02 October 2009

Selamat datang anak-anak yang comel

Saya sudah lama mahu menulis tentang perkara ini sebagai tanda persahabatan saya yang erat dengan rakan-rakan saya. Namun disebabkan kekangan waktu dan idea, hal ini terpaksa dilambat-lambatkan juga. Masih belum terlewat rasanya untuk saya mengucapkan tahniah kepada rakan-rakan baik saya yang telah memperoleh cahaya mata.

Anak-anak, rupanya saya sudah tua. Dengan kelahiran anda semua, saya akur bahawa saya sudah menjadi generasi orang dewasa. Mungkin sedikit masa sahaja lagi, saya akan sudah beranjak tua, sedangkan anda semua akan menjadi pemuda-pemuda yang perkasa dan terbilang. Saya mengucapkan tahniah di atas kelahiran anda berdua. Bapa-bapa anda sangat saya kenali ketika mereka muda. Merekalah rakan ketika saya susah dan juga senang. Selamat datang dan selamat menyertai dunia yang penuh pancaroba ini.

Muhammad Hakieem Hibatullah bin Mohd Haieery


Saya masih teringat akan gurauan mesra kami ketika kami sama-sama masih bujang. Kami berjanji untuk menjodohkan anda semua sesama anak-anak kami, supaya ikatan persahabatan ini semakin padu dan kukuh. Namun begitu, segalanya tampak suram apabila anda berdua ditakdirkan Allah sebagai lelaki, malah anak saya sendiri juga sudah dijadualkan seorang lelaki. Nampaknya, terpaksalah kami mencari cahayamata perempuan dari sumber yang lain.

Ahmad Afiq Sufyan bin Mohd Fairuz

Sekarang, mungkin kami sedang menunggu cahayamata Insan Biasa dan berharap supaya dia dikurniakan anak perempuan. Manalah tahu jika benar ketentuan Ilahi, ada di antara kami boleh berbisan. Kepada Seorang Bukan Sasterawan dan Yang Indah, saya menyeru supaya cepat-cepatlah menyertai kami. Kami sangat berbesar hati dan menunggu dengan penuh keterujaan. Tidak sabar rasanya untuk merantau ke Terengganu dan Kedah.

Selamat datang anak-anak. Kepada rakan-rakan saya, zaman kita nampak sudah berakhir. Berilah laluan kepada wira-wira baru ini. Hargailah mereka dengan kasih sayang yang berpada-pada, supaya tidak nanti menjadi "ibu-ibu melahirkan tuan-tuan".

6 comments:

yg_indah said...

aku kata cuma:Umie Aida pun baru bertunang.:)

atbk said...

haieery siape?

kelisa_samudera said...

penyu le. penyu budak johor tu.

Seorang Bukan Sasterawan said...

dikesempatan ini aku juga ingin mengucapkan tahniah kepada paijo dan penyu yg telah menjadi bapa..juga kpd sopi dan koi si bakal bapa..juga kepada hadi dan ked juga yang telah menjadi bapa angkat kepada anak-anak kalian yang samada sudah lahir atau masih di dalam kantung itu huhuhuhu

Bunga said...
This comment has been removed by the author.
Bunga said...
This comment has been removed by the author.