25 February 2011

Di antara dua negara


Terima kasih Google

Libya terletak di antara negara Tunisia dan Mesir yang menghadap Laut Mediterranean yang bersejarah. Di utara negara mereka, mereka sebenarnya berjiran dengan Itali yang merupakan pusat Kristian paling berpengaruh di dunia. Ironinya, tidak jauh dari situ juga terletaknya negara Sepanyol yang mempunyai sejarah panjang tentang umat Islam Andalusia. Di negara-negara Afrika yang berjiran dengan Eropah ini, peradaban dan konflik agama sebenarnya membentuk serba sedikit perjalanan negara mereka dan tentu juga negara-negara seperti Libya, Mesir, Maghribi, Palestin, Sepanyol malah menjauh sehingga ke Britain, Scotland dan Perancis mempunyai sejarah yang kait-mengait. Di dalam konteks revolusi rakyat, Libya bolehlah dikatakan terlewat kerana kedua-dua negara berjirannya sudah melalui tempoh revolusi yang getir dan mengorbankan nyawa. Hanya baru-baru ini selepas pemimpin Mesir dan Tunisia selesai 'dihadamkan', barulah Libya sedang sibuk-sibuk untuk mengubah diri mereka.

Suatu waktu dahulu ketika saya masih bodoh-bodoh dan mentah, saya sangat menghormati pemimpin bernama Muammar Gaddafi ini. Jika kita pernah bermain permainan komputer Red Alert : Command & Conquer, Libya diletakkan sebaris dengan negara-negara 'jahat' lain seperti Korea Utara, Russia, Iran dan China di dalam menentang negara-negara 'baik' seperti Amerika Syarikat, Britain, Korea Selatan dan Germany. Seperti yang kita semua sedia maklum, jika sesebuah negara dianggap sebagai penentang kepada Amerika Syarikat, maka mereka sebenarnya adalah negara yang mempunyai prinsip yang tinggi yang tidak mahu patuh kepada negara syaitan itu. Lebih-lebih lagi, di dalam permainan itu dua negara yang mempunyai komposisi penduduk Islam yang tinggi iaitu Iran dan Libya diletak di dalam senarai negara-negara 'jahat'. Ketika saya bermain permainan itu, saya suka mewakili Iran atau Libya bukan sahaja kerana mereka negara Islam, bahkan saya merasakan perjuangan mereka untuk menentang negara polis dunia itu sangat saya hormati. Libya atau lebih tepat lagi Muammar Gaddafi juga mempunyai hubungan yang rapat dengan Hugo Chavez di Venezuela, satu lagi negara yang terang-terangan membenci Amerika dan sekutu-sekutunya.

Itu ialah cerita dulu. Cerita ketika rakyat Libya belum mula bangkit untuk mempertahankan hak. Hari ini persepsi saya kepada Muammar Gaddafi berubah secara keseluruhan kerana tindakannya yang kejam.

Di negara yang mana bangsanya dilaknat Allah iaitu Israel, negara polis dunia Amerika Syarikat, negara anjing Amerika iaitu Britain atau mana-mana negara yang tidak mengaku Allah sebagai Tuhan mereka sekalipun, pemimpin mereka tidak tergamak untuk menggunakan kuasa ketenteraan untuk membunuh rakyat sendiri. Tetapi di negara Libya yang pemimpinnya mengaku Allah sebagai Tuhan, Nabi Muhammad sebagai Rasul dan mempercayai rukun iman dan Islam, saya tidak pernah terfikir Muammar Gaddafi sanggup menggunakan bom dan senjata untuk membunuh rakyatnya yang sedang memprotes. Betapa hancur dan luluh hati kebanyakan dari kita apabila mendengar berita hampir 1,000 orang sudah terkorban kerana tindakan gila Muammar ini.

Sekarang, marilah kita bezakan Muammar ini dengan rejim Yahudi yang laknat itu. Seingat saya, tidak pernah saya membaca pemimpin Yahudi membunuh rakyat Israel yang tidak bersetuju dengan rejim Zionis. Malah mereka diberikan ruang dan peluang untuk berdemonstrasi walaupun di dalam kebanyakan masa pendapat mereka tidak pernah didengari. Di dalam kisah tragis Shabra dan Shatilla, pemimpin Yahudi membunuh orang Islam, bukan orang yang seagama dengan mereka.

Memang sesuailah jika ulama besar seperti Yusuf Al-Qardhawi memfatwakan supaya Muammar dibunuh. Kepada Muammar, semoga Allah mengampunkan dosamu yang menggunung itu. Jika tidak, hiduplah engkau untuk selama-lamanya di neraka yang panas membakar kerana membunuh ribuan manusia Muslim yang sama-sama menyembah Tuhan yang engkau sembah. Saya di sini hanya mampu berdoa, bersimpati di atas nasib saudara-saudara seagama yang tidak meminta apa-apa pun di dalam dunia kecuali sedikit. Hanya secangkir rasa bahagia untuk dikongsi sementara menunggu untuk dijemput ke alam abadi buat selama-lamanya.

6 comments:

yg_indah said...

ramai la yg mati syahid.

a.samad jaafar said...

suatu masa dulu..masa yg sangat panjang, beliau disangka hero dunia Islam..bagaimana kita boleh tertipu..? barangkali kerana bijaknya beliau mengeksploitasi media..tonjolkan kehebatan sambil menutup sisi hitam beliau..

toyolkiut said...

gaddafi gila kuasa kan..
boleh pulak ia kluarkn knyataan untuk syahid di bumi libya..
emm..
mmg bnr klau d imbas2 blk, israel pun x pnh bunuh rakyatnya sendiri..

sahromnasrudin said...

assalamualaikum..'

semakin parah asia barat..semoga perang saudara tak meletus disana

kelisa_samudera said...

yg indah : syahid pada pandangan yg berbeza. gaddafi pun kata dia akan mati syahid.

samad : kehebatan media la tu agaknye. last2 yg kena tipu oghang islam ke jugak.

TK : bila kuasa dah mengaburi akal, tetap dipertahankan kuasa tu walau segila mana tindakan dia.

sahrom : harapnya begitulah. tapi bagus juga, dinasti lama akan terhapus. semoga dtg dinasti baru yng lebih ikhlas.

toyolkiut said...

gadaffi dikatakn seorang yg hafiz..
tp..
emm..