14 October 2009

Cerita satu permainan


Pertama sekali saya ingin mengucapkan tahniah kepada pencipta permainan ini. Entah apalah sihir yang diletakkan di dalam permainan ini sehingga jutaan manusia termasuk saya menjadi terlalu ketagih. Jika dua atau tiga hari saya tidak bermain permainan ini, hati saya tidak tertahan-tahan lagi untuk membuka komputer riba saya.

Sekarang, saya sedang menguruskan pasukan Kedah. Setelah bermain secara kumulatifnya berjumlah 138 jam, saya sudah pun memasuki musim 2016-2017 dan nampaknya tiada tanda-tanda saya akan bosan. Dengan kejayaan maya yang saya miliki hasil dari menguruskan pasukan Kedah, saya tidak nampak saya akan berhenti dari bermain dalam masa terdekat.

Ada berbagai-bagai cerita yang lahir dari permainan ini. Kadang-kadang, ia terlalu mempengaruhi kehidupan seharian saya. Di dalam kereta ketika perjalanan pulang dari tempat kerja, saya akan berfikir pemain-pemain mana akan saya beli untuk memantapkan pasukan. Sebelum tidur, saya akan berfikir bagaimana untuk menangani kerenah pemain yang suka merajuk. Ketika tengah mandi, taktik apakah yang digunakan untuk perlawanan seterusnya.

Jika saya menang sesebuah perlawanan, saya akan keluar ke dunia realiti dengan penuh bangga. Tetapi jika saya kalah, akan nampak pula wajah saya yang suram dan memikirkan sesuatu dengan penuh berat sekali. Kadang-kadang isteri saya akan mentertawakan saya jika saya terlalu emosi ketika bermain, ada kalanya sehingga terjatuh dari kerusi, menjerit ketakutan atau bersorak keriangan. Tetapi itulah..... Sudah saya katakan permainan ini sangat berhantu.

Saya percaya bukan saya seorang menjadi gila kerana permainan ini. Jutaan manusia di seluruh dunia mengalami simptom yang sama.

12 comments:

atbk said...

Walaupun nafsu saya terhadap permainan maya amatlah tumpul, namun saya percaya setiap org ada passion masing2 di luar waktu pejabat. Passion ini kalau ditinggalkan berhari-hari, hati akan gelisah, jiwa tak tenang, fikiran tak keruan.

Dan sebab inilah jugak (walaupun agak kurang bijak) saya memilih untuk berhenti kerja saya yang terakhir dulu kerana saya mendapati diri semakin mustahil melakukan apa yang saya suka di luar waktu pejabat, iaitu menjalankan kehidupan aktif secara mental dan fizikal sebagai lelaki muda bwh 30-an. Malah Sabtu Ahad saya dirampas oleh tuntutan kerja demi memastikan kesinambungan poket bos terus berisi walaupun ketika cuti.

Duit nyata bukan pemberi kepuasan, akhirnya perut menambahkan lipatan2nya, bontot naik kebas duduk mengadap komputer berjam-jam (kalau mengecil takpe jugak, ini tidak! Bertambah2 diameternya saban hari... eeeee!)

Aku harap bekas bos2 aku satu hari nanti diserang sakit jantung sebab semuanya pun tak menjalankan hidup aktif, kalau tak masakan perut pun dah macam ibu2 mengandung... Lepas tu mungkin diorang akan sedar lalu menganjurkan staf2 nya pula bersukan selepas waktu pejabat dan mengharamkan perjumpaan dgn klien di hujung2 minggu.

Ceritera Marhaen said...

teringat zaman sewaktu menetap di Umar Al-Khatab matriks..alangkah indah jika waktu boleh diputarkan seperti dulu...

KiMi said...

Huhuhuh.aku igt,kali pertama kau nampak game ni masa aseb dgn matjap main. Dulu sebelum depa bepecah, namanya CM2002.Aku kutuk gila Aseb sebab main game tgk tulisan(masa tu belum ada simulation player). Aseb kata, ko cuba try main la kimi.Aku try main.eh, syok pulak. akhirnya sampai la ni pon aku main. bini aku pon suka pelik tgk aku tepuk dahi, maki hamun tulisan.hhuhuhu.hantoooo.

yg_indah said...

aku main general red alert, sebab aku jiwa perang.

Ceritera Marhaen said...

udah2la en indah oiii kalau nak menipu pun...ko bukan selalu main ganguro girl kat bilik aku ke?samala dgn en kelisa hijau tuuuu...

kelisa_samudera said...

atbk
aku setuju betul dengan tulisan hang tu. sebab tu dari awal lagi aku dah tetapkan, kalo bos suruh dtg opis hari minggu, aku takkan datang. kecuali untuk perkara yg sgt penting saja. aku juga amalkan prinsip 8-5. sori la nak lebih2. bukan dapat apa pun. keluarga dan diri sendiri adalah lebih penting dari segala-galanya. esok2 kita sakit lumpuh ada boss nak jaga makan berak kita? family jugak la tempat kita bergantung.

kimi
kah kah kah. betapa bodohnya orang yang terpana dengan game tulisan tu. termasukla aku.

yg_indah & CM
aku terpaksa pertahankan diri sendiri. aku tak penah main game tu. aku cuma tgk hangpa main dengan penuh asyik. sesungguhnya aku adalah seorang yang sangat kudus.

Anonymous said...

sila baca blog seorang doktor yang sedang ditempatkan di wad psikiatris
linknya
http://assaidah.blogspot.com/2009/09/balang-p.html

Seorang Bukan Sasterawan said...

main game tu menyebabkan kita tgk game bola bukan lagi dengan kejahilan..kearifan kita semacam setanding dengan sir alex ferguson huhuhuhuh

p/s:simulation yg bulat2 tu mnyebabkan makin kita manager selalu berdebar...

p/s:semoga kita tak tergolong sbg pesakit seperti crita doktor di atas

p/s:thanks pi..aku baru tahu fm2009 dah kuar..apa feature tambahan?tak sabar nak main..

p/s:jgn smp bini kau hempas laptop kau bakar game fm tu udah le

kelisa_samudera said...

anon : kitorang takkan jadi pesakit yg macam tu. habis kuat pun kitorang akan jadi player man utd je.

SBS : feature tambahan takde pun. cuma bulat2 tu dah diganti ngan orang. tapi still kartun la. lagi satu, pre & post match ada sidang media.

p/s : kalo bini aku buat macam tu, aku hempas dan bakar dia balik. huhuhuhu ganazzzzzz

nadmin said...

aku letak sat je game tu kat PC aku kat UIA dulu..terpengaruh dgn amir..hehe..tapi bila dlm kls pun aku asyik berfkr aku nak beli sapa, taktik mcm mana, dan kalo jumpa membe pun dok bcg psl game ni, lps kls terus aku berlari balik bilik di Bilal untuk main, aku main 3 bln ja kot..lps tu trus aku buang game ni..huhu..memang berhantu

Insan Biasa said...

ganguro girl???? permainan apakah itu????

Insan Biasa said...

aku dulu pernah menerajui AC Milan... membeli pemain2 dengan harga yang tak logik, yang penting aku dapat pemain tu... Cambiasso, gattusso, semua pernah berkhidmat di bawah aku... Board of Directors pun luluskan je semua budget aku beli players, SPRM pun tak check aku...

Tapi sekarang aku dah gantung but... Sekarang main sorok2 je kat rumah...