19 August 2011

Di antara 3 negeri



Pekan ini sangat sederhana. Orang-orangnya juga tenang-tenang tidak seperti di bandar Ipoh, apatah lagi jika mahu dibandingkan dengan orang-orang di Kuala Lumpur yang sentiasa kacau bilau. Saat pertama saya menjejakkan kaki ke pekan ini, seperti tiada apa yang istimewa berbanding dengan pekan-pekan lain di negeri Perak. Cuacanya biasa, jalan rayanya juga biasa, kedai-kedai jualan juga biasa, tetapi orang-orang di sini mempunyai loghat Kedah yang baik. Saya seperti berada di 'tanah air' sendiri.

Pekan ini sama sekali tidak akan dapat menandingi pekan-pekan lain di Ipoh dari segi sejarahnya. Ipoh, Kampar dan Taiping terkenal dengan pusat ekonomi dan bijih timah yang berusia beratus-ratus tahun. Kuala Kangsar terkenal dengan pusat pentadbiran diraja. Lain-lain pekan atau bandar juga sudah menjadi terkenal dan maju seperti Manjung, Seri Iskandar atau Teluk Intan, tetapi pekan ini kekal misteri seolah-olah dilepas pandang. Mungkin akibat tiada pelan yang bersesuaian atau tiada sumber alam yang berharga, pekan ini tidak begitu diambil berat oleh pihak pemerintah. Cuma mengadakan semuanya seadanya sambil cuba untuk menambahbaik di mana perlu.

Pagi hari pertama di sini saya agak terkejut juga kerana berjaya sampai ke pejabat lebih awal dari biasa. Seolah-olah kejutan budaya pula apabila pada waktu sebegini tidak ramai orang yang berpusu-pusu ke tempat kerja atau menghantar anak ke sekolah. Semuanya tenang dan tenteram, mungkin juga bulan Ramadhan ini membuatkan masyarakatnya yang kebanyakan Melayu menjadi sedikit malas. Tetapi apa pun, memang tiada kesibukan jalanraya di sini kecuali beberapa tempat akibat projek landasan keretapi berkembar yang melencongkan jalanraya ke jalan-jalan kecil.



Selepas dua tiga minggu, barulah saya menyedari keistimewaan daerah ini. Makanannya yang 'entah apa-apa' membuatkan saya sedikit teruja kerana saya sendiri memang meminati masakan yang eksotik. Makanan di daerah ini terutamanya makanan laut agak sukar diperolehi di tempat lain dan buat kali pertama saya dapat menikmati siput unam, siput duri dan kepah besar. Ketua jabatan saya memberi amaran, berat badan saya akan naik 5 kilogram di dalam tempoh 6 bulan.

Saya teruja untuk terus berada di sini. Sesetengah kawasan di sini benar-benar mengingatkan suasana di kampung saya ketika saya berumur 7-8 tahun. Ada surau kayu yang 'hapak' dan lusuh, jalan yang masih belum bertar dan udara yang nyaman bagaikan mengundang nostalgia ketika zaman kecil. Inilah dia pekan Parit Buntar, pekan paling utara di negeri Perak.

11 comments:

Rin said...

kau cuba google pilihanraya umum pertama di tanah melayu.di situ pekan kecil ini adalah terlibat..

ptg2 kalau ada masa (lepas raya nnti) aku sajes ko pergi ke ban pecah di tjg piandang.situ dulu adalah kampung.skrg sudah jd laut...

kelisa_samudera said...

rin : aku dah pegi ke ban pecah hari tu. memang dapat tengok tali air dalam laut, tapi cuma dapat tengok je la. tak dapat bayangan sebenar. nanti aku try tanya cerita2 orang tua kat situ plak. hehe

eMMe said...

makan ke siput cengkerang tajam2 tu....isk2....biar betul....

Seorang Bukan Sasterawan said...

bestnye tuan..
bilalah agaknya saya berpeluang mengunjungi tuan dan meratah siput bercengkerang tajam

atbk said...

aku pun suka try makanan-makanan orang tempatan!

Mujur tak dapat offer jd pengacara jjcm je! haha

sahromnasrudin said...

saya pernah sampai pekan ini..saya rasa ia hidup..stesen basnya juga agak besar..berbanding tempat saya berkhidmat sekarang, pukul 6 ptg sudah sunyi sepi....macam dalam hutan huhuhuhhh

KiMi said...

HAHAHAHA.ITU NAM DIA PARIT BUNTAQ WEI.HANG BESA MAI RUMAH AKU TAK LAGI?BELUM KAN?NANTI BILA HANG MAI LAGI HANG TEKEJUT.

kelisa_samudera said...

emme : semua yang atas meja tu memang untuk dimakan. tapi cengkerang tu tak makan la.

SBS :maklumat terbaru aku dapat, kedai ni cuma dibuka bulan ramadhan aje.

atbk : maria tungku sabri ngan ko sama je beratnya. apetah lagi kalo ko jadi pengacara jjcm.

sahrom : ia memang hidup. tapi sunyi. ada kopitiam 24 jam, maknanya memang orang sini susah nak tido.

kimi : bawak aku pi melawat rumah hang. aku kan seorang pemimpin masyarakat. hahaha

MOH KEMBARA said...

Assalamualaikum Yob,

Isyyy akak rasa Pekan Parit buntaq ni makin majulah...ke ada Parit Buntaq lama dan Parit Buntaq baru? Akak kekadang gi rumoh adik kat Kole Kuro singgah gi pekan Parit Buntaq shopping. Apa2 pun, narang siput tajam2 tu buleh dimakan yek?

Annie said...

aha! i found you!

Annie said...

aha! i found you! ;p