10 February 2011

Satira, karya yang menenangkan

Sejak akhir-akhir ini saya agak gemar untuk mencuba genre satira di dalam penulisan sendiri. Entah mengapa idea-idea untuk menghasilkan satira ini mencurah-curah pula datang bagai tidak tertahan-tahan sehinggakan kadang kala saya terlupa apakah idea yang pernah datang kerana terlalu banyak.

Sungguh, penulisan ialah cerminan kepada diri sendiri. Maka segala apa yang saya tintakan dari mula blog ini dihasilkan sehinggalah ke saat ini, ia adalah cermin peribadi terbesar kepada saya. Saya mengagak rakan-rakan yang sentiasa melayari blog saya sudah dapat meneka apakah yang ingin saya dapatkan di dalam hidup ini, ke arah manakah condongnya ideologi politik saya dan apakah status kewangan dan sosial saya. Mungkin...

Bagi saya menulis satira adalah suatu yang santai dan menenangkan. Seperti juga Shahnon Ahmad yang selalu menggunakan karyanya untuk melepaskan geram dan marah, kebetulan bagi saya sendiri menulis satira memungkinkan ke arah itu. Ia lebih selamat, tiada ancaman dari mana-mana pihak di negara yang serba serbinya terjajah ini dan mungkin juga menjadi cetusan idea kepada orang lain tentang apa yang ingin saya sampaikan.

Demi rasa marah dan geram saya, saya akan cuba menyampaikan satira-satira terbaik bagi dilampirkan di blog ini pada masa hadapan. Bagi rakan-rakan yang tidak bersetuju kepada karya-karya saya, maafkanlah kerana sesungguhnya saya tidak dapat memuaskan hati semua orang. Saya cuma mahu menyampaikan apa yang dirasakan benar, mudah-mudahan dengan sumbangan saya yang sedikit ini dapat membantu mencorakkan negara kita ke arah yang lebih baik. Insya Allah.


8 comments:

toyolkiut said...

TK suka satira cmni..
ada identiti..
emm..
tp TK x boleh teka lg apa status politik dan kewangan sdara pnulis..
yg pasti TK nmpk ssuatu yg matang dan punya wawasan..
syabas..

a.samad jaafar said...

komen TK itu betui..! penampilan gaya bahasa cukup menarik dan tersusun..dihasilkan oleh susuk yg teliti..siapa pun sebenarnya kelisa, saya sudah pun lama mengangkatnya sebagai seorang sahabat maya yang terdekat. Dan kalau saya tidak lagi aktif dlm dunia blog..(spt saya dapat menjangkakan tempoh tamatnya) Kelisa Samudera akan tetap saya lawati..saya memberikan jaminan utk sentiasa menyokong dan memberikan galakkan kpd blogger yg terbaik.

yg_indah said...

jgn terlalu menonjol, nnt kay di end cari.

vidadarisakura said...

tidak kasi puas hati semua orang. yang penting kita puas hati. ;)

kelisa_samudera said...

TK dan samad :tinggi sangat penghargaan anda berdua kepada saya. rasanya kalau nak dibandingkan blog saya dengan blog kalian, jauh lagi rendah tarafnya blog saya ni. mana mungkin saya dapat tandingi kehebatan 'atas nama aku' dalam menceritakan kenangannya, ataupun ketelusan 'si toyol' di dalam berkongsi kisah2 harian beliau.

yg indah : semoga Allah bersama2 aku sekiranya ditakdirkan hidupku sebegitu, kerana fitrah orang berjuang mmg tak pernah merasa senang.

vidadari : jgn fikir orang lain. hahah

MOH KEMBARA said...

Salam Yob, tulis jer Yob. Suka gak stail satira ni...sonok kekadang nak teka sapa dan peristiwa kalau tak follow berita terkini! Apa kabor?

kelisa_samudera said...

moh kembara : kabor baik yong. duduk luar negara tu jgn lupe ikuti perkembangan di negare sendiri. lagi satu, jage diri elok2. kang kat negare mike duduk tu ade demonstrasi plak, susah mike sekeluarga.

toyolkiut said...

emm..
macam2 kan..
idup kita ni macam ni la..