20 August 2010

Sejenak : Your comment was published

Saya memohon maaf sekiranya sedikit pengemaskinian blog saya menyukarkan orang lain untuk memberikan pendapat. Apabila saya menyemak kembali tulisan-tulisan saya yang terdahulu, saya mendapati terdapat komen-komen yang diberikan oleh rakan-rakan yang mulia kepada tulisan-tulisan saya yang lama. Di atas komen yang diberikan, saya mengucapkan terima kasih dan sangat menghargainya.

Walaupun begitu, saya berkemungkinan akan terlepas pandang komen-komen berkenaan kerana ada komen diberikan kepada tulisan saya yang terlalu lama. Oleh yang demikian, saya membuat keputusan supaya setiap tulisan saya yang berusia lebih dari 7 hari akan diletakkan di dalam senarai kelulusan (approval) saya dahulu. Ia bertujuan untuk saya tidak terlepas pandang kepada komen-komen yang diberikan. Sejujurnya tindakan saya ini bukanlah berniat untuk menapis sebarang tulisan yang tidak selari dengan pendapat saya.

Saya mengucapkan terima kasih dan sangat menghargai setiap tulisan dari pengunjung-pengunjung blog saya. Di atas tulisan-tulisan anda semua minda saya sentiasa berkembang untuk berfikir ke arah yang lebih baik. Walaupun blog saya lebih menjurus kepada kehidupan peribadi yang dekat dengan saya, tetapi saya sentiasa percaya bahawa mendengar pendapat orang lain akan menjadikan kita lebih 'merdeka'.

5 comments:

shahrilhakime said...

Wahhh.....ni maknanya ramai betui la peminat encik kelisa samudera ni........ sampai posting lama pun still ada orang komen....

Blog ni pun macam rumah jugak.....ada masa kena kemas.....kalau tak mmg bersawang, berdebu, habuk sana sini...nak2 lagi kalau tuan dia tka balik rumah langsung atau sekali-sekala je balik......

kelisa_samudera said...

cesss, hape yg ramainya. yg ramai tu hantu. yg sikit tu je oghang.

shahrilhakime said...

udah setarap shahir AF dah encik kelisasamudera ni.......... apepun teruskan berblog..... hehehe...pesanan untuk diri aku jugak

Mebel Jepara said...

bang coba posting tentang SEO pasti sangat bermanfaat bagi dunia blogger,,

Anonymous said...

bermanfaat sekali artikelnya