24 November 2010

Selamat bercuti


Terima kasih Google




Jiran saya yang tinggal berhadapan dengan rumah bekerja sebagai seorang pembantu makmal di sebuah sekolah di sini. Ketika saya bergegas untuk ke pejabat pada hari Isnin lepas, saya menyedari beliau masih lagi belum mandi, sedang menyiram pokok bunga dengan memakai kain pelekat berwarna merah. Selalunya apabila saya membuka pintu pada waktu pagi keretanya sudah tidak ada kerana dia pergi bekerja terlalu awal. Barulah saya teringat cuti sekolah sudah pun bermula. Saya sudah diberitahu oleh adik dan ibu saya kerana mereka juga bekerja di sektor pendidikan, tetapi kerana usia saya yang semakin beranjak tua ditambah lagi dengan banyak benda bermain di fikiran membuatkan saya kadang-kadang mudah lupa.

Gembiralah mereka yang terlibat dengan cuti yang panjang ini. Sekurang-kurangnya penat lelah mereka bekerja sepanjang tahun dapat ditebus kembali dengan cuti yang baik ini. Semua guru dan pekerja yang bekerja di sektor pendidikan hanya mendapat peruntukan cuti 7 hari sahaja setahun memandangkan mereka dapat bercuti panjang, tetapi ada juga guru-guru yang tidak dapat menikmati percutian sepuas-puasnya kerana terpaksa menjadi pemeriksa kertas peperiksaan, penjaga peperiksaan dan sebagainya. Bersabarlah, semoga usaha anda semua mendapat ganjaran yang besar di sisi Allah.

Kadang-kadang saya merasa dengki juga dengan mereka yang dapat bercuti panjang kerana saya tidak dapat menikmatinya. Pekerjaan seperti saya hanya membolehkan saya bercuti semaksima 5 hari sahaja, manakala lebih dari itu perlu mendapat kebenaran khas. Tetapi apabila difikirkan semula apakah yang mahu dikesalkan. Takdir Allah menentukan rezeki saya di sini, dan takdir Allah juga menentukan rezeki cikgu-cikgu sebegitu. Mungkin memandang kepada kesenangan mereka membuatkan saya dengki, tetapi jika melihat kepada kesusahan mereka tentulah saya akan menginsafi.

Setiap pekerjaaan ada keistimewaannya. Sama-samalah kita saling menghargai kerana tanpa orang lain yang mewarnai kehidupan kita, kita mungkin menjadi manusia yang lemah. Kepada guru-guru dan pekerja sektor pendidikan sekalian, saya mengucapkan selamat bercuti. Gunakanlah cuti dengan baik untuk menjadikan ia sebagai suatu kenangan yang indah. Saya akan fokuskan kepada kerja saya. Insya Allah, suatu hari nanti saya pula akan mendapat kesenangan seperti saudara-saudara semua, dengan cara saya yang tersendiri.

7 comments:

shahrilhakime said...

errrr......kalo jadi PTD memang cuti haghi je ke??? ....alamakkkk

Anonymous said...

salam...

ehhe..saya skrg bercuti sebulan lebih..:)

a.samad jaafar said...

aku pulok seghope je yeop.. cuti ke idok lantoknye.. apa baatannye aku jadi camni hah ??

eMMe said...

Salam kelisa, kite cuti sabtu ahad je...tapi tu pun kenkadang rasa cam tak cuti je...
letih, keje kat umah lak, hehehehe....

atbk said...

saya berpesan pada adik lelaki saya ahad lepas bahawa saya nak duduk di belakang tidor dalam kereta dan dia harus duduk di sebelah pemandu, adik perempaun saya lagi seorang sebelum kami pulang ke kuala lumpur selepas cuti 5 hari untuk aidil adha...

lalu die menjawab dengan eksyennyer,
"helo... orang balik kL tahun depan okeh!!"

saya lupa, adik saya belajar di maktab perguruan bangi, cuti beliau sama dengan cuti sekolah.

saya pun dah dapat penyakit lupa macam encik kelisa

kelisa_samudera said...

D : kalo jadi PTD idok tau plak aku. kalo keje macam aku mmg gitu le cutinye. kekeke

sekamar rindu : selamat bercuti. jgn bangun tido lewat sgt. :P

samad : kamu mmg. ce kamu cek balik. ade yg tak kene tu. kekeke

emme : sama la kita. kdg duk rumah pun masih fikir pasal keje. uhuhuhu. tak tenang idopp.

atbk : tu maknanya kita dah makin tua. duk asyik lupa je. kekekeke

kelisa_samudera said...

komen korang dalam entry kali ni mmg terbaik la. terima kasih banyak2. hehe