22 March 2011

Jalanraya kita


Saya tidak tahu samada saya suka memandu atau tidak. Namun begitu, saya pernah terfikirkan alangkah seronoknya jika saya dapat memandu merentasi seluruh dunia dengan kereta idaman, tentu sahaja ia adalah pengalaman yang menyeronokkan. Saya pernah berazam jika saya sudah terlalu kaya dan tidak perlu pergi bekerja lagi, antara salah satu aktiviti yang akan saya lakukan ialah memandu ke seluruh pelusuk negara dengan kereta idaman yang saya bayangkan sebagai Toyota Alphard, Nissan Murano atau Mitsubishi Airtrek. Saya akan berhenti di mana-mana sahaja yang disukai, meneroka hutan-hutan belantara, menziarahi tempat-tempat bersejarah atau makam-makam lama, mandi manda di air terjun yang cantik dan tidur di mana-mana hotel atau rumah tumpangan. Mungkin di dalam bayangan pemikiran saya yang dangkal ini, aktiviti sebegitu akan mencipta keseronokan yang tiada tandingnya.

Itu ialah cerita beberapa tahun dahulu. Sekarang pun, impian idaman saya itu sukar untuk dipadamkan dari khayalan yang mengasyikkan. Tetapi berpegang kepada realiti, nampaknya saya harus lebih realistik dengan corak kehidupan dan jalanraya Malaysia yang bahaya ini. Mungkin impian itu dipadamkan, atau juga suatu mekanisma baru perlu dirombak bagi memenuhinya.

Menyorot kepada situasi jalanraya Malaysia, semuanya lebih tertumpu kepada unsur-unsur yang tidak menggembirakan. Setiap hari, kematian dan kemalangan sentiasa sahaja berlaku bagaikan jalanraya itu adalah sebuah medan peperangan yang besar. Kita sudah tidak lagi terkejut dengan berita-berita yang menyayat hati, malah menganggapnya normal seperti rakyat Iraq mendengar berita pengeboman. Saya percaya setiap rakyat Malaysia pernah kehilangan saudara atau setidak-tidaknya kenalan kerana kemalangan jalanraya. Bagi diri saya, saya masih belum kehilangan saudara-mara terdekat, tetapi kehilangan kenalan sudah terlalu mangli.

Di pantai barat Semenanjung, orang ramai terpaksa mengeluarkan duit yang lebih untuk membayar tol. Segala-galanya menyakitkan hati, tambahan pula jika kita tinggal di Lembah Klang yang mempunyai beratus-ratus pondok tol. Perbelanjaan terpaksa dilebihkan untuk membayar wang kepada si gadis cantik manis, dan kadang-kadang si gadis itu bagai bermasam-masam muka pula jika kita memandu kereta yang kecil. Lumrah manusia zaman sekarang, kereta memang dijadikan status kedudukan sosial seseorang. Tidak dikira lagi dengan harga minyak yang sudah melambung-lambung. Entahlah, kita rakyat biasa bagaikan anjing menyalak bukit. Suara menjadi serak, bukit tidak pula runtuh.

Jalanraya seakan-akan badi kepada rakyat Malaysia. Mungkin Tuhan ingin menunjukkan kepada kita kerana jalanraya inilah sumber penganiayaan yang besar kepada rakyat. Bermula dari isu minyak yang penentuan harganya masih menjadi misteri, harga jualan kereta yang sangat tinggi berbanding harga luar negara kerana cukai (termasuk kereta nasional Proton), penipuan jualan alat-alat ganti yang didakwa tulen, rahsia penetapan kadar tol yang naik beberapa tahun sekali sehingga kepada unsur-unsur rasuah di dalam pembinaan jalan raya yang melibatkan kontrak JKR. Mungkin kezaliman inilah mendorong Allah menguji manusia Malaysia dengan kematian di jalanraya supaya dapat menyedarkan rakyat bahawa sesuatu harus dilakukan.

Nampaknya saya terpaksa mengadakan pilihan lain untuk aktiviti yang akan dilakukan jika saya sudah kaya nanti. Jika ditakdirkan kematian kerana jalanraya, itu ialah ketentuan Allah. Tetapi kita sebagai manusia tentu sahaja mahu mengelakkannya dari terjadi. Insya Allah, saya akan mencari pilihan yang lebih damai dan berfaedah buat mengisi masa senggang ketika kaya, dan tentunya yang paling utama ialah aktiviti itu dapat memberi manfaat kepada orang lain pula.

10 comments:

a.samad jaafar said...

sahabatku kelisa..
agak malang kerana tidak sempat bertemu masa balik ke kampung jumaat lepas..kesihatan saya terganggu..agak teruk hingga memaksa isteri memapah saya ke klinik pada jam 4 pagi...gangguan itu bermula sejak di kampung itu lah..hrp jumpa lain kali

para pertama catatan ini membuat saya tersenyum panjang. baru minggu lepas saya melafazkan janji kepada anak2..jika impian saya tercapai utk memiliki alphard...sila sambung dgn para satu itu...hihihi..

ini dalah impian sejak remaja.. meski kesemua negeri termasuk sabah/sarawak dijejaki, barangkali jika suatu xpdc menjelajah setiap negeri di semenanjung ini bersama keluarga tercapai, mungkin ada keindahannya yg tersendiri.

dan 3 hari lepas isteri mengumpan.. "bang..apa kata kalau kita jual dua2 kete kita..pastu, kita beli alphard dan kancil..nak?" ..err.. saya terpenpam !..

alamak ! sori..panjang pulak membebel kat sini..

shahrilhakime said...

Sedare Sopi...
memandangkan pade alasan2 yang sedare berikan dalam entri sedare kali ni.....saye terpakse le memendam dulu hasrat saye sekeluarge untok bertuko kepade kerete yang lebih beso...... maklomle anak dah tige....... dan mungkin hasrat saya ini akan terlaksane bile aje2 masalah2 yang sedae sebotkan tu tak berlaku lagi di Malaysia ni...

P/S: agaknye bile ye???

sahromnasrudin said...

assalamualaikum..

duit kite sekarang dah makin kecik kan..lipa puluh hengget isi minyak pun tak full tak dibuatnya..digelak dek pumper je huhuhhhhh

Hunny said...

Assalam,

tak kisah kereta apa, yang penting memenuhi keperluan dan ikut kemampuan. :)

MOH KEMBARA said...

Salam Yob Kelise, hemmm Yong ke mana2 naik bas ekspress (kalau nak nyongket ler) atau tren. Rega minyak naik, yong pon kena tempiasnya. Nak kena naik kuda kot baru muroh sikit!

toyolkiut said...

emm..
ada senyum..
kmudian berkerut2 muka jg..
semua orang nak beli kereta, lg besar lg power.. basikal dah tak laku le kt pasaran kita ni ye..
budak2 takde lesen pun naik moto gi skolah la ni..

yg_indah said...

sama la impian kita.cuma aku dgn kereta buruk.naik pelan-pelan.

kelisa_samudera said...

samad : waaa, kamu nok meli aphard ke samad? sedap le nak balik kuale nanti. jangan lupe ye mawok aku sekali pusing2 malaya.

oghang pempuan gitu le. senang aje sajes. nok bayor nanti jenuh le kita memikiornye. kekekeke

D : tunggu le nanti bile ade oghang yang benor2 bertanggungjawab jadi pemimpin kita. insya allah. yang penting kene sabor la kut. moga2 kemenangan kepada orang yang benor.

sahrom : dulu masa belajar saya isi minyak keta kancil 5 ringgit je. boleh pegi dari gombak sampai shah alam, patah balik. sekarang 5 ringgit baru nak start dah mati balik. haha. betul la, kalo isi minyak 5 ringgit skang mau kena gelak je ngan gadis minyak. hahaha

hunny : ukur baju di badan sendiri la tu.

kelisa_samudera said...

yong kembara : naik bas pun susah. kalo kat kampung tu satu jam sekali. sebab tu le ramai orang beli keta sendiri. kalo kat bandar plak mungkin tambangnya masih lagi mahei.

tk : basikal zaman dulu2 kalo dijual balik kat kedai cina basikal, diorang beli harga tinggi tau. sebab dulu besinya padu, skang banyak basikal pakai besi saduran.

yg indah : biar kereta buruk, asal hati tenang. org naik keta besar belum tentu hatinya senang.

Rin said...

aku nak menuntut hak mendapatkan parking percuma atau sediakan pengangkutan awam terbaik sebagai alternatif di ipoh ni(tetiba emo sbb baru kena saman parking..kupon abes. malas pegi cari dan beli) hehe..