14 December 2010

Cerita tentang tidur

Terima kasih Google


Secara purata, manusia normal akan tidur selama 6 jam sehari yang bersamaan dengan 1/4 dari keseluruhan hari. Jika seseorang itu hidup selama 60 tahun, dia telah mengambil masa selama 15 tahun untuk tidur. Lima belas tahun adalah suatu tempoh yang sangat panjang di dalam kehidupan yang singkat ini. Tetapi sayangnya kebanyakan dari kita termasuk saya hanya menggunakan tempoh itu untuk tidur iaitu salah satu aktiviti yang tidak mendatangkan apa-apa faedah kepada kehidupan bermasyarakat.

Saya pernah membaca beberapa cerita tentang Tun Dr. Mahathir yang hanya tidur selama 2 jam sahaja setiap hari. Ia mungkin benar dan mungkin juga tidak, tetapi jika ia adalah benar maka saya mengakui memang patutlah dia sentiasa berfikiran jauh dan genius. Mungkin ketika orang lain sedang tidur dan otak mereka tidak berfungsi, otaknya sentiasa bekerja untuk menggilap kepintaran dan berfikir tentang hal-hal keduniaan. Jika ia benar juga, saya tertanya-tanya bagaimana dia kekal segar sedangkan tidur yang cukup adalah salah satu syarat untuk menjadikan kita lebih bertenaga untuk kehidupan esok harinya.

Ketika saya belajar di salah sebuah universiti dahulu, saya biasa untuk tidur lambat setiap malam. Kadangkala saya akan tidur pada pukul 2, 3 malah selalu juga saya hanya terlelap apabila jam sudah menunjukkan pukul 4. Pada masa itu tiada komitmen untuk bangun awal kerana kita boleh memilih untuk menghadiri kelas mengikut waktu kesukaan kita, dan tentunya saya tidak akan sesekali memilih untuk menghadiri kelas pada awal pagi. Pada masa itu tidur lewat adalah sesuatu yang lumrah, malah sehingga kini saya masih terasa betapa bagusnya dapat tidur lewat pada setiap hari.

Pekerjaan saya sekarang telah menjadikan nikmat tidur lewat tidak dapat dikecapi lagi. Selalunya saya akan mula melabuhkan kepala pada pukul 10.30 malam, malah jika saya masih lagi bermain komputer pada pukul 11.00 malam, suatu sesalan yang tidak terhingga akan datang di dalam fikiran saya. Jika terlewat tidur saya akan menghadapi kesukaran untuk bangun pada awal pagi dan menjadikan saya kurang bertenaga untuk bekerja.

Terlalu banyak perkara boleh kita lakukan jika kita tidak tidur. Di saat orang lain diulit mimpi, kita boleh menyudahkan perkara-perkara lain yang lebih penting. Kita boleh mengemas rumah, menonton televisyen, membaca buku, melayari internet malah bersenam. Sekurang-kurangnya apa sahaja perkara yang kita lakukan di malam hari tentulah lebih baik dari tidur sahaja dan memimpikan perkara yang bukan-bukan. Malah lebih manis jika dapat tidur sekejap dan bangun pula untuk menunaikan solat tahajjud. Agaknya dengan berbuat demikian maka sudah lengkaplah putaran kehidupan kita sebagai seorang Muslim.

Alangkah bagusnya jika dapat tidur lewat tetapi kekal bertenaga setiap masa. Dengan sebab itulah sehingga sekarang saya masih lagi mencari petuanya yang mujarab.


8 comments:

eMMe said...

kurang tido pun masalah
lebih tido pun masalah
so, baik kite tido awal n bgn awal
ke tido lewat, bangun lewat
en. Kelisa cam ner?

kelisa_samudera said...

saya skang tido awal bangun awal. tapi saya nak tido lewat bangun awal. tido lewat bangun lewat lagi tak bagus, sebab awal pagi ialah time rezeki mencurah2.

sekamar rindu said...

salam...

tak cukup tido nanti kena mcm2 penyakit..nak buat keje pun tak leh fokus...

a.samad jaafar said...

teman sedih sebab teman teringin sgt tidur sebelum pukui 12.. haghi ke haghi menghaghap tp.. masih tak dapt.. bukan rejeki teman agoknye yak..

kelisa_samudera said...

sekamar rindu : tu la pasal kan? tapi kalo tido banyak pun rasa tak best je.

samad : tu la kita manusia. yg tido awal nak rasa tido lambat, yg tido lambat nak rasa tido awal. macam2 peel.

Anonymous said...

haih, kalau tak boleh tidur malam tu, keje mngemas ke en kelisa?

kelisa_samudera said...

anon : kalo tak boleh tidur malam boleh jugak main game atau tgk astro. ;)

fayafaya bintun kamil said...

hehehe... yg penting cukup tido.. jgn lebih jgn kurang.. middle2..