Admiralti berasal dari perkataan admiral, bermaksud apa-apa yang berkaitan dengan laut sama ada yang berada di permukaannya dan di dalamnya dan termasuklah dengan apa-apa yang berada di tepi laut iaitu pelabuhan, pantai, air pasang surut, tanjung, kuala dan pulau. Mungkin definisi makna yang luas inilah yang membolehkan sebuah mahkamah dinamakan dengan Mahkamah Admiralti.
Sukar sebenarnya menyebut perkataan admiralti di dalam perkataan Melayu baku, sama ada mahu disebut 'edmairelti' atau mengikut sebutan baku iaitu 'admiralti'. Mengapa tidak saja menggunakan perkataan samudera, iaitu suatu perkataan yang berasal dari nusantara ini yang menggambarkan keseluruhan lautan seperti makna admiralti. Jelaslah, penggubal dasar kerajaan masih lagi kemandulan bahasa, dan pemegang amanah bahasa (DBP) masih lagi sedang nyenyak tidur dengan mendapat pendapatan tetap bulanan.
Semakin lama bahasa nusantara ini semakin terpinggir. Rakyat Malaysia masih lagi selesa menggunakan perkataan Inggeris yang kemudian dimelayukan kerana ianya lebih mudah dan tidak perlu susah payah berfikir. Saya berazam jika saya menjadi orang penting negara suatu hari nanti, saya akan mengubah semua dasar yang mengarut dan pemalas ini. Semenjak dari zaman kesultanan Melayu Melaka lagi, bahasa Melayu menjadi bahasa terpenting di dunia dan bahasa terpenting di dunia tentulah mempunyai istilah yang banyak.
Jika tidak pun ditukar menjadi Mahkamah Samudera, saya akan menukarnya menjadi Mahkamah Syahbandar. Bukankah suatu masa dahulu pelabuhan Melaka ialah pelabuhan tersibuk di dunia dan siapa lagi orang yang paling bertanggungjawab mengendalikan pelabuhan tersebut jika tidak Syahbandar? Jika kita masih lagi menggunapakai Panglima sebagai panggilan untuk ketua Angkatan Tentera Darat dan Laksamana untuk ketua Angkatan Laut, maka saya tidak nampak ketidakbolehan untuk menggunakan Temenggung bagi menggantikan Ketua Polis Negara. Mungkin menggantikan Bendahara untuk Perdana Menteri dan Penghulu Bendahari untuk Menteri Kewangan nampak agak janggal, tetapi kita masih mempunyai banyak lagi istilah yang boleh ditukar untuk nampak kemelayuan.
Istilah Melayu sangat luas seperti samudera untuk orang-orang yang rajin berfikir, namun bagi orang yang pemalas mereka hanyalah seperti katak di bawah tempurung.

7 comments:
teman setuju sesangat dgn pandangan mike.. seronok mace blog mike nih..tahniah
err.....tak gune bahasa omputih ...tak kool.....
itu le nasib Bahasa yang pernah jadi Lingua Franca .....sekarang ni......bukan kata area Asia Tenggara.....di negara sendiri pun terpinggir...
salam..
hebat kata2 dlm blog ini..tahniah..
samad & sekamar rindu : terima kasih. terharu plak kena puji macam itu. hehehehe
D : betui tu. dalam negara sendiri pun kita tak tau kita pakai bahasa apa. hehe
hurm..interesting, jarang nampak otak cam mike nih...baca pun syok je, jeles teman...
emme : terima kasih. awok ambik pujian mike tu sebagai cabaran. masa depan awok nak pikir lagi jauh. hehehe
mereka masih lagi terjajah
Post a Comment