20 February 2011

Rahsia menjana pendapatan lumayan


Saya sering melayari internet ini untuk pelbagai sebab. Di antara laman-laman web yang kerap saya kunjungi ialah laman sosial Facebook, blog-blog politik semasa di dalam dan luar negara dan kadang-kadang saya mencari laman-laman web yang boleh memberikan peluang untuk menambah pendapatan. Laman-laman sebegini tidak sukar untuk dijumpai. Buka sahaja mana-mana laman web yang popular, tentu sahaja kita akan terjumpa iklan-iklan untuk laman sebegini. Jujurnya saya tidak pernah menyertai mana-mana perniagaan internet atau terpengaruh dengan ajakan mereka untuk menyertainya, cumanya kunjungan saya ke laman-laman berkenaan hanyalah untuk menyerap beberapa idea yang boleh digunakan di dalam pengurusan kewangan peribadi.

Apa yang menarik minat saya ialah kemunculan e-book tentang kewangan yang semakin berlambak di dalam internet bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan. Modus operandinya sama, menghasilkan karya berkenaan idea kewangan dan kemudiannya dipasarkan melalui internet, sambil bayarannya boleh dilaksanakan melalui sistem perbankan elektronik. Dari satu segi yang positif, ternyata semakin ramai manusia khususnya orang Melayu yang sudah semakin celik kewangan sehingga dapat menghasilkan buku-buku untuk rujukan orang lain. Malah ada di antara mereka yang dikatakan sanggup berkongsi kaedah untuk mencari kekayaan kerana mereka sudah terlalu kaya!

Namun begitu, pada satu sisi yang lain, kadang-kadang saya meragui isi kandungan yang termuat kerana tajuknya memang begitu menggemparkan sekali. Sebagai contoh, "rahsia menjana kekayaan," "pendapatan RM50K seminggu," "duit masuk macam air" dan lain-lain memang membuatkan ramai orang teruja dan tertarik. Saya pernah cuba membeli salah satu naskhah dengan harga RM20.00, malangnya intipati tulisannya boleh didapati dengan percuma di laman-laman web lain. Walaupun begitu saya tidaklah merasa rugi dengan RM20.00 yang dibayar kerana lumrah manusia yang inginkan perubahan, tentulah kadang-kadang kita terjumpa dengan jalan yang buntu.

Lalu kemudiannya saya terfikir, jika penulis-penulis ini memang benar mempunyai rahsia menjana kekayaan dan ingin berkongsi kekayaannya, mengapakah mereka memilih orang yang mereka tidak kenali untuk diberikan rahsia yang sebesar itu? Tentulah logik jika rahsia yang dimiliki disimpan untuk rujukan saudara mara sendiri atau setidak-tidaknya sahabat-sahabat karib. Tidak seperti kaum Cina, orang-orang Melayu diketahui sangat kedekut untuk berkongsi cara menjana kekayaan malah mereka seboleh-bolehnya akan merahsiakannya untuk mendapatkan keuntungan yang maksimum. Tan Sri Mokhtar Al-Bukhary, Tan Sri Mustaffa Kamal, Mirzan Mahathir atau Datuk Seri Eleena Raja Azlan Shah tidak pernah menghasilkan buku yang menceritakan strategi kekayaan mereka kecuali sedikit. Sebagai contoh, Tan Sri Mustaffa Kamal memberitahu kita di dalam salah satu wartawannya bahawa salah satu cara untuk mengumpul kekayaan di Malaysia ini ialah dengan berbaik-baik dengan orang politik. Itu sahaja.

Saya menyarankan kepada penulis-penulis 'rahsia' mengumpul kekayaan ini supaya lebih bertanggungjawab di dalam penulisan mereka. Tidak salah untuk menjual buku demi untuk keuntungan peribadi, tetapi ia perlulah lebih bertanggungjawab dan tidak hanya mengharapkan kepada tajuk-tajuk yang gempak dan menggiurkan. Samsuddin A Kadir, Azizi Ali atau Irfan Khairi juga menghasilkan buku yang serupa, tetapi isi kandungan buku-buku mereka dapat memberi faedah kepada orang lain dan mereka juga tidak menjanjikan bulan dan bintang kepada pembaca-pembaca.

Rezeki adalah kurniaan Allah. Tidak mustahil ada pembaca yang benar-benar berjaya dengan membaca buku-buku (e-book) mereka. Semoga rezeki yang kita perolehi mendapat berkat dan dapat pula membantu orang lain berjaya seperti kita. Orang lain juga mahu berjaya seperti kita, cumanya kadang-kadang mereka menempuh jalan yang sukar untuk mencari kejayaan itu sendiri.

13 comments:

dear anies said...

anies x kisah apa yg mereka katakan... tp kalu anies dpt spot penipuan.. siap la.. anies akn basuh ckp2!

sahromnasrudin said...

assalamualaikum..

sy layari interbet sebab nk dpt ilmu..byk ilmu kat internet

Anonymous said...

betul tu yeop, deme ni suka beno menanam tebu dipinggir bibir,mengaut untung dr ke-confuse-an org laen. eh, halal ke kalau pendapatan seroper gitu? aci kene kondem aje. kenaper beriyer nak berubah yeop? nak tambah bilangan kuarge ke? saje menanyer... :-D peace
-eda-

kelisa_samudera said...

anies : tak sempat basuh diorang pun dah lesap. hehe. tapi buku2 e-book ni mmg jauh lagi bagus dari pelaburan internet. sekurang2nya kalo rugi pun rugi membeli aje, bukan rugi melabur.

sahrom : betul tu. cuma kita kena lebih2 hati untuk tapis ilmu tu, sebab kadang2 ada jugak termasuk dengan sampah sekali.

eda : fitrah manusia mmg nak lebih kaya dan maju. sebab saya manusia, so saya pun nak berubah jugak. kekekeke. eda kalo ada duit lebih bagi la saya. bank in dalam akaun ye. :p

Rin said...

mujur Pakdi selalu lantik aku baca (review) deraf buku2 dia sblm jual..

toyolkiut said...

kdang2 ebook ni sangat2 tak berbaloi kerana apa ditulis cuma cedok2 dari tips2 yg berlambak kita boleh dpt dr internet sec percuma..
cuma ayat2 intro nya lebih power, d mana klau orang2 baru nk belajar tngok rasa macam 'mesti beli' jugak ni!
TK lebih suka ke blog2 usahawan internet ni, kerana entry2 post mereka sj pun dh lengkap, cuma kdang2 kita je malas nk baca dan buat..

a.samad jaafar said...

teman sempat membeli dan membaca karya penulis yg mike senaraikan... hanya sebagai pengetahuan..pokoknya, USAHA.. tanpa usaha, eloklah tido je yeop..supaya terus melayan mimpi..

kelisa_samudera said...

rin : bagus tu. harapanku supaya pakdi ialah seorang penulis yang bertanggungjawab.

tk dan samad : ape yg kome kata tu ada kaitan antara satu sama lain. yg penting kita usaha, kalo kita malas nak buat apatah lagi nak baca, tak guna satu hapah.

tk, ape blog yg selalu tk kunjungi? boleh juga di share di sini.

dear anies said...

thx sbb komen.

ttg soklan yg d utarakn tu, maksud bkn utk kepentingan diri ialah kita inginkan sesuatu ttp ada tujuan lain d sebaliknya.contoh, da lama mengidam nk handbag LV. namun dlm ms yg sm nk handbag tu sbb nk show off kt kwn2.

yg_indah said...

penulis yg xbtaggjawab juga ingin cepat kaya.

toyolkiut said...

yg tips2 mcm ni, TK suka baca blog kasimo69.com, blalang.blogspot.com, perniagaaninternet.com..
berlambak2 tips2 bagus kt situ..

MOH KEMBARA said...

Salam Yob Kelisa, teman tak klik pun bila dpt email cam ni. Nak kaya kena berusaha, bukan tunggu duit masuk cam ayor!

vidadarisakura said...

aku memang tidak pecaya sangat benda2 yang bikin orang kaya cepat ni.hee