Beberapa hari selepas mengaku putus hubungan dengan anak seorang Dato' dari selatan tanahair, penyanyi kontroversi Fisya Sendu memaklumkan bahawa beliau kini sedang bahagia bercinta dengan seorang jejaka yang masih dirahsiakan. Wajahnya jelas ceria ketika di dalam sidang media yang diadakan di rumahnya untuk memaklumkan perkara berkenaan.
"Saya sekarang sedang bahagia. Insya Allah, dalam 2 3 minggu lagi kami akan melangsungkan perkahwinan," ulasnya tanpa ditanya. Tidak lokek untuk berkongsi cerita cintanya dengan wartawan, Fisya memaklumkan bahawa mereka saling mengenali kerana jejaka itu selalu mengikuti perkembangannya di Twitter. Setelah berkenalan selama 2 hari, mereka telah mengadakan temujanji pertama di sebuah restoran mewah di pinggir ibu kota semalam. "Dia sangat istimewa. Dia membelanja makan malam kami semalam dan dari gayanya, memang saya nampak dia seorang yang kaya. Dia 'swipe' kad kredit dengan penuh yakin, dan dia jemput saya dari rumah pun dengan menaiki jet peribadi. Ini sungguh berbeza dengan seorang lagi jejaka yang cuma sewa helikopter semasa nak berjumpa dengan saya."
Menurut penyanyi bersuara itik serati itu lagi, kenangannya bersama-sama dengan kekasih lamanya Faizal sudah lama ditinggalkan dan dia sedang memandang ke hadapan demi kerjaya nyanyian yang semakin berkembang. Ketika ditanya tentang faktor putusnya hubungan dengan anak Dato' berkenaan, Fisya terus terang mengakui bahawa dia sebenarnya sudah lama mahukan hubungan itu putus kerana Faizal ialah seorang duda.
"Saya gelilah dengan duda-duda ni. Apa kelas wanita macam saya dapat duda. Sepatutnya saya dapat seorang teruna kerana saya pun masih lagi dara. Errrr, maksud saya sebab saya tak kawin lagi. Eloklah Faizal balik ke pangkuan isteri dia. Lagipun saya dengar dia bukan setakat ada seorang isteri. Dia pernah kahwin lari masa dia masih remaja dulu."
Mengulas mengenai kontroversi beliau berpakaian bikini semasa bercuti di Perth baru-baru ini, Fisya mengharapkan supaya rakyat Malaysia tidak memandang peristiwa itu dari perspektif yang sempit. "Masa itu cuaca panas. Saya tak selesa nak memakai baju. Nanti kalau pakai baju badan saya akan berpeluh. Bila berpeluh bakteria dengan mudah akan menyerang badan saya kerana antibodi badan saya tak begitu kuat. Saya harap janganlah diperbesarkan cerita ini. Saya memakai bikini demi untuk mengelakkan penyakit," ujarnya mengakhiri sidang media berkenaan.

15 comments:
Saya sedang cuba untuk menghasilkan ilham2 satira. Mungkin ini adalah permulaan.
hihihi...tajam sungguh satira mike nih.. tahniah sahabat..permulaan yg sangat baik...
more satira please....
i mean i want more satira entry
wahhh...sopi udah berhijrah.....daghi yang siriyes kepade satira yang siriyes tapi 'makan dalam' .....bagoih lee sopii
ni kisah benar kan?
juz tukar name je kan, ahaks!
samad : terima kasih samad. awok ade perancangan jauh pasal satira ni. kekeke
yg indah : i want more entry from your blog please.
D : masih lagi serius. tapi dalam rencah yg berbeza. hehe
emme : ni la namanya satira. kisah benar yang ditokok tambah. syaratnya jgn offend sape2, sebab tu kita guna bukan nama sebenar. hehe
hebat kisah fisya sendu nie..sangat mensendukan..
salam ziarah..pertama kali ke blog ini
sahromnasrudin : terima kasih kerana berkunjung ke blog saya. nanti saya cuba buat kunjungan balas.
sungguh hebat wartawan ni..
berita sensasi pnuh kontroversi..
syabas..
tahun dpn leh jd editor majalah pulak ye..
great..
TK suka..
kisah benar yg di tokok tmbh dan menyerlahkan kreativiti. senyum sorg2 bca n3 ni. kiut!!
fisya sendu? baik fisya senduk trus... ;-)
hak ciplak terpelihara.. nice entri. gelak den baco
Salam ziarah..
Kesian fisya kerana tersendu.....
Terasa pedasnya...
ceh mcm betul2 plak...ngehx3
Post a Comment