20 September 2010

Sebuah iklan di Kampar


Apabila beberapa pihak yang terlibat dengan Program Banci Penduduk dan Perumahan 2010 mengadu bahawa ada di kalangan rakyat Malaysia tidak tahu berbahasa Melayu, saya sebenarnya tidak terkejut langsung kerana saya sendiri pernah melalui pengalaman yang menyakitkan hati itu. Saya tidak tahu apa faktor yang membuatkan mereka tidak tahu berbahasa Melayu, tetapi sikap mereka yang memandang mudah bahasa kebangsaan dan suka menggunakan bahasa ibunda sendiri sepatutnya diubah demi keharmonian penduduk Malaysia. Saya menganggap sepanjang hidup mereka tidak pernah keluar dari rumah atau tidak pernah pergi ke mana-mana pasaraya besar. Atau mungkin juga mereka terlalu bodoh sombong sehingga berasakan mereka hanya boleh hidup dengan bergaul bersama rakan sesama bangsa. Bukanlah mahu prejudis atau bersifat perkauman, tetapi hakikatnya ada segelintir kaum Cina dan India di Perak tidak tahu berbahasa Melayu. Pergilah ke Bercham, kita akan mendapat gambaran yang lebih jelas.

Kampar ialah sebuah pekan kecil yang terletak di tengah negeri Perak. Daerah Kampar ialah daerah paling bongsu di Negeri Perak yang baru ditubuhkan beberapa tahun yang lalu. Sebelum itu, pekan Kampar terletak di dalam daerah Kinta. Majoriti penduduk di pekan Kampar ini terdiri dari bangsa Cina dan kita dapat melihat jirat Cina yang sangat besar di atas bukit dari laluan utama. Seseorang pernah bergurau dengan saya dengan mengatakan jika masyarakat Cina membuat negara sendiri di sini pun pihak berkuasa tidak akan perasan kerana kawasan pendudukan Cina yang sangat luas.

Kampar terkenal dengan Battle of Kampar yang berlaku di suatu tempat bernama Green Ridge. Saya mendapat maklumat bahawa Green Ridge terletak di suatu tempat tidak jauh dari papan tanda ini difotokan. Walaupun begitu, saya masih gagal mencari di manakah terletaknya lokasi peperangan yang bersejarah bagi pihak British itu sehingga sekarang. Jika saya berkesempatan, suatu masa nanti saya akan meneroka beberapa kawasan bukit di sekitarnya dalam usaha untuk menjejakkan kaki di situ.

Mungkin kerana kawasan pendudukan Cina yang luas inilah sesetengah masyarakat mereka merasakan bahawa mereka tidak perlu bercampur gaul dengan penduduk dari bangsa lain. Hasilnya dapat kita lihat dengan terjemahan papan tanda di atas yang saya rasakan diterjemahkan sebutir-sebutir dari perkataan Inggeris. Tetapi sebenarnya, saya sendiri gagal mencari ayat dari bahasa Inggeris yang tepat untuk terjemahan itu.

6 comments:

yg_indah said...

yg "Lari lari" ka yg "high mantaining" tu?

shahrilhakime said...

Errmmmm.....kang komen lebih2 kang deme kate kite rasis......abehtu camne??? lahir kat Malaysia, sekolah kat Malaysia, duduk kat Malaysia, cari makan pun kat Malaysia....tapi Bahasa Malaysia deme??? errmmm

Moh ke ghumah....

kelisa_samudera said...

yg_indah : high maintaining tu pun salah jugak ka? English aku ni dah makin teruk.

D : ade mase sampey le aku ke ghomoh kamu. nak tengok budak kecik.

vidadarisakura said...

mana mau lari-lari cari-cari? apala?

Ayah Yeop said...

Bercakap pase orang Malaysia tak tau bertutur dalam Bahasa Malaysia ni bukan le satu perkara baru.

Kalau mengkome pergi ke Kampung Baru atau New village, mengkome akan rase macam mengkome berada di Hong Kong. Maksud teman Kampong Baru yang ditubuhkan zaman Brisish dulu...

Tujuan ase penubuhan kampong baru tu dulu kononnya untuk mengasing, menghimpun serta melindung orang-orang cina yang tak masuk ke hutan menjadi member bintang 3, dan menyerang hendap askar-askar kita. Sebenornya, mereka ini, walaupun tak masuk ke hutan untuk gerakan subversiff, tapi mereka inilah pembekal makanan, wang ringgit, serta pekerluan-keperluan geng dema yang di hutan tu.

Kerajaan kita masa tu bantu habih-habih pada dema ni.

Sampe masenya, dema cakap melayupun tak mau.

Lebih 30 tahun dulu teman datang ke Penang kerana tugas. Masa itupun jiran-jiran teman banyak yang tak reti cakap Melayu. Padahal dema ni dah lahir kat Malaysia, cari makan kat Malaysia, duduk kat Malaysia, beranak pinak kat Malaysiua, tapi cakap melayu tak reti.

Anak anak bila pereksa dapat 'A' bahasa Malaysia, tapi bila cakap tak reti. Apa maknanya ni?

Kalau kita perhatikan pun, di kalangan menteri sendiripun, yang bukan dari parti UMNO tu tak ponoh nengo bercakap dalam bahasa Melayu. Terang-terang dalam TV kita, dema tu cakap orang puteh.

TV kitapun tak sensitif kepada perkara ini. Apa salahnya ambik gambo je, tentang suare tu gunakan bahasa latar dalam bahasa Melayu??.... Tak boleh ke?

Satu Malaysia ni roterik je. Mengkome ingat mau ke semua sekolah guna satu bahasa je? Guna bahasa Melayu je. Tak kira le ase sekolah tu sekolah Melayu ke sekolah Cina ke sekolah India ke. Guna bahasa Melayu sebagai media dan ajar bahasa Cina dan India sebagai satu mata pelajaran sebagaimana juga bahasa Inggeris sekarang ini. Budak-budak Melayupun boleh tumpang belajo bahasa Cina dan India. Kan itu lebih baguih?

kelisa_samudera said...

ayah yeop : awok setuju sgt dengan mike tu. tapi itu le, kita ni letih aje bercakap. kalo pemimpin yg kat ateh tu tak mau berubah, sampai sudah la bahasa melayu ni tak dapat nak ditolong.