Secara rasminya Dewan Undangan Negeri Sarawak telah pun dibubar pada hari ini, 21 Mac 2011 bagi membolehkan pilihanraya negeri diadakan untuk kali yang kesepuluh. Teka teki mengenai pembubaran ini sudah berakhir, menyaksikan telahan yang tepat dari ramai orang yang meneka pilihanraya akan diadakan pada bulan April. Mungkin benar dan mungkin juga tidak, kerana Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia mempunyai tempoh 2 bulan sebelum pilihanraya umum negeri diadakan. Sekarang, teka teki telah beralih pula kepada agenda yang lebih serius iaitu siapa yang bakal dicalonkan, dan siapa pula yang akan digugurkan. Lumrah politik, mana-mana individu yang bakal digugurkan bermakna jangka hayat politik mereka akan berakhir. Muka-muka baru yang dicalonkan tentu sahaja akan mengambil alih perjalanan arus politik perdana, dan begitulah ia saling berganti selagi sistem demokrasi ini diamalkan.
Politik Sarawak tidak sama dengan politik Semenanjung. Di sini, rakyat masih lagi digula-gulakan dengan janji-janji pembangunan yang masih laku untuk dijadikan modal. Isu-isu seperti jambatan baru, kemudahan infrastruktur dan sebagainya masih menjadi janji yang utama, dan tentunya isu-isu seperti ini amat menguntungkan parti Barisan Nasional sebagai parti yang sedang menguasai kerajaan. Walaupun begitu, identiti bagi sesetengah calon adalah antara faktor penting di beberapa tempat di sini, dengan sebab itulah satu kawasan DUN telah dimenangi oleh parti bebas yang kemudiannya melompat masuk ke Parti Cinta Malaysia. Sarawak dianggap akaun simpanan tetap Barisan Nasional kerana sokongan rakyat kepada BN tidak pernah mengecewakan.
Menyorot kembali siaran-siaran berita arus perdana atau tidak, isu paling utama yang harus ditangani oleh parti Barisan Nasional ini tentu sahaja berkenaan kekayaan luar biasa Ketua Menteri dan sekutu-sekutunya. Tan Sri Taib Mahmud dikatakan mengumpul kekayaan berbillion-billion ringgit baik aset dari dalam dan juga luar negara. Tidak dapat dipastikan kesahihannya, tetapi mengikut kepada rentak pemimpin dan spekulasi yang bertiup, tentu sahaja ada kemungkinan bahawa berita itu benar. Walaupun begitu, di negeri yang agak terkebelakang ini, isu moral pemimpin adalah suatu yang enteng kerana rata-rata penduduknya tidak punya masa untuk memikirkan semua itu lantaran dihimpit dengan kemiskinan. Apatah lagi jaringan internet tidak terlalu meluas di Sarawak memandangkan bentuk muka buminya yang luas dan berbukit-bukau.
Tidak seperti tahun-tahun sebelumnya, saya tidak terlalu teruja dengan pilihanraya yang bakal diadakan. Malah saya mengagak jika pilihanraya umum seluruh negara diadakan pada masa terdekat sekalipun, saya tidak berselera untuk mengikuti perkembangannya dengan terperinci. Biarlah siapa sahaja yang menang, ia tidak memberikan apa-apa faedah kepada saya. Mungkin kerana penat, bosan, jelek, meluat, marah atau apa-apa sahaja perasaan yang hadir apakala membicarakan tentang politik Malaysia.
Dua tiga tahun dahulu gelombang untuk menukar pemerintahan Barisan Nasional sangat memuncak di kalangan rakyat terutamanya golongan muda. Ramai orang menjangka bahawa Barisan Nasional yang diketuai oleh Umno sedang terkapai-kapai di arus usia, dan mereka sedang perlahan-lahan bertemujanji dengan ajal. Semua orang bersorak-sorak, dan gelombang semakin dirasai dengan kemenangan demi kemenangan yang berpihak kepada Pakatan Rakyat pada pilihanraya kecil yang diadakan. Paling kuat berkokok ialah PKR yang merupakan tinja-tinja Umno, dan kokokan mereka diselang-seli pula dengan laungan Pas dan DAP yang semakin lantang.
Momentum itu tampaknya sudah berubah. Pakatan Rakyat kini berada di tahap defensif dengan serangan politik yang ditujukan. Bermula dengan pemilihan PKR yang mengelirukan, semuanya bagai tidak menjadi untuk Pakatan Rakyat apabila tiba masanya turun ke gelanggang pilihanraya Sarawak. Seorang 'pemuda' yang dahulunya gagah perkasa kini sudah tempang di dalam tempoh tidak sampai 3 tahun sahaja. Itulah agaknya resam dunia, kerana ketika mereka sedang berada di dalam kedudukan menyerang, mereka sangat takbur dan sombong. Baru-baru ini, PKR yang mendominasi politik Sarawak (di dalam konteks parti-parti pembangkang) bertegang urat dengan parti SNAP mengenai peletakan calon yang sesuai. SNAP yang sudah sebati dengan Sarawak hanya diberikan 3 kerusi, sedangkan PKR yang masih hijau itu ingin membolot semuanya demi kepentingan politik mereka. Tidakkah mereka dilihat takbur kerana menyisihkan pengaruh tuan rumah?
Nampaknya jika kita ingin menggantikan Barisan Nasional di Sarawak, tentu sahaja kita sedang memilih PKR yang masih caca merba itu. Orang-orang Sarawak terpaksa memilih salah satu 'kejahatan', dan saya sangat pasti mereka memilih BN kerana parti itu sudah terbukti berpengalaman di dalam pemerintahan. Mengharapkan PKR tentu sahaja akan membinasakan, kerana pemilihan di dalam rumah tangga mereka pun sangat kucar-kacir.
Saya tidak memihak kepada sesiapa. Apa yang saya inginkan adalah sebuah negara yang lebih aman, maju dan sejahtera. Saya berharap supaya negara ini dipimpin oleh seseorang yang hebat, takut kepada Allah dan rasulnya, dan menggunakan akal fikiran ketika membuat keputusan. Biarlah siapa pun yang menang. Saya sudah tidak mahu peduli lagi. Kepada rakyat Sarawak, selamat mengundi dan memilih pemimpin. Pilihlah yang terbaik menurut kacamata agama kerana tangan yang memangkah itulah nanti yang akan menjawab semula di hadapan Allah.

6 comments:
Barangkali agak keterlaluan jika teman katakan bahawa teman lebih mempercayai DAP daripada PKR.. rajuk SNAP mudah dibaca..PKR terlalu tamak dan berasa terlalu angkuh..kononnya mereka itu hebat..tapi adakah itu benar ? pendokong mereka adalah daripada org2 yg kecewa dan gagal mendapat tempat di dalam UMNO.. mereka datang untuk mendapat peluang yang baru..bila di dalam PKR juga mereka gagal mencapai impian, mereka kembali menyeberang.. bagi teman..PKR semakin menjadi beban kepada PAS dan DAP..
sahabatku samad : awok berpendapat sama dengan mike. PKR ni menjadi duri dalam daging pade PR keseluruhan. tapi awok malas nak cakap banyak2. rakyat marhaen macam kita ni kalo cakap kuat macam mana pun takde sape sudi mendengarnye.
satira...carcosa..
emm..
mengambilkira wakil rakyat tmpt TK yang d kuasai parti pembangkang..
dulu kini selamanya, xde pe pun yg lainnya kt tmpt TK ni..
cuma payahnya nk dpt tandatangan wakil rakyat utk urusan2 ttntu, kerana depa xmau yg pembangkang punya..
jadi ttnya2 jg, apa fungsi jd wakil rakyat d tmpt sendiri ye klau smua jabantn kerajaan reject terus apa2 aje dokumen yg d sain wakil rakyat tu??
Salam Yob Kelisa, yong tak kisah sapa menang, tapi Orang Kaya tu harus disepakterajangkan kuar...melampau2 mentekedarah hak rakyat!
yg indah : aku takde info langsung pasal carcosa tu. pasal jam tangan omega pun aku tak tau. mana nak cari info tu? haha
tk : di mana-mana pun sama. tandatangan pembangkang takkan laku walaupun dia adun. tapi kalo belah kerajaan, ketua cawangan pun boleh. memang tidak adil. mereka menggubal undang2, tapi mereka pulak yang mengingkarinya. cukuplah Allah sebagai pembela kita. cakap pun dah tak larat.
yong kembara : orang kaya suami wanita luar negara tu ke? hehe. ntahlah yong. malas nak cakap. saya memang betul2 fed up dengan politik negara kita.
Post a Comment