengan pesakit klinik psikiatri dan hasil dari program itu saya dapat membuat kesimpulan, iaitu semua orang di dalam dunia ini mempunyai kecenderungan untuk menjadi gila. Saya berharap supaya saya tidak sampai ke tahap sebegitu.

Ini bukanlah kali pertama saya menghadapi tekanan sebegini di dalam hidup. Walaupun begitu, saya gagal untuk mengimbau kembali apakah yang telah saya lakukan untuk menghadapi stress pada masa yang lalu. Hasilnya kosong. Yang saya ingat, masalah yang menyebabkan saya stress itu berlalu begitu sahaja dan saya tidak stress lagi selepas itu.

Saya tidak tahu apa yang berlaku kepada orang lain. Bagi saya, ketika di dalam senggang masa stress ini saya mengimpikan supaya diberikan sayap untuk terbang jauh bagi melupakan masalah yang saya hadapi. Saya terbayangkan untuk duduk bersendirian di atas gunung yang tinggi, berada berseorangan di sebuah pulau atau diberi kuasa untuk membunuh orang yang menyebabkan masalah stress saya. Melihat wajah anak saya yang tenang ketika tidur dan mengganggu saya ketika saya membuat kerja membuatkan saya terfikir betapa bertuahnya menjadi kanak-kanak.

Hakikatnya, melarikan diri jauh-jauh ke tempat yang lain tidak akan menyelesaikan masalah. Masalah bukanlah wujud untuk kita lari daripadanya, tetapi untuk kita berfikir bagaimana mengatasinya. Sekiranya kita sentiasa lari dari masalah, kita akan menjadi orang yang tidak dipercayai seterusnya tidak akan mematangkan kita di dalam apa jua urusan.

Kepada Allah saya bermohon supaya diberikan kekuatan untuk menempuh hidup yang penuh ranjau ini. Demi Allah yang saya menjadi hamba-Nya, demi ibu, isteri, anak dan sanak saudara saya yang sebilang waktu menyayangi saya, saya akan berazam untuk menjadi lelaki yang lebih kuat. Terima kasih Allah kerana memberikan perasaan stress ini, kerana dengan perasaan ini akan membuatkan saya menjadi insan yang lebih baik.

8 comments:

DKosongLapan said...

Sabooo.....
kekadang stress ni mengajo kite menjadi insan yang lebih baik.....macam mane kamu handle stress kamu ni yang paling penting......caghe terbaik dengan mintak pada Allah macam kamu udah buat tuu.....tapi pegile becuti....dapat kughangkan stress kalopon tak ilang....

a.samad jaafar said...

waktu beginilah seorang sahabat amat diperlukan.. bab kata shahnon ahmad.. hidup bagaikan laut.. banyak ombak dan gelombang daripada tenang..maka terimalah hakikat...sy setuju dgn saudara.. jadilah lelaki yg kuat..

Nailofar said...

Banyakkan bersabar dan beristighfar..

yg_indah said...

aku kalau stress aku bc bku "La Tahzan" tu.doa allahumma inni a'uzubika minal hammi wal hazan tu pun ok jgak.dan aku selalu berangan nak keja menoreh ja bla tensen.pokok getah kerenahnya xsebusuk mcm kerenah manusia.

kelisa_samudera said...

D, samad, nailofar : terima kasih semua.

yg indah : betui. hang ada kebun getah? aku takdak. bagi la aku dalam 3 4 relung.

sekamar rindu said...

salam..

jgnlah stress...:)

atbk said...

:)
belanje org makan pun bleh hilang stress..
serius ni, bukan lawak bodoh tau

kelisa_samudera said...

atbk : aku nak cuba prektikkan apa yg ko kata. tapi sebenarnya mmg pun aku penah dgr gitu. cuma aku terlupa.