Berbetulan dengan musim menuai di Negeri Kedah, saya mengambil cuti Hari Raya Aidilfitri yang lalu untuk turun ke bendang menggagau ikan. Kali terakhir saya berkesempatan untuk menggagau ikan ini ialah pada tahun 2007 kerana pada waktu itu saya masih lagi menganggur. Selepas itu, akibat desakan kerja dan jarak yang jauh dengan kampung halaman, saya sudah tidak lagi berpeluang melakukan aktiviti yang mengasyikkan ini. Bukanlah apa-apa tujuan pun sebenarnya jauh lagi kerana terdesak untuk mencari wang, tetapi aktiviti menggagau ikan ini adalah salah satu keseronokan yang tidak dapat dibayangkan oleh anak-anak bandar khususnya.
Aktiviti menggagau ikan ini dilakukan selepas habis padi dituai di sesebuah petak sawah. Pada masa dahulu tuaian dilakukan dengan kerbau bajak atau manual, tetapi sekarang semuanya menggunakan mesin tuai yang besar. Kita dapat melihat burung-burung akan mengekori mesin tuai ini di belakang kerana selalunya ikan-ikan yang mati akibat dilanggar mesin tuai menjadi hidangan yang menyelerakan buat burung-burung tersebut.
Walaupun menggagau ikan ialah satu kerja yang tidak memerlukan kepakaran yang tinggi, tetapi ia juga memerlukan sedikit pengalaman dan rasa berani. Jika sekiranya masih ada perasaan geli, takut kotor atau takut termakan selut kerana terjatuh, kita tidak akan dapat menggagau ikan dengan baik. Kemahiran ini sangat berguna lebih-lebih lagi apabila mengejar ikan yang licin seperti haruan dan keli. Cabaran besar bagi golongan kurang pakar ialah rasa sakit kerana terkena duri ikan puyu atau sengat keli, terjatuh kerana termasuk di dalam selut yang dalam atau mencari lubuk-lubuk tempat ikan bersarang manakala cabaran terbesar bagi golongan pakar ialah untuk berlumba-lumba mencari ikan terbesar. Ikan-ikan di dalam bendang tidaklah besar-besar seperti ikan di sungai, tetapi tidaklah menghairankan pula sekiranya seseorang penggagau mendapat ikan haruan sebesar lengan orang dewasa.
Selalunya ikan puyu ialah ikan yang paling banyak di dalam bendang padi. Lazim pula jika kita tergagau ikan haruan dan keli manakala ikan sepat ialah ikan yang agak jarang ditemui. Ikan puyu mempunyai duri yang tajam di sekitar siripnya dan sebenarnya tangan penggagau lebih banyak terluka akibat duri puyu berbanding sengat keli yang berbisa itu. Ikan haruan pula tidak mempunyai apa-apa senjata untuk mempertahankan diri, tetapi badannya yang licin menyukarkan penggagau mendapat ikan tersebut.
Pada musim ini saya mendapati ikan-ikan yang masih ada cuma kecil-kecil sahaja. Saya meneka ikan-ikan ini hanyalah baki yang masih ada kerana musim menuai sudah pun tiba ke penghujungnya. Mungkin juga kerana sikap manusia yang tamak kerana menggunakan renjatan elektrik telah membuatkan banyak ikan-ikan besar sudah mati. Di sepanjang perjalanan pulang, saya melihat banyak ikan-ikan kecil telah mati di parit (orang-orang Kedah memanggilnya 'kokyu') dan ia mengesahkan telahan saya bahawa ada orang yang tidak bertanggungjawab yang telah menggunakan renjatan elektrik.
Ikan-ikan puyu dan lampam yang kecil lebih sesuai dibuat ikan pekasam atau digoreng. Manakala ikan keli atau haruan boleh dibuat gulai. Rasanya? Entahlah. Ia subjektif. Tetapi bagi orang berlidah kampung seperti saya, ia jauh lebih lazat jika dimakan bersama kicap dengan sulaman sedikit ulam-ulaman bersambal belacan di tengah bendang berbanding menikmati makanan barat di hotel-hotel.
Saya bukanlah 'anak bendang' yang sejati. Kehidupan masa kecil saya lebih dipengaruhi dengan kehidupan orang pekan kerana ibu saya tidak mengerjakan sawah padi. Walaupun begitu, jika ditanya kepada saya tentang apa yang saya tahu tentang ikan darat di bendang padi, saya rasa saya boleh menjawabnya dengan baik.
Ikan-ikan puyu dan lampam yang kecil lebih sesuai dibuat ikan pekasam atau digoreng. Manakala ikan keli atau haruan boleh dibuat gulai. Rasanya? Entahlah. Ia subjektif. Tetapi bagi orang berlidah kampung seperti saya, ia jauh lebih lazat jika dimakan bersama kicap dengan sulaman sedikit ulam-ulaman bersambal belacan di tengah bendang berbanding menikmati makanan barat di hotel-hotel.
Saya bukanlah 'anak bendang' yang sejati. Kehidupan masa kecil saya lebih dipengaruhi dengan kehidupan orang pekan kerana ibu saya tidak mengerjakan sawah padi. Walaupun begitu, jika ditanya kepada saya tentang apa yang saya tahu tentang ikan darat di bendang padi, saya rasa saya boleh menjawabnya dengan baik.
5 comments:
uishhh........sane tak hujan ke ???...sini haghi2 hujan chor oooiiii...payah nak menggago........awok mancen je kat tali ayor depan ghumah niii
teringat kenangan menggagau siput sawah yang hammpir 15 tahun tak menikmatinya..pada belalang bendang bakar yang rangup atau digoreng bersama telur..pada puyu yang pernah kena di kail pelepah pisang..
Last makan ikan haruan 2 bulan lepas yang berjaya dipancing suami kt tasik wetland putrajaya..walaupun takut dan geli nak siang, beranikan diri jgk sbb kesian suami dh penat2 mancing..haha
D : sini hujan jugak. sebelum awok masuk bendang tu pun ujan. sebab tu ade bendang awok tak leh masuk pasey ayor banyak sgt.
nailofar : siput sawah? dulu sedap. tapi skang lidah dah rasa pahit. belalang bendang bakar? seumur hidup saya baru sekali makan belalang tu. tapi sedapnya boleh ingat sampai skang. skang rasanya belalang tu dah pupus la.
aku xpenah,sbb aku takut tergagau ular.
yg indah : aku masa kecik2 dulu tak penah terfikir pun tergagau ular. tapi dah besar ni mmg ada gak terfikir. mintak simpang la. kalo sekali aku tergagau ular, rasanya seumur hidup aku fobia nak menggagau dah.
Post a Comment