15 January 2012

2012

Aduh, mengapa begitu sukar benar untuk saya mengemaskini blog ini. Bukan tidak teringat, bukan pula sudah melupakan, tetapi manusia begitulah. Apabila sikap malas dan bosan sudah hadir, setiap semangat yang disuburkan suatu masa dahulu bagaikan hilang dipuput angin.

2012 sudah menjelma. Ini tahun akan berlakunya hari kiamat, hari di mana berakhirnya dunia yang fana dan bagi orang Islam, mereka percaya mereka akan melangkau ke satu dunia baru yang asing, dan segalanya ternilai melalui perbuatan baik dan jahat di atas dunia. Hari kiamat ini diramalkan melalui kalendar Mayan yang dikatakan sejenis bangsa yang sangat pakar di dalam bidang astronomi 5000 tahun yang lalu.

Saya tidak begitu percaya. Biarlah kiamat berlaku bila-bila sahaja. Tugas sebagai orang Islam bukan meramalkan bila terjadinya kiamat, tetapi bersedia dengan segala jenis amalan tatkala ianya berlaku nanti. Bukankah yang dinilai oleh Allah adalah amalan? Allah tidak akan sesekali bersimpati jika kita dapat meramalkan tarikh kiamat yang tepat, tetapi pada masa yang sama langsung tidak bersedia untuk menghadapinya.

2012 dibuka dengan lembaran yang baru. Tempat baru, kehidupan baru dan tatacara hidup yang baru. Di penghujung negeri ini saya menagih simpati Allah supaya dimurahkan rezeki, dipanjangkan usia, diselamatkan dari segala bala bencana dan diampunkan segala dosa. Saya mahu menjadi insan yang lebih baik, dan di tempat ini saya percaya ianya dapat direalisasikan.

5 comments:

a.samad jaafar said...

selamat kembali Kelisa Samudera.. n3 saudara sentiasa dinanti..

moga tahun ini lebih baik bagi kita semua..alangkah malang jika hanya masa yang semakin 'matang'..sedang kita masih pada takuk yg lama..

MOH KEMBARA said...

Salam Yob,

Amiiinn!

Kalau takde mood berblog, jgn dipaksa. Bukan wajib pun.
Semoga tahun ini memberi rezki yg lebih baik, kesihatan yg baik dan idup yg diberkatiNya.

kelisa_samudera said...

terima kasih mad, time kasih kak. ape kabo kome? rindu plak teman ke kome.

Seorang Bukan Sasterawan said...

teman pun rindu ke kome hahah

kelisa_samudera said...

SBS : hahah. nak fasih cakap perak datang le sini.