23 January 2011

RM1 juta untuk seekor ikan


Rasanya ketika tulisan berkaitan ikan tuna ini diletakkan di dalam blog saya, ikan ini sudah pun selamat disemadikan di dalam perut-perut pembelinya malah mungkin juga sudah menjadi najis yang telah dikeluarkan. Ikan ini dilelong pada akhir 2010 yang lalu dengan harga RM1.22 juta di Tokyo menjadikan ia ikan tuna paling mahal di dunia pernah dijual. Kita mempunyai banyak pilihan dengan nilai RM1.22 juta. Kita boleh membeli banglo yang sangat besar, kereta yang laju, ladang kelapa sawit yang luas atau melancong ke merata dunia. Tetapi ada manusia yang menggunakan jumlah sebesar itu hanya untuk seekor ikan yang akan membusuk di dalam perut.

Dengan terjualnya ikan tuna besar dengan harga yang sangat mahal ini, jelas sekali manusia memang sentiasa dahaga dan lapar dengan makanan yang bermutu tinggi. Tentu bagi kebanyakan manusia yang kurang mampu melihat peristiwa ini dengan penuh rasa terkilan, tetapi bagi yang kaya raya ia mungkin tidak memberikan apa-apa kesan kepada kewangan mereka. Sekiranya kita melihat dengan pandangan kasar, saiz ikan yang berharga RM1.22 juta ini boleh dinikmati oleh 50 orang untuk sekali makan sahaja. Tetapi untuk nilai RM1.22 juta, jika seseorang membelanjakan RM20.00 sehari untuk makanan, maka dia memerlukan masa selama 167 tahun untuk menghabiskan wang sebanyak itu. Jika RM1.22 juta dibahagikan kepada RM20.00 sebagai bekal kepada seorang makan, maka seramai 61,000 orang boleh mendapat RM20.00 untuk bekalan makan sehari. Tetapi bagi peminat ikan tuna yang kaya, mereka boleh menghabiskan jumlah sebesar itu untuk sekali santapan sahaja.

Saya rasa kebanyakan rakyat Malaysia pernah memakan ikan tuna. Ia boleh diperolehi dari tin-tin sardin yang dijual di pasaraya, malah kedai kek juga selalu menjual roti yang berintikan ikan tuna ini. Walaupun begitu, kualiti ikan sardin tuna atau roti inti tuna ini mungkin tidak akan sama dengan ikan tuna sebenar yang dijual di pasar-pasar Tokyo. Ikan tuna jenis ini lebih segar dan dagingnya mungkin lebih lazat.

Di kala kanak-kanak di Afrika masih lagi menagih simpati untuk sepinggan gandum, masyarakat bertamadun di Jepun sedang berterus-terusan dengan kegilaan ini. Saya percaya suatu masa nanti akan ada ikan yang dijual dengan harga lebih tinggi, tetapi pada masa yang sama juga akan ada kanak-kanak di Afrika telah menghembuskan nafas yang terakhir kerana kebuluran. Teruskanlah. Dunia ini memang milik orang-orang kaya yang berlumba-lumba untuk menjadi lebih kaya. Bagi orang-orang miskin yang ketinggalan di dalam perlumbaan ini, mereka tidak berhak untuk terus berada di dalam dunia. Lebih baik membiarkan mereka mati dari memberi sebotol susu kerana orang-orang yang ketinggalan di belakang akan menyusahkan orang-orang kaya ini menikmati kekayaan mereka.

11 comments:

Anonymous said...

eih! Dlm perut bukan membusuk lah... eeee...geli pulak tulis ni. Dalam perut nti dihadamlah jadi zat dalam badan, selebihnya dikeluarkan jadi hampas...hehe

org kalau dah kaya, mmg camtu. Dah tak tahu nak kemana disalurkan duit2 yg ada. Nak bg kat org miskin, x glamer. Bida ikan giant masuk paper, satu donia tahu...

-eda-

kelisa_samudera said...

eda, terima kasi kerana sudi dtg berkunjung. kalo saudari ade blog boleh la letakkan alamat blog kat sini. saya teruja untuk pergi terjah. :D

yg_indah said...

org kaya terlalu byk tekanan hidup.jadi utk kuragkan tekanan, slh 1 cara ialah menghabiskan duit yang tak habis2.itu pendapat aku la.

Nailofar said...

ikan besar mcmni mcm dah tua je..daging tak liat ke?..kite slalu makan ikan tuna yang kecik molek je..isinye lembut, sgt segar dan nyum3 memang memikatlah nk kata..buat singgang..makan nasi mesti bertambah2..:)

a.samad jaafar said...

Bak kalkulete aku balik ! nok nginghe kos ikan tuna ghopenye yak..hihihihi

Banyok oghang kaye mandang oghang semekin umpama sampoh yang patut dibuang ke tempat pelupuihsan..juge mcm semak yg menyakitkan mate deme.. itu pasei le teman malaih jadi kaye..ye aihhh..hihihihi

kelisa_samudera said...

yg_indah : dalam banyak tekanan idup pun ramai lagi yg bercita2 nak jadi kaya. termasuk la aku.

nailofar : macam mana dpt ikan nak buat singgang tu? kat laut kelantan ada ikan tuna ke?

samad : patut le awok caghi kalkuleter tak jumpa. ghopenye kamu udah ambik balik.

Admin said...

Kita tidah boleh samakan nilai matawang jepun dengan kita.kalau kita di sini dengan gaji rm3000 kita boleh makan nasi selama sebulan,tetapi jika kita membawanya ke jepun alamatnya makan meggi atau mee sahaja selama sebulan.

Nailofar said...

ikan tongkol le Kelisa_Samudera ooi..a.k.a ike ayor..ikan kayu (iye ke eh)..ni kan spesis ikan tuna..

kelisa_samudera said...

aku dan teksi : terima kasih kerana sudi dtg berziarah dan melontarkan pandangan. kalo sudi dtg la lagi.

nailofar : ikan kayu tu spesis ikan tuna ke? baru saya tau. hehe. tapi ikan tuna sedap, ikan kayu tak sedap.

saiful said...

Sebenarnya orang Jepun dan Barat amat menyukai khasiat Tuna yang kaya dengan Omega 3 yang membantu mengurangkan risiko sakit Jantung. Kepelbagaian khasiat Tuna menjadikan ia buruan masyarakat sana.

Sepupu saya baru menceburi industri Tuna dan Alhamdulillah ia semakin mendapat sambutan. Tuna dari Lautan hindi dan kemudian dibawa ke Penang.

Dalam MAHA 2010, gerai beliau cukup menarik perhatian ramai dengan mempamerkan Tuna segar yang baru ditangkap dan terus dibawa ke sana.

Apa pun, saya memahami isu yang ingin diutarakan oleh saudara kelisasamudera iaitu sistem kapitalis yang amat berat sebelah. Di Afrika kaya dengan hasil bumi tetapi tidak dapat dinikmati oleh rakyat Afrika kerana ia rakus diragut oleh kapitalis yang hanya mementingkan keuntungan. Akhirnya terdapat jurang yang cukup jauh antara mereka.

Dunia akhir zaman, yang kaya bertambah kaya, yang miskin bertambah papa. bagi undang-undang rimba, siapa yang kuat akan jadi raja dan yang lemah jadi hamba.

toyolkiut said...

emm..
TK kadang2 nak beli pizza hut pun berkira..
memang kaya betul la mereka ni..