28 March 2011

Syarat wajib tayang


Di antara salah satu trivia menarik yang dicipta secara tidak sengaja oleh rakyat Malaysia ialah pawagam Malaysia mencatatkan kehadiran penonton paling sedikit di dunia dikira dari peratusan keseluruhan rakyatnya. Ia bermakna kebanyakan rakyat Malaysia bukanlah suka menonton wayang, malah jika ada penonton yang berulang-ulang sekalipun ia hanyalah di dalam kuantiti yang sedikit. Jika membandingkan kepada statistik diri saya sebagai penonton wayang, saya percaya fakta itu mungkin ada kebenarannya. Kali terakhir saya ke pawagam ialah pada November 2010 ketika menonton filem Hantu Kak Limah Balik Rumah. Sebelum November itu ialah pada Mei 2009 ketika menyaksikan filem Crossing Over. Oleh itu, saya mengambil masa selama 1 tahun 6 bulan untuk kembali ke pawagam semula. Jika tidak silap saya sebelum filem Crossing Over, kali terakhir yang dapat saya ingat ialah filem Madagascar pada tahun 2005 di Selayang Mall.

Saya terdetik untuk mengulas tentang Syarat Wajib Tayang yang diperkenalkan di Malaysia. Peraturan ini dicipta dengan niat untuk membantu pengusaha filem mendapatkan penonton yang ramai, yang mana mereka diberikan hak khas selama satu minggu untuk menayangkan filem mereka tanpa diganggu oleh filem-filem tempatan yang lain. Jika sambutan menggalakkan, pemilik wayang boleh menambah masa tayangan kepada minggu-minggu yang berikutnya tetapi jika ia tidak menguntungkan, pemilik wayang boleh menutupnya selepas habis satu minggu. Oleh kerana jumlah penonton Malaysia tidak ramai, bahkan filem Malaysia belum cukup kuat untuk bertarung dengan filem-filem luar di negara sendiri apatah lagi di luar negara, Syarat Wajib Tayang ini sentiasa menjadi pilihan pengusaha filem. Syarat Wajib Tayang ini tidaklah wajib, kerana itu jika kita masih ingat filem 2 Alam keluaran Dr Rozmey tidak menggunakannya. Kebanyakan pengusaha filem yang tidak menggunakan syarat ini selalunya berpendapat filem mereka agak kuat dan dapat memberi keuntungan, walaupun begitu mereka terpaksa menanggung risiko filem mereka disingkirkan lebih awal di pawagam jika filem itu tidak mendapat sambutan.




Baru-baru ini penerbit Ratu The Movie, Latif Mohaideen menyuarakan ketidakpuasan hatinya tentang syarat ini yang dianggap tidak begitu adil kepada semua pengusaha filem. Ia dibangkitkan apabila filemnya terpaksa bersaing dengan Merong Mahawangsa yang disiarkan seminggu lebih awal, memandangkan filem epik Merong Mahawangsa ini mendapat sambutan di luar kebiasaan. Hasilnya, dia menerima tempias apabila kebanyakan penonton tidak memilih untuk menonton Ratu The Movie.

Saya sebenarnya tidak begitu nampak tentang rungutan beliau. Mungkin dia mengakui bahawa filemnya kurang bermutu, maka dengan itu dia menyalahkan syarat wajib tayang yang telah diperkenalkan. Di dalam wawancaranya dengan Berita Minggu, dia memberikan metafora seperti berikut;

Ironinya beginilah, kalau anda ada RM10, anda akan pilih nasi ayam di gerai atau KFC? Harganya sama, tentu ramai pilih KFC.

Saya percaya dia menyamakan Merong Mahawangsa dengan KFC, dan tentu saja Ratu The Movie dengan nasi ayam di gerai. Soalnya benarkah begitu? Adakah semua orang yang mempunyai RM10 akan memilih KFC? Jika nasi ayam di gerai lebih lazat dan mengenyangkan, tentu saja ramai orang tidak akan malu-malu menikmati hidangan nasi ayam di gerai.

Pada pandangan saya, metafora sebegini tidaklah begitu tepat. Tidak semua orang akan memilih hidangan KFC jika punya wang dengan nilai yang sama. Begitu juga tidak semua orang akan memilih untuk menonton Merong Mahawangsa jika filem Ratu The Movie mempunyai kualiti filem yang baik. Namun jika dibanding-banding secara kasar, filem Ratu The Movie sekali imbas hanyalah mempertaruhkan keseksian pelakonnya berbanding Merong Mahawangsa yang lebih serius. Tentang seksi ini, kebanyakan penonton sudah jemu untuk melihatnya.

Latif Mohaideen juga mendakwa pelaburan besar Merong Mahawangsa tentu saja membuatkan ramai orang teruja untuk menontonnya, manakala Ratu The Movie yang menggunakan belanja yang kecil tidak akan dapat menyaingi kehebatan Merong. Bagi penonton biasa, belanja yang besar bukanlah satu isu yang menghadirkan penonton ke pawagam. Tentu sahaja belanja besar akan membuatkan filem lebih cantik dan berkesan, tetapi ia tidak memainkan peranan yang besar. Jika filem berbelanja besar dapat menarik perhatian ramai, mungkin filem seperti Sumolah atau Jogho dapat mengaut keuntungan yang besar.

Bagi saya, filem-filem Malaysia sangat klise. Kebanyakan filem dapat kita ramal klimaksnya selepas 15 minit tontonan, menyebabkan saya berasa sangat jemu dan bosan. Saya percaya Ratu The Movie juga sama, dan saya sudah tidak larat lagi melihat peha mulus gadis-gadis murahan yang dipertontonkan, atau setidak-tidaknya ketiak mereka yang ditayangkan secara percuma itu. Buatlah filem yang lebih baik, lebih jujur dan di luar kebiasaan. Dengan sebab itu saya masih lagi teruja untuk menonton Saving Private Ryan, The Rock, Buli, Buli Balik atau The Others kerana filem-filem ini unik dan mempunyai nilai yang tersendiri.




13 comments:

http://aniesandyou.blogspot.com said...

hahaha..anies termasuk dlm kategori tu. 1 mobi per year..hikhikhik bkn kedekut o x sapot filem tempatan tp sbnr nyer mood ke arah tu kurenggggg

toyolkiut said...

TK sepanjang hayat x pnh masuk panggung wayang..
jd x tau la kt mana seronoknya menonton dlm tu..

hikayat merong mahawangsa antara filem yg berjaya kerana promosinya hebat, d sokong syarikat gergasi lain spt celcom.. bg TK kejayaan ssbuah filem bukan saja kerana jalan cerita tp 'kuasa' hasil kerjasama yg baik dngn bnyk pihak..

eMMe said...

Assalam~ En Kelisa, stp org ade pendapatnye masing2, pada saya, saya suke je tgk filem melayu, especially HMMW...sebab, saya pun akan menilai dgn menontonnye dulu...ternyata puas hati, filem melayu lain???ntah! tak rasa nak nonton lak, tau kan ape sebabnye...heeeee~

Anonymous said...

amboi dia...ader jugak kamu curik2 nengok peha mulus ngan ketiak hangit gadis2 seksi itu yer...nakai...nakai... he3. I still thk tht most of malaysian love light stories, somethg tht entertaining and lies to the memory for some thoughts... mcm teman ni, kalu nak tgk wayang,pada ujong2 mggu, kenalah yang blh m'gmbirakan & cantek utk dinikmati.yg seksi meksi ni udoh selalu benor ye yeop.kat tv pon melambak. magazine apetoh lagi...udoh2 ler...
-eda-
p.s-ekceli,teman lum ada blog lagi yeop,tgh memikior,perlu ke ader satu :-P

sahromnasrudin said...

assalamualaikum..

kalau dia yakin tak wajar dia mengaitkan film lain dengan filemnya yang kurang berjaya itu..itu ibarat satu fenomena cuba menyalahkan org lain..tolonglah, kalau profesor pun begitu bagaimana dengan anak muridnya huhuhuhuhuhh

kelisa_samudera said...

anies : jadinya trivia tu memang betul kepada rakyat malaysia. hehe

tk : bagusnya tk ni. mungkin tk tak suka bising2 kut. kat dalam wayang tu sangat bising dan bingit. elok juga tonton di rumah sebab kita boleh adjust2 sound sendiri. ;)

emme : saya tak sempat lagi nak tgk HMMW tu. memang teringin sgt nak tapi malas betul nak pegi wayang.

eda: udah tak larat la eda tgk benda2 gitu. benda2 gitu kalo selalu sgt ditayang jadi dah tak bernilai. ibarat fasha sandha. hihihiih

anyway, marilah join kami semua bukak blog. semoga blog eda nanti boleh memberi manfaat kepada blogger lain pulak. ;)

sahrom : professor tu razak mohaideen. ini latif mohaideen, adik kepada razak tu. tapi memang betul pun, sama aje nampaknya abang dan adik.

a.samad jaafar said...

sahabatku kelisa..
filem terakhir yg mampu menarik teman ke panggung ialah filem King Kong..itu pun kerana nak mengambil hati anak2..

susahnya nak dapat kepuasan menonton filem2 melayu..termasuklah Hantu Kak Limah tuuu.. mungkin utk filem itu teman tak rasa ape2 sebab teman biasa dgn loghat perak.. malah teman pelik bila frasa " cer citer" tu jadi ikutan.. kami sentiasa guna frasa tu di kampung..

teman 'rimas' dgn filem melayu.. maafkan teman..

filem yg cukup teman suka..Red Cliff dan CinderellaMan ..cuba la tonton..

sahromnasrudin said...

assalamualaikum...

saya harap KRU akan terus mengeluarkan filem sebegini..dah bosan dengan komedi seram yang dah tak logik sangat....

kelisa_samudera said...

samad : filem melayu banyak sgt pantang larangnye dari kerajaan. semua tu membantutkan kekreatifan pengarah. buat hal politik tak boleh, hal semasa tak boleh, hal rahsia pun tak boleh. senangnye buat filem cinta aje le. dengan kepala otak penonton sekali jadi terbantut.

sahrom : saya harap begitu juga. saya suka filem epik macam braveheart dan troy. tapi saya masih rasa ragu2 nak pegi tgk merong mahawangsa. bukan sebab cerita. tapi sebab saya malas nak masuk pawagam.

yg_indah said...

tengok cerita kartun lg bes.sure tgelak punya.

kelisa_samudera said...

yg indah : sekarang pun ada cerita kartun three stooges. tapi aku tak rasa nak gelak pun.

W said...

HMM mmg best, tak sama mcm filem2 melayu yg lain. ^^

MOH KEMBARA said...

Salam Yob, yong dah bertahun tak masuk panggung...tengok vcd/dvd atau internet jer, percuma!