Suatu hari saya dipanggil oleh ketua saya yang akan berpindah tidak lama lagi. Selepas berbual tentang kerja beberapa ketika, kami mula memindahkan perbualan kepada soal-soal peribadi yang lebih ringan. Memandangkan beliau sedang berada di dalam kategori veteran, mulutnya agak ringan untuk berbicara tentang pengalaman hidup yang telah dilaluinya. Kisah tentang pengalaman perit hidupnya melalui zaman kesukaran apabila suaminya tidak mempunyai pekerjaan, majlis perkahwinan anaknya dan asam garam kehidupan rumah tangga yang dilaluinya. Suaminya kemudian memulakan perniagaan dengan modal sebanyak RM6,000 hasil dari wang hantaran anaknya, dan pada ketika ini syarikat suaminya sudah mempunyai aset berjumlah hampir RM1,000,000. Dia tidak putus-putus mengucapkan syukur kepada Allah kerana memberikan nikmat yang tidak terhingga itu. Lebih-lebih lagi apabila suaminya bukanlah jenis yang suka mengharap apa-apa dari kerajaan, termasuklah berulang alik ke Pejabat Tanah untuk merayu diluluskan tanah atau projek.
Apabila tiba di suatu simpang cerita, dia dengan perlahan-lahan bertanyakan kepada saya. "Kamu nak belajar satu petua bagaimana untuk doa kita dikabulkan?"
"Menarik juga puan."
"Tetapkan satu azam dan tetapkan juga tarikhnya bila azam kamu akan tercapai. Kemudian mulai dari hari ini, setiap pagi kamu bangun dari tidur, fikirkanlah tentang satu perkara yang patut kamu syukuri di dalam hidup ini. Fikirkan ia walau sekecil mana pun nikmat itu. Insya Allah, azam kamu akan tercapai di dalam masa yang kamu tetapkan. Jangan fikirkan bagaimana, bila, siapa dan mengapa azam itu boleh tercapai. Tinggalkan urusan itu kepada Allah. Tetapi jika azam itu tidak tercapai, jangan pula salahkan saya. Itu hanya satu petua." Dia lalu memberitahu secara rambang tentang doa beberapa orang yang telah dikabulkan dengan cara yang sedemikian. Ada yang meminta dipercepatkan jodoh, ditukar kerja ke tempat yang disukai dan sebagainya.
Mulai dari hari itu, saya memasang azam seperti yang dinasihatkan olehnya. Pada setiap pagi saya bangun dari tidur, saya akan memikirkan satu perkara yang boleh membuatkan saya rasa bersyukur dengan hidup ini. Setelah beberapa hari saya melakukannya, barulah saya menyedari rupanya begitu banyak benda yang patut saya ucapkan terima kasih ke atasnya.
Perbuatan saya yang didasarkan hanya untuk mencapai matlamat kecil itu rupanya memberikan kesan kepada kehidupan saya sekarang. Mulai dari hari itu, saya bangun dengan perasaan yang ceria. Malah saya menyedari dengan memikirkan tentang sesuatu yang patut saya syukuri, saya bagaikan telah melepaskan sebuah batu yang selama ini menjadi beban di pundak saya. Allah telah memberikan nikmat kepada saya dengan tiada penghujungnya, dan saya percaya pada masa depan saya mampu untuk mengharungi kehidupan dengan lebih baik lagi. Mungkin kerana perasaan ceria dan berbaik sangka kepada Allah itulah akhirnya Allah akan menjadikan azam saya menjadi kenyataan. Semoga di satu masa yang telah saya tetapkan sendiri, Allah benar-benar memakbulkan doa saya itu.
Terima kasih puan di atas nasihat yang berguna itu. Saya sangat menghargainya. Semoga puan dirahmati Allah dunia dan akhirat dan saya berdoa puan sentiasa bahagia bersama orang-orang yang tersayang. Sekiranya Allah masih belum berhasrat untuk memakbulkan doa saya pada waktu yang saya kehendaki, saya sudah berterima kasih kerana Allah menghadirkan puan di dalam hidup saya. Saya harus mensyukuri nikmat syukur itu sendiri, kerana dengan nikmat itu membuktikan saya masih lagi beriman.

5 comments:
best la entry ni
rasa cam tenang seketika...
salam..
dari RM6000 modal kini dah satu juta rm..
kira majulah bisnes tu..alhamdulillah..
aku azam xnak keja.
Kelisa.. tahniah dan t kasih atas n3 yang menarik dan menjadi baja yg menyuburkan iman.. n3 yang tak mampu aku hasilkan.. moga lebih ramai blogger yg mampu menghasilkan n3 yang sebaik ini..
emme : terima kasih. satu sumbangan saya utk emme. :p
sekamar rindu : rezeki dia. insya allah rezeki kita pun akan sampai.
yg_indah : menarik jugak azam tu. hang jadi partner, orang lain keja utk hang.
samad : terima kasih sahabat. lain kali kalo pokok iman kamu kurang sihat, dtg le sini. insya allah kita sama2 tolong suburkan pokok masing2.
Post a Comment