21 October 2009

Cerita pengajaran untuk kanak-kanak

Saya teringat satu cerita kanak-kanak yang pernah saya baca dahulu. Secara ringkas ceritanya begini :-

Selepas Amin bermain bola sepak, dia keletihan lalu duduk di bawah sepohon pokok langsat. Di bawah pokok langsat itu terdapat pokok tembikai yang sedang menjalar dan buahnya juga sudah masak ranum. Amin terfikirkan sesuatu,

"Mengapakah pokok tembikai ini cuma menjalar, sedangkan buahnya sangat besar. Sedangkan pokok langsat ini tinggi dan tampan, sedangkan buahnya cuma kecil-kecil sahaja. Sepatutnya pokok langsat ini berbuah besar supaya sama dengan ketinggian pokok itu, dan buah tembikai pula kecil supaya sama dengan pokoknya yang menjalar".

Tiba-tiba, sebiji buah langsat gugur dan mengenai kepala Amin. Dia menjerit kesakitan.

"Oh, inilah kebijaksanaan Allah. Jika pokok langsat itu berbuah besar, tentu buahnya jatuh dan mengenai aku, mesti aku mati". Amin pun kemudian pulang dan memuji Allah dengan kebijaksanaan Dia mencipta sesuatu.


Cerita pengajaran ini mengajar kanak-kanak supaya bersyukur dan mengakui kebijaksanaan Allah menciptakan dunia ini. Lucunya, adakah penulis ini pernah terfikir tentang sepohon pokok yang bernama durian? Setelah saya terfikirkan perkara ini, cuma ada dua benda yang bermain di fikiran saya iaitu, samada Allah itu tidak bijaksana kerana menciptakan pokok durian yang boleh membawa maut atau samada penulis itu tidak bijaksana kerana menulis tanpa berfikir terlebih dahulu.

Saya cuma ketawa. Saya boleh berfikir. Tapi bagaimana dengan kanak-kanak?

4 comments:

Ceritera Marhaen said...

wei...jauhnya ko berfikir...dah2..kembali ke pangkal jalan en kelisa...

Insan Biasa said...

Ni sama dengan cerita orang soleh bernama Ibrahim bin Adham...

atbk said...

eh version aku lain sikit..
aku bace dalam komik dakwah Al Arqam dulu...

Isu cerita yang aku baca tu mcm die concentrate more to pokok yang rimbun daunnya kenapa buah dia kecik2...
Hikmah die kononnyer pokok yang rimbun ni org buat berteduh, so kalu buah die gugur, xde le cedera org yang berteduh...
Pokok durian n kelapa mcm jrg kot org nak berteduh bwh die rite?
Tapi tibe2 teringat plak pokok limau bali, rendang n rimbun, tapi buah die besaq gila...

Ntah la, hikmah2 ni subjektif, dan sesuatu yang xde regard pun di sisi syariah... ia hasil pemikiran manusia je....

Dulu mase aku kanak2, kalu kita mengeluh sbb kepanasan ke, mesti org dewasa ckp .. "Neraka lagi panas dik", pastu aku selalu jawab balik (dlm hati la...) "Abis tu, kita tgh berpanas ni sebagai training nak masuk neraka ke ape?"

kelisa_samudera said...

memang hikmah ni subjektif. ia berlegar sekitar ilmu manusia je. aku heran kenapa orang suka cari hikmah berpuasa, hikmah bersolat, hikmah haji dsbnya. kalau betul hikmahnye bagus le, seperti hikmah berpuasa.

tapi ada sekali orang cakap hikmah solat berjemaah dapat meneutralkan sel positif dan negatif kerana bersentuhan semasa solat. so dengan meneutralkan sel2 tu badan kita akan jadi lebih sihat. macammana dengan imam yang tak bersentuh dengan sapa2? bukan ke tak logik hikmah tu?

ibadat itu ialah syariat. kalo takde hikmah yang tersembunyi pun kita tetap kena buat juga.

There was an error in this gadget