07 August 2010

Facebook cara saya


Tidak perlulah lagi saya perkatakan tentang apa yang boleh kita lakukan di Facebook kerana semua orang sudah mengetahuinya. Saya melihat kecenderungan ramai rakan-rakan saya yang meluahkan segala-galanya di Facebook, berkongsi saat suka duka, meletakkan gambar perkahwinan, kelahiran anak, melancong ke luar negara, pencapaian peribadi dan sebagainya di sana. Malah adakalanya dikirimkan perkara yang entah apa-apa seperti bertemu dengan jejaka kacak, anak sudah pandai berjalan, dipuji oleh ketua jabatan atau lapar kerana tidak berselera untuk makan. Ada pula yang setiap saat sentiasa mengeluh dengan kehidupan seolah-olah rahmat Allah tidak pernah turun kepadanya. Saya tidak kisah dengan itu semua. Cuma kadang-kadang saya agak jelak dengan sesetengah orang yang mengemaskini status mereka beberapa minit sekali, seolah-olah perjalanan hidup mereka begitu penting untuk diketahui oleh orang lain.

Saya pernah ditanya oleh beberapa orang rakan mengapa saya tidak meletakkan gambar isteri dan anak saya di dalam koleksi foto saya. Lalu saya katakan bahawa mereka adalah harta peribadi saya yang tidak ternilai, dan saya tidak berniat untuk berkongsi wajah mereka dengan cara yang sebegitu. Sekiranya mereka ingin berkenal-kenal dengan keluarga saya, datanglah dan berjumpa secara realiti kerana itu lebih baik dari mengenal secara maya. Hasil dari jawapan saya itu akhirnya saya terpaksa mendengar ceramah percuma dari mereka. Lalu dikatakanlah bahawa saya kolot, tidak mesra dan mengada-ngada.

Biarlah. Saya tidak peduli dengan kata-kata nista orang lain. Sekiranya saya mahu mengambil berat dengan kata-kata orang lain, pening kepala saya untuk melayan mereka kerana setiap orang punya pendapat tersendiri. Bagi saya, di dalam hidup ini ada perkara yang boleh dikongsi dengan orang lain dan ada pula yang tidak. Jika sekiranya semua perkara ingin dikongsikan dengan orang lain di dalam Facebook, apa pula yang tinggal untuk menjadi kenangan istimewa kepada diri saya sendiri. Jika saya berjalan-jalan dengan suasana romantis bersama isteri, anak saya baru bercerai susu atau sebagainya, ia bukanlah menjadi kudis kepada orang lain pun. Lalu untuk apa pula saya menghebahkannya ke serata alam?

Bayangkan sekiranya saya telah membeli sesuatu yang berharga, lalu saya menghebahkannya di Facebook. Kemudian apabila saya berjumpa seseorang secara realiti dan saya ingin berkongsi sesuatu dengannya tentang perkara itu, lalu dia katakan, "ohhhh, itu telah kau ceritakan di dalam Facebook." Mungkin saya akan berasa malu.

Saya tidak tahu apa pendapat orang lain tentang perkara ini. Tetapi untuk sehingga hari ini, inilah pendirian saya terhadap Facebook. Maafkan saya jika ada orang yang terasa dengan tulisan ini kerana saya tidak menujukan kepada sesiapa. Saya masih mahu begini. Facebook bukanlah tempat yang sesuai untuk saya dan keluarga kerana harga diri keluarga saya lebih tinggi nilainya untuk dikongsi di tempat yang sebegitu. Jika mereka rasa pendapat saya tidak kena, silakanlah. Tidak ada apa-apa kemudaratan baik kepada saya atau kepada sesiapa pun.


13 comments:

Nafastari said...

I used to have this belief this feeling. Keep it up.

yg_indah said...

haha aku xda akaun benda tu terus.

Anonymous said...

samala aku ked...

-Artakuz-

Seorang Bukan Sasterawan said...

hahaha..isteri aku yang suruh bubuh gambar kawin..aku sbb taknak gaduh aku letak je la..hahaha..

mcm ada orang tu isteri dia larang dia bukak akaun facebook..taknak gaduh dia pun tak bukak la..hahaha

kelisa_samudera said...

nafastari : kadang2 our feeling kontra dengan orang lain.

yg indah & artakuz : bukak le wei.

SBS : ko n cokoi punya acceptable bagi aku. yg aku highlight dalam tulisan ni ialah org yg suka expose semua benda pasal dia dalam facebook. macam la dia penting sgt. tapi ko takde macam tu. ko letak gambar kawin pun aku tak tau. hahaha

p/s isteri sape weii? kah kah kah

DKosongLapan said...

kelisa samudera....
lain oghang lain caghenye.....
ada setengah tu yg sengaja tak letak dgn tujuan nak rahsiakan status.....
macam mike....
alasannye sbb hak peribadi mike yg tak ternilai....
tapi aku setuju tak payah le kita nak letak almost everything about us dalam facebook...
anyway tq le....link ke blog aku...

BAYT AMZAR said...

Like this entry..! =)

kelisa_samudera said...

Do8 : lain padang lain belalang la gamaknye ye.

bayt amzar : terima kasih

atbk said...

pepehal... manjadi diri sendirilah yang terbaik..
encik kelisa sepanjang saya mengenalinya bukanlah seorang yang suka menceritiakan hal diri semata2 dalam ramai... dia seorang yang utamakan other's presence... dia juga berprisip "ha anaza!"

unlike his exroommate hamba Allah tu yang setiap kali pun .."kana abi.. kana abi" ... eheh bulan2 puasa ni..

my point, en kelisa berpendirian begini mengenai fb kerana dia mmg begitu di alam nyata, jrg berkongsi hal2 personal.. dia mmg dirinya sendiri... si exrummetnya pula dr ujung rambut ke ujung kaki bercerita hal keluarga tanpa dipinta.. dia mmg dirinya sendiri...

jadi bagi saya, apa anda di fb.. itulah anda di alam realiti... take it, or leave it.

*cuma di fb, apa yang dalam hati terus boleh dibaca semua org! dunia skrg semua pun nak cepat!
;)

kelisa_samudera said...

atbk, aku suka komen ko. especially part "jadi bagi saya, apa anda di fb.. itulah anda di alam realiti... take it, or leave it."

mmg betul2 kena la.

a.samad jaafar said...

saya setuju 200% dangan saudara.. baru cadang nak menulis lg ttg FB..tp saudara telah byk perkatakan apa yg saya mahu sy perkatakan..

kelisa_samudera said...

a samad : terima kasih. selamat dtg ke blog saya. tulis saja tentang FB. sure saya berkunjung ke blog saudara. haha

Anonymous said...

FB jika betul penggunaannya, ada limitnya, dan tidak dipersia2kan isinya, insyaallah bagus utk kita. Boleh keep in touch dgn kwn2 lama. Nak jumpa in-person sethn sekali pun tak tentu lagi. Dalam FB lah nak tahu perkembangan kwn2 dan terus mengekalkan silaturrahim, tak gitu?kalau senyap aje, katanya menyombong pulak nti?