01 August 2011

Oh lamanya

Saya merenung blog ini lama-lama dan terkesima di sudut hati. Semacam ada satu perasaan yang sukar untuk digambarkan kepada orang lain. Ingin sahaja saya berteriak untuk menceritakan apa yang telah terjadi, tetapi bila difikir-fikir tidak sesuai pula. Sudah begitu lama blog ini ditinggalkan. Jika ianya sebuah rumah, tentu sahaja ia sudah bersawang di ceruk-ceruk penjuru dinding. Ular juga mungkin sudah mula menghuni silingnya, malah tikus mungkin menari bercicit-cicit di ruang dapur. Jika ia sebuah motosikal, tayarnya sudah lembik tanpa angin lagi. Karat bertatah di mana-mana, malah kaki juga boleh patah semasa hendak menghidupkannya. Jika ia seorang manusia, tentu ia menangis kesepian tidak dikunjungi sesiapa, malah tuannya juga sudah tidak sudi lagi bertanya khabar.

Lamanya blog ini ditinggalkan. Ketika coretan ini mula dilakar, coretan terakhir tertinggal pada 4 April yang lalu. Bermakna ia sudah 4 bulan ditinggalkan tanpa tuan, laksana hantu raya yang berkumang-kumang gila di pinggir kampung. Maafkan aku, tuanmu ini, kerana leka dengan perkara-perkara yang lain.

Saya mempunyai alasan yang kukuh mengapa dengan sengaja meninggalkan blog ini terlalu lama. Namun apabila mahu diungkit-ungkit tentang alasan itu, ia bagaikan terlekat di kerongkong hingga menyukarkan diri untuk menyebutnya. Biarlah untuk sementara waktu perkara ini disimpan sahaja di lubuk hati, mungkin suatu masa nanti saya punya daya kekuatan untuk menghamburkannya juga. Seperti yang pernah saya baca, ada kebenaran yang lebih elok untuk disembunyikan kerana jika ia didedahkan, mungkin ia boleh mendatangkan mudarat.

Banyak yang berlalu di dalam hidup saya sepanjang beberapa bulan ini. Rezeki yang melimpah sehingga dapat menyelesaikan hutang-hutang jangka pendek, hidup juga semakin tenang seiring dengan usaha saya untuk mendekatkan diri dengan Allah. Kebetulan pula saya memang mempersiapkan diri untuk menghadapi Ramadhan, ingin juga menyempurnakan bulan mulia ini dengan sebaik-baiknya tidak seperti dahulu yang cuma membuat amalan ala kadar sahaja. Alhamdulillah, syukur sahaja. Semoga kasih sayang yang diberi Allah ini sentiasa berterusan sehingga ke akhir hayat. Bekerjalah di waktu yang singkat iaitu dunia, saya mahu berehat di waktu yang panjang.

Terima kasih Allah. Terima kasih kawan-kawan yang merindui saya dan blog ini terutamanya Samad Jaafar dan Toyol Kiut. Allah sahajalah yang membalas jasa kalian sebagai sahabat saya yang baik. Ketika coretan ini ditulis, Samad seolah-olah berseorangan di dalam dunia blog dan terdetik pula rasa bersalah kerana membiarkannya keseorangan. Ketika coretan ini ditulis juga, blog Toyol Kiut terpadam dari rekodnya atas sebab-sebab yang saya sendiri tidak pasti. Mungkin kita akan ketemu lagi suatu masa nanti, bersama-sama di dalam arena penulisan ini dengan motif untuk mendapat redha Allah hendaknya.

Selamat menyambut Ramadhan.

10 comments:

UmmuNuha said...

akhirnya kelisa bersuara jua...

eMMe said...

4 bulan, bukan jangka masa pendek tu...hehehe....sengaja atau secara tidak sengaja menyepikan diri dari dunia penulisan, awak tidak dilupakan, cuma....saya tak ingat, hehehee...

yg_indah said...

berhutang memang membebankan pemikiran.

a.samad jaafar said...

sahabatku kelisa..

frasa ini.."Ketika coretan ini ditulis, Samad seolah-olah berseorangan di dalam dunia blog.." sgt menyentuh hati aku.. serius !! Pernah krn 'kehilangan' Kelisa. ToyolKiut, D_08 dan eMMe diruang komen aku..aku jadi sedih..semangat luntur dgn sgt teruk. Aku terfikir utk mengikut jejak kamu dan ToyolKiut, iaitu berhenti berblog dan hanya menulis untuk disimpan dlm pen drive saja..Tapi aku teruskan juga dgn meletakkan target jumlah n3 dlm blog aku serta satu tarikh utk aku berhenti sepenuhnya..

P/S...
a. aku bercadang utk mengumpul balik n3 berbentuk kenangan/pengalaman dlm blog aku.. mungkin aku tukarkan loghat perak kepada bahasa baku dgn sedikit tambahan atau lebih terperinci..aku harap aku dapat menyiapkan sebuah buku untuk simpanan peribadi..

b. mana ToyolKiut..?? aku rindu dia.. aku percaya dia spt kamu.. sahabat yang baik..

Anonymous said...

wah! lamanye menghilang yeop. dapat anak baru ke? lama benor 'pantangnye' hihihi
-eda-

D_08 said...

Iye beno le sopi........ aku walopon selalu nampok kamu......kat dunia realiti dengan dunia pesbuk....tapi jaghang dapat bertego sapa dengan mike....

a.samad jaafar said...

Kelisa Samudera..
aku memilih untuk menjawab komen/soalan kamu di sini..

mmg betui aku akan kurangkan n3 yg meleret2 dalam blog.. sekurang2nya utk satu jangka masa tertentu.. bukan terus takde.. cume dikurangkan.. selain faktor teguran rakan2 blog melalui ruang komen dan sms.. secara jujurnya, aku berasakan org mulai bosan dgn cerite2 aku..

masih ada beberapa n3 yg tersimpan sebagai draf.. bila2 pun boleh aku publish.. tapi.. sebagai org biasa.. rasa rendah diri dan malu tu tetap ada..

sekian.. tegur aku jika aku silap..tegur aku sebagai sahabat..aku akan menghargainya.. t kasih Sopi..

MOH KEMBARA said...

Assalamualaikum Yob, buat mana yg patut dulu Yob, priority, priority! Selamat menjalani ibadah puasa!

atbk said...

over la sopie...
aku lagi lama dari kau...
kalau ber "ular" tu.. dah empat generasi kot beranak pinak haha

baru hari ni dapat masuk blog aku!!
grrrr... byknye bende nak hapdet!!

Nailofar said...

Salam..

Haha..lm tul takde update dr blog kelisasamudera neh..

Selamat kembali ke dunia blog.hih