11 October 2009

Minda berubah

Ketika saya dalam senang-senang akhir-akhir ini, saya membuka semula tulisan-tulisan saya di dalam blog ini. Seperti yang saya katakan dahulu, pemikiran manusia akan berubah-ubah mengikut faktor-faktor tertentu seperti emosi, masa dan keadaan. Dengan sebab itulah saya langsung menyedari bahawa banyak tulisan-tulisan saya ini hanya layak dicampakkan ke dalam tong sampah sahaja. Blog saya ini pun seperti caca merba, tidak tahu ke mana arah tuju dan tidak jelas apa yang saya mahu ceritakan kepada diri sendiri. Tetapi saya juga boleh memberi alasan, saya hanya baru 3 bulan menceburkan diri di dalam penulisan maya ini, jadi masih banyak yang saya belum belajar.

Menyedari tentang perkara ini, saya telah mengemaskinikan blog saya. Ada beberapa tulisan yang telah saya buang kerana ia tidak bagus pada pandangan saya. Sebenarnya saya mahu membuang kesemuanya sekali gus, tetapi memandangkan ada beberapa perkara yang ingin saya rujuk di kemudian hari, saya membatalkan hasrat saya.

Oleh itu, di kesempatan ini kepada sesiapa yang membaca dan pernah memberikan maklumbalas kepada blog saya, saya memohon maaf sekiranya pendapat/kritikan anda telah dibuang. Bukanlah hasrat saya untuk mengecilkan pendapat/kritikan anda semua, tetapi ini ialah sebahagian dari penambahbaikan yang berterusan kepada hidup saya. Sayang juga untuk membuang pendapat dan kritikan anda, tetapi ada perkara yang perlu kita korbankan di dalam hidup ini untuk melangkah lebih jauh ke hadapan.

Saya cuba berjanji kepada diri sendiri untuk tidak lagi membuang perkara-perkara yang bernilai di dalam hidup saya. Tetapi, entahlah. Kadang-kadang keputusan yang kita lakukan dianggap tepat pada masa ia dilakukan walaupun kemudiannya kita akan menyesal kerana bertindak sedemikian.

7 comments:

Anonymous said...

Mida berubah tidak mengapa, jgnkan pendirian berubah-ubah bagaikan lalang ditiup angin...
-Artakuz-

yg_indah said...

imam syafie pun ada qaul jadid dan qaul qodim

Ceritera Marhaen said...

takde apa yang perlu diubahkan. teruskan dengan pendapat-pendapat ko tu...sebab itukan beri kepuasan pada ko...

Anonymous said...

Ala en. kelisa ni.
seolah2 mencari kesempurnaan dan berusaha menampilkannya..
u r doing just fine la...
Idea n pendapat mmg kdg relevancy nyer ikut konteks isu, emosi dsbg...
Kami pembaca matang.. jgn risau :)

-atbk

kelisa_samudera said...

artakuz : perubahan minda kadang2 boleh mengubah pendirian. tu yang takut tu. huhuhu.

yg indah : betui2. imam syafie pun mengalami perubahan minda.

CM : kita memang puas kalo dapat memberi pendapat. tapi kadang2 pendapat kita yg bernas orang tak peduli. terutamanya bila keje gomen. huhuhu

atbk : fitrah manusia nak mencari kesempurnaan.tak terkecuali jugak dengan aku.

Ceritera Marhaen said...

ala en kelisa hijau...menjawabla pulak dia ni..aku teringat kata-kata.."never explain yourself to anyone, because the person likes you doesnt need it and the person dislikes you wont believe it.."
so teruslah berkarya sebab sebagai kwn ko, kitorang respek setiap apa pendapat dan prinsip ko...

Nafastari said...

Kadang2 saya juga mengalami fasa2 begini. Tetapi pada setiap akhirnya saya tidak pernah mengambil keputusan untuk memadam apa yg saya pernah tulis. Tapi kadang2 saya cuma mengedit dan menjelaskan sesuatu dalm kotak komennya.

Kelisa, anda punyai idea yang bernas. Teruslah menulis dan jangan padam2 lagi.