Terima kasih Google
Saya pernah menulis tentang Astro satu ketika dahulu. Di dalam tulisan saya itu, saya mempertikaikan tentang kadar langganan yang sangat mahal berbanding dengan rancangannya yang biasa-biasa sahaja. Malah pada musim hujan, kita membayar harga yang sama walaupun ada ketikanya siaran tidak dapat diterima. Pada ketika itu saya telah memutuskan untuk menamatkan langganan Astro, tetapi keputusan itu diubah apabila mendapati ketiadaan Astro membuatkan mutu saluran menjadi tidak begitu baik. Mungkin kerana jiran-jiran sebelah yang rata-ratanya memasang Astro telah memberi kesan kepada penerimaan satelit di televisyen biasa saya.
Malangnya, tulisan itu telah dibuang apabila saya menilai kembali kualiti penulisan yang tidak begitu baik. Sehingga semalam, saya telah melanggan pakej Movie, Learning dan Sports dengan harga RM107.10 termasuk cukai kerajaan 6% yang diperkenalkan baru-baru ini.
Ia sebenarnya tidak menjadi isu kerana saya masih mampu membayar pada harga yang berkenaan. Sehinggalah apabila saya membaca tulisan blogger Probitas Et Fides yang saya hormati di sini, saya terfikir untuk mengikut saranan beliau mengurangkan jumlah pakej bagi menunjukkan tanda protes kepada harga dan perkhidmatan Astro yang tidak memuaskan. Lalu kemudiannya saya berfikir-fikir selama beberapa jam, melayari laman web Astro untuk menilai-nilai pakej baru dan merenung kembali faedah yang telah saya perolehi selama ini, saya telah mengambil keputusan yang pada hematnya dianggap tepat.
Saya melanggan pakej Movie kerana tidak begitu gemarkan rancangan drama tempatan. Pakej Movie menghidangkan cerita-cerita wayang dari Barat yang menghiburkan dan unik. Memang benar pakej ini bagus, tetapi mengenang kembali saya tidak punya masa untuk menonton satu-satu cerita sehingga habis, untuk apa saya melanggan sesuatu yang tidak dapat dinikmati. Saya hanya mempunyai waktu malam untuk berada di hadapan televisyen memandangkan pada siang hari terpaksa bekerja, dan tentu sahaja pada malam itu mempunyai agenda lain yang lebih elok untuk diluangkan bersama keluarga. Pakej Movie dianggarkan bernilai lebih kurang RM38.00 untuk 3 saluran, dan selalunya satu cerita itu akan diulang selama beberapa bulan sebelum diganti dengan cerita yang lain.
Pakej Sport pula dilanggan kerana saya meminati bolasepak Eropah dan juga badminton. Tetapi memandangkan bolasepak hanya ditayangkan pada malam minggu, malah ada ketikanya ditayangkan pada waktu pagi ketika saya nyenyak tidur, apalah guna saya membayar harga yang lebih demi untuk sesuatu yang sangat sedikit. Kadang-kadang pertandingan badminton juga disiarkan di pakej ini, tetapi ia sangat jarang kerana pertandingan badminton dunia juga sangat sedikit.
Berfikir-fikir kembali, saya akhirnya menggugurkan Sports dan Movie serta menggantikannya dengan Fun dan Mustika. Tinggallah harga yang dibayar ini kepada RM62.90 sebulan, jauh lebih murah dari sebelumnya. Terima kasih Astro, saya tidak akan membayar lagi untuk sesuatu yang tidak dapat saya nikmati. Terima kasih juga kepada Probitas Et Fides kerana menggerakkan usaha ini, semoga Astro lebih mendengar pendapat orang ramai berbanding memberi tumpuan kepada keuntungan kendiri sahaja.
12 comments:
betullah, sebab jiran2 keliling semua pakai piring astro, kita2 yang cuma pakai 'tulang ikan' ni t'paksa men-join-kan diri melanggan piring astro :-( kalau tak, sesekali nak nengok tv t'paksa memeningkan mata dgn siaran yg bergaris2 atau
'bersemut'. Kebaikannya, dptlah anak teman melayan cartoon kegemarannya, dan suami menikmati saluran sains & teknologi yg dikaguminya.keburukannya, teman la yg x cukup masa nak layan apa2 rancangan pon....:-( huhu
-eda-
alaa...amik pakej murah sudah...coz, masa kite di pejabat lebih panjang, dari pada masa kite kat rumah, takkan nak tgk tivi sampai tak tido2 kan, hehehehe....
Salam Yob, ha ha...akak takder ASTRO, pakai tulang ikan jer...itu pun jarang bukak TV. Layan internet lagi best! Dalam sehari dua ni, nanti Yong pos ole-ole dari Turki...ada ler sebiji dua hazelnut. Err meh gi blog yong ari ni ada peraduan mudah, teka jer, tak yah pikior! Tapi tarikh tutup kul 6pm ari ni...derrraaaahhh!
aku regis Mustika sebab nak tengok pi mai pi mai tang tu.
eda : ok la tu suami layan sains dan teknologi. buatnya kalo suami suka tgk mtv award, kan ke lagi susah nak kontrol tu. hehe
emme : betul tu. masa kita lagi banyak di opis. nanti kita pasang astro di opis aje le. hehe
yong : akak kan duk kat turki. mane nak ade astronya. hehehe
yg indah : aku plak sebab nak tengok maharaja lawak. tgk maharaja lawak lagi release tension dari tengok badminton.
alamak yong, lupe plak nak cakap. ngape tarikh tutup peraduan tu cepat bebenor? semalam awok satu haghi tak bukak laptop. tak sempat le gamoknye nak masuk peraduan yong tu.
sahabatku kelisa..
saya langsung tak ambik peduli ttg TV..kadang2 je tumpang tengok kartun sambil sembang2 ngan anak.. ntahlah.. tv bukan 'makanan' saya kot..
Salam Yob Kelisa, yong sat Turki, sat Malaysia, bukan selalu kat sana. Kalau peraduan teka-tikam selalu cepat tutupnya, kalau peraduan kena buat research, makan masa sikit.
TK rasa mmbazir pasang atro sbb TK xde masa nk nonton..
tngok tv pun jarang2 je,
rasa nya lebih sedap bc suratkhabar..
hehe..
assalamualaikum...
alhamdulillah...semoga tindakan kita ini mencerminkan kita sebagai pengguna menggunakan kuasa beli yang ada..
memang astro takkan ambil berat akan keputusan yang kita ambil ini tetapi sekurang-kurangnya kita bertindak dari kita merelakan ketidakadilan ini terus berlaku..
syabas saudara..
trime kasih sekali lagi...
Aku langgan astro sbb internet broadband tempat aku slow n takde streamyx. klu ada wimax mmg aku buang je astro ni...
Sahabatku Kelisa Samudera..
lamanya kamu bertafakur.. aku betul2 harap kamu kembali menulis..mungkin satira politik sesuai juga untuk kamu.. aku selalu baca post kamu di FB.. aku senyum2 sendiri..
pujian kamu ttg penulisan aku, agak janggal aku terima.. ironinya, aku selalu berasa serba salah sebelum menerbitkan sesuatu cerita baru sebab, aku malu kalau2 penulisan aku tidak sepadan dgn usia aku.. maksud aku.. takut macam hasil tulisan budak2 sekolah.. apa2 pun, aku menghargainya.. aku tahu.. setakat itu sahaja yg aku mampu..
Post a Comment