09 December 2009
Terengganu : Uniknya
Saya berpeluang melawat Terengganu di atas satu lawatan kerja 2 hari baru-baru ini. Terengganu tidak pernah menghampakan sekiranya saya mendambakan ketenangan. Suasananya yang suram dan tenteram memang sangat sesuai untuk proses muhasabah diri. Lebih-lebih lagi berbetulan dengan keadaan banjir dan hujan setiap masa, tidak ramai penduduknya yang keluar rumah jika tidak mempunyai hal yang penting. Oleh kerana saya menetapkan kunjungan kali ini adalah agenda kerja, saya tidak bernafsu langsung untuk membeli belah di Pasar Payang. Namun begitu, saya tidak dapat mengelak dari membeli 10 biji telur penyu yang berharga RM35.00. Kepada penyu-penyu yang diancam kepupusan sekalian, saya mohon maaf di atas sikap buruk saya.
Sempat juga saya menikmati makan tengah hari di dalam Pasar Payang sambil melihat kapal-kapal layar berlatih. Latihan ini adalah untuk Piala Monsun yang akan berlangsung esok hari. Tidak jauh dari tempat saya makan, saya menyedari sebuah pulau buatan sedang dibina di tengah-tengah sungai. Seingat saya ketika saya datang beberapa tahun dahulu, pulaunya masih kecil dan jauh di tengah-tengah sungai. Tetapi sekarang pulau itu sudah luas dan hampir mencecah tebing. Dahulu, ada kelibat 2 3 ekor anjing sedang mencari makanan di pulau buatan itu, dan saya menyedari masih ada lagi beberapa ekor sedang melakukan rutin yang sama. Adakah mereka adalah anjing-anjing yang sama? Saya sendiri tidak tahu. Saya mengucapkan salam perkenalan kepada anjing-anjing itu, anda semua sangat bertuah kerana tinggal di bumi yang tenang ini dan saya sangat mencemburui anda semua. Anda tidak perlu bangun pada pukul 6.30 pagi untuk bekerja, anda juga tidak perlu disoal apa-apa di akhirat nanti.
Ini bukanlah kali pertama saya datang ke bandar yang tenang ini. Namun begitu, pada kali ini saya memilih untuk bersendirian walaupun datang ke sini seramai lebih dari 40 orang. Saya ingin menghayati ketenangan tanpa diganggu oleh orang lain, dan saya benar-benar melakukannya apabila saya berjalan bersendirian pada waktu malam. Menyewa di hotel yang terletak di tengah-tengah bandar memberi saya peluang, walaupun peluang itu diragut dengan kejam pada pukul 10.00 malam kerana hujan yang terlalu lebat. Tetapi inilah uniknya Terengganu.
Pada waktu pagi, ketika sedang leka menikmati sarapan di tingkat paling atas, hujan lebat sekali lagi melanda. Suasananya sangat tenang, di atas langit awan hitam sentiasa berarak dengan megah. Titis-titis air menjadi peneman dan kadang-kadang titisan hujan itu menimpa ke dalam cawan teh saya. Di bawah hotel, jalan-jalan raya mula sibuk dengan kenderaan yang membuka lampu dan bergerak perlahan. Saya diberitahu bahawa jalan di hadapan hotel saya ini sangat berbahaya kerana ia pernah meragut nyawa pejalan kaki dan penunggang motosikal.
****************************
Usai sesi kerja, dapat pula ke Masjid Kristal yang menjadi salah satu tempat yang saya ingin ziarahi. Sepanjang perjalanan ke masjid ini, di kiri kanannya terdapat replika-replika masjid popular serata dunia termasuk Masjid Nabawi di Madinah. Oleh kerana masa yang tidak mengizinkan, saya hanya sempat solat Asar dan merenung keindahan replika masjid-masjid lain dari jauh. Azam saya, suatu hari nanti saya akan datang lagi dengan ditemani keluarga tersayang untuk melawat Taman Tamadun Islam ini.
Masjid ini memang indah. Keunikan reka bentuknya dan elemen pembuatannya sehinggakan wajah saya dapat diimbas di kubah masjid. Ditambah lagi dengan keredupan suasana yang nyaman, saya tidak dapat menafikan bahawa ini bukanlah lawatan saya yang terakhir ke sini. Suatu masa nanti saya akan datang lagi. Walaupun begitu, saya agak pasti masjid ini tidak dapat menandingi keberkatan Masjid Jerteh yang saya kunjungi semalam. Masjid Kristal ini dibina hasil hawa nafsu seorang pemimpin dengan menggunakan wang rakyat yang sebenarnya tidak perlu pun, tetapi saya difahamkan Masjid Jerteh dibina dengan sedekah dan ihsan orang ramai.
Seperti biasa, apabila pulang saya akan melalui kawasan yang dilanda banjir. Kepada mangsa-mangsa banjir, saya mengucapkan takziah dan semoga sabar di atas dugaan yang menimpa anda semua. Saya tahu kerajaan negeri tidak mampu berbuat apa-apa di atas tragedi banjir ini kerana ia adalah lumrah alam, walau berjuta ringgit dilaburkan juga tidak akan dapat mengelak dari ia melanda Terengganu.
Saya akan datang lagi ke Terengganu, dengan azam dan watak yang berbeza, dan saya tahu ia tidak akan pernah menghampakan saya. Insya Allah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
12 comments:
Hotel yg kamu diam itu terletak di jalan yang paling sibuk di KT sehingga memaksa pihak berkuasa menjadikannya sebagai jalan sehala baru-baru ini. Terubat seketika rindu aku tatkala membaca catatan ini. Musim hujan seperti selalunya akan meninggalkan memori yg sukar dilupakan, bagi yang mengalaminya.
aku teringat waktu kita pi hantar kereta adik hg tu.kira pi jalan2 sgguh kita waktu tu no.
buatla cerita pasai tempat hang di ipoh pulak..pastu kokdiang ke..mesti lagi unik di sana..hahaha
nafastari : mulanya kami nak sewa di hotel seri malaysia, tapi terpaksa ditukar sebab penuh. dapatlah hotel taraf 1 bintang. tapi syukur sebab saya lebih mengenali kuala terengganu dengan duduk di hotel itu.
yg_indah : yg tu antara kenangan indah aku bersama-sama kawan2 dan kelisa aku.dan aku masih ingat istilah hang "penurunan secara dramatik" padahal ayat yang sebenar ialah "penurunan secara drastik".
GM : ada masa aku buat. aku rasa belum tiba masanya lagi. aku masih belum kenal ipoh dengan mendalam.
ciss aku pun dah xigt aku ada kata camtu.org lain kot.haaa cokoi kata cmtu.hahah
GM:kalau aku tulis cerita pasal kodiang, aku takut hg nak minta transfer mai kodiang ja.
yg_indah : bila aku ingat2 balik, gila jugak kita pada masa tu. dari kedah ke kuala terengganu, patah balik ke besut, terus ke kota bharu, balik pulak ke kuala terengganu n terus ke gombak. rasanya kalo sekarang disuruh buat lagi mungkin dah tak buat kut.
sebab gila la yg kita igt sampai lani.aku mungkin boleh buiat lagi kot.hahhahaha
memang berjalan sakan no hangpa masa tu..
masa smp umah aku tu aku tgk muka hangpa dah penat dah..tu aku cancel byk plan kat besut..
p/s:sapa ada simpan gmbr2 trip tu?
aku masih simpan. tapi aku terlupa nak ambik gambar masa kita makan cendol pulut sambil ditemani oleh belalai. wakakaka
hahaha..bukan cendol pulut pi..cendol tapai..masa tu tuak laici abis..memangla kedai tu byk belalai sbb bukan belalai tak suka makan cendol tapai ngan tuak laici huhuhuhu
p/s:kita masa tu menambahkan bilangan belalai
Salam.Tiba2 saya merasakan negeri saya macam 'best' plak,walhal tidak sebelum ini.Sebenarnya saya tidak pernah sampai lagi ke Tmn tamadun Islam yang tersohor itu.Saya juga tidak pernah membayangkan adanya ketenangan di bandar itu.
Sesuatu yang istimewa milik anda di sana!
1
lutfi : mungkin kita akan terasa betapa berharganya ia selepas kita kehilangannya.
Post a Comment