27 October 2009

Kenapa tidak anda?

Jika anda selalu mendengar saluran radio Sinar FM, anda mungkin pernah mendengar iklan lebih kurang seperti berikut:-

"Hai, saya Faizal Tahir. Ye, memang saya menyanyikan lagu rock, tetapi hakikatnya jiwa saya ini sebenarnya jiwang juga sebenarnya. Kadangkala saya mendengar Cetusan Hati di Sinar, rintihan, luahan.......... . Jadi jika saya Faizal Tahir mendengar Cetusan Hati, kenapa tidak anda?"


Bolehkah jika saya tukar sedikit kenyataan itu kepada, "jika saya Faizal Tahir makan tahi, kenapa tidak anda?"

Tidak semestinya kita patut mencontohi segala perbuatan yang dilakukan oleh orang lain demi untuk nampak lebih terkehadapan. Jika perbuatan itu memang perbuatan yang baik, memanglah ia digalakkan untuk dicontohi. Jika cuma mendengar Cetusan Hati, lebih baik saya memilih untuk menonton Buletin Utama atau Astro Awani atau saluran National Geographic.

Nanti saya akan iklankan diri saya di dalam radio, "jika saya boleh menonton Buletin Utama atau Astro Awani, kenapa tidak Faizal Tahir?"

9 comments:

yg_indah said...

jgn lupa tonton spongebob tiap kul5;)

Anonymous said...

Ko mcm tak puas hati ajer dgn Faizal Tahir, ada apa2 yg kitorg tak tau ke KS?

-Artakuz-

kelisa_samudera said...

yg_indah : sila tengok post aku yang lepas2. mak aku tak bagi tgk kartun. kah kah kah.

artakuz : aku bukan tak puas hati kat dia. aku ambik contoh dia ja. tapi tak puas hati sebab dia ada tatu superman pun ya jugak la. hahah

Ceritera Marhaen said...

en kelisa, saya tahu anda cemburu dgn bakat yang dikurniakan kpdnya..jgn isau, meskipun suara anda tidak sebagus faizal tahir, anda masih mempunyai bakat-bakat terpendam yg lain...

atbk said...

wehhh kutuk faizal tahir???
iklan je tu en kelisa oiii...
bukan ape2 pun...
aku layan Faizal Tahir, tp takde pun teringin nak dgr sinar hanya kerana dia suruh...
Byk je iklan style cenggitu,
"Kalau saye boleh, kenapa tidak anda?"

utk pertama kali saya rase en. kelisa emo tak bertempat
;p

kelisa_samudera said...

aku rasa korang salah paham apa yang aku nak sampaikan. aku tak kutuk faizal tahir pun, aku cuma ambik contoh je. macam atbk cakap, bukan faizal tahir je yang buat iklan cenggitu, banyak lagi.

yang aku nak highlightkan ialah kita tak sepatutnya buat sesuatu semata-mata sebab orang/idola kita buat. kita kena tapis dulu. ini la 'main point' dia.

harap korang paham. :D

p/s : aku pun layan ape lagu gemuruh jiwa dia. kekekeke

atbk said...

Patut PTPTN wat iklan gak, lantik Faizal Tahir sbg duta.

"Hai, saya Faizal Tahir, kalau saya boleh bayar PTPTN bedebuk sekaligus demi kerjaya saya, kenapa tidak andaa????!!!!"

kahkahkahkah
sori aa Faizal Tahir, gurau2 pengubat duka!

kelisa_samudera said...

haaa yang ni aku setuju. lagi bagus dia iklan macam tu.

p/s : nasib baik aku bayar potong gaji.

Insan Biasa said...

"JIka saya Tuan Sopi membenci Faizal Tahir, mengapa tidak anda?"

Warkhahahaha... best la cerita hang kali ni... dia ingat dia best sangat...