18 October 2010

Selamat berjaya Malaysiaku

Selamat berjaya Malaysiaku,
ku harap kita semua di dalam aman dan damai,
walau saban waktu setiap harga meninggi nilainya,
walau sebilang masa ditipu pemerintah yang durjana,
selamat berjaya Malaysiaku.

Oh, semalam aku mendengar perkhabaran yang sangat gembira,
KDNK negara menjulang nilainya ke angkasa,
dengar cerita beratus peratus jumlahnya,
eloklah begitu demi kedamaian Malaysiaku,
entah apa faedahnya kepadaku aku pun tidak tahu,
mungkin mak long di Gua Musang juga setuju,
KDNK? Apa itu? Sebuah novel cinta baru?

Ya, hari ini aku mendengar khabar yang lebih sensasi,
di akhbar sana sini mereka menyebut tentang kadar inflasi,
si pemerintah menyebut inflasi kita turun lagi,
oh agaknya baguslah demi kemajuan ekonomi negara,
terima kasih kerajaan yang gigih berusaha,
makcik esah di Pendang tidak tahu apa itu inflasi,
dia mahu tahu adakah perutnya setiap hari dijamu nasi,
atau hanya mengharap kasih dan simpati,
dari pemerintah yang tidak pernah mengerti.

Oh ada lagi rupa isu-isu semasa,
dengarnya pelaburan luar negara sudah bertambah sebanyak-banyaknya,
khabarnya ekonomi negara sudah pulih seperti sediakala,
sediakala?
sediakala itu bagaimana?

Tahun lepas aku bayar minyak seringgit lima kupang sahaja,
tahun ini seringgit lapan kupang seliter cuma,
adakah bila pulih minyak akan naik harga,
jika begitu aku tak mahu sediakala,
tak perlu ekonomi pulih asalkan aku hidup bahagia.

wahai tuan-tuan pemerintah yang mulia,
kami rakyat biasa tidak mengerti apa-apa,
KDNK inflasi pelaburan GSTT atau apa-apa lagi istilah bertaraf dunia,
yang kami tahu setiap masa harga barang semakin menggila,
sedang kami lihat di kaca tv anda semua masih tersenyum bangga,
menjual istilah yang kami tidak tahu apa maknanya.

Wahai tuan-tuan pemerintah yang bijaksana,
berilah kami erti bahagia,
kami cuma mahu hidup selesa,
untuk bekalan di hari tua.

13 comments:

eMMe said...

boleh kah Malaysia berjaya, kalo rakyat merana?

DKosongLapan said...

kami juga tak perlukan bangunan baru 100 tingkat.... juga tidak perlu membeli seluar dalam yang mahal tanpa cukai.... hehehe

nafastari said...

maklong, mak esah, nak bgtau ni. esok handbag, kasut kulit import & seluar dalam akan turun harga! best kan???

sekamar rindu said...

salam.

malaysiaku yg indah dan permai..

a.samad jaafar said...

Aku nok pakei spender tiga pat lapieh taun depan..ate..udoh mughoh kan.. ni namenye belanjawan spender kan..?

PIDUT ASiS said...

luahan perasaan sempena belanjawan??heheh

Post Terhangat...

Jangan Bagi Dorang Makan Banyak!

yg_indah said...

sastera juga hg ni.aku igt kan x?hahahah

kelisa_samudera said...

emme : boleh, kalo kena dgn caranya. haha

D : moh le kej usco, kita beli sependa baghu.

sekamar rindu : indah fizikalnya. harap2 satu hari spiritualnya pun indah juga.

pidut asis : yaaa, sememangnya begitu. bila nak balik malaysia? hahaha

kelisa_samudera said...

nafastari : ahlan wa sahlan. lama tak menjenguk ke sini.

samad : pas ni beli spenda banyak2, potong2 buat baju dengan spenda tu.

yg indah : aku saja simpan kuku. takut bawak keluaq kuku awai hang tekejut plak.

tinuj said...

Salam,
Satera menyengat name nye, kalo kene sengat kat ponggong tak pe tak jadi kudih sebab yop Mad kite pakei sependa belapih-lapih.keh..keh..keh..

vidadarisakura said...

:)

PIDUT ASiS said...

bulan 1 ni balik cuti jap..sedih gak tengok pasal Islamic Fashion Show...jadi fitnah kepada Islam..n sedih sebab ada orang Malaysia di situ...

sekamar rindu said...

salam..

seka;i lagi singgah sini..