Angguk-angguk geleng-geleng tunduktunduk
ikut tunjuk
Iya iya saya saya kiri kanan ikut saja
Kita tunduk pabila diketuk biarkan
terhantuk tak usah dipujuk
Relakan dipatuk ingat pesan atuk
Sabar sabar sabar sabar!
Tak apa tak kisah tak rugi tak mati tak
ambil peduli
Berserah dan pasrah biar dada
didabik adat pasang turun naik
Didera dijajah terus kita dipenjara
Jadi hamba jadi kuli jadi batu diam
diri
Kita tunggu kita lihat kita nanti kita
perhati
Jangan merungut biar bertangguh diam
akur mesti patuh
Acuh tak acuh endah tak endah buat
lawak bodoh selamba
Biar kita melopong biar kita menganga
biar mereka buat apa mereka suka
biar
Jangan melawan jangan membantah
janganlah degil kena ikut perintah
Kena banyak diam biar apa orang
kata kita tawa dalam duka
Kecut takut kalut kolot terkunci mulut
terkatup tertutup
Kalah sabung menang sorak senduk
nasi tinggal kerak
Dik mari dik… ye kak… nama adik
siapa? … Mia
Adik tahu nyanyi tak?… Tahu… Ah
mari ikut kakak nyanyi sama-sama…
Tolak tambah kali ganda hitung kira
skala nisbah
Maju mundur tinggi rendah berapa
jumlah nilai bangsa
(Kak sekupang ke, dua kupang ke,
tiga kupang?)
ladang sebidang
tanah sekangkang
pohon sebatang
Kerana wang semua
hilang hanya sehelai sepinggang
Yang jenin yang lebai
yang pandir yang luncai
Yang angannya tinggi
yang dibuai mimpi
yang sawah terjual maruah
Saya pasti kebanyakan orang dapat mengecam lirik Angguk Angguk Geleng Geleng yang dinyanyikan oleh kumpulan muzik Ahli Fikir ini. Lirik ini bemakna sekali kerana ia menggambarkan tentang nasib bangsa Melayu di nusantara ini yang semakin hilang pedoman dan mudah dijual beli oleh bangsa lain.
Saya sebenarnya sangat geli hati apabila mengenangkan lagu ini dibawakan oleh kumpulan muzik yang seumpama itu. Genre muzik barat yang dibawakan dan cara mereka berpakaian ketika mereka menyanyi sangat tidak kena dengan rintihan mereka mengenai nasib Melayu. Ditambah lagi dengan asal kumpulan ini iaitu Singapura, satu-satunya tempat di nusantara kita yang Melayu dipinggirkan dengan begitu terhormat.
Sangat rugi dan menyedihkan sekali apabila mereka sedar tentang nasib bangsa Melayu, tetapi mereka hanya dapat terloncat-loncat dan berpakaian barat di pentas muzik. Tetapi saya menghormati mereka, kerana mereka ini jauh lebih baik dari orang Melayu lain yang memegang kuasa tetapi mengabaikan nasib bangsa sendiri atau bangsa Melayu yang cuma dapat melepak di pasar raya seolah-olah pasar raya itu milik mutlak keturunan nenek moyang mereka. Sekurang-kurangnya mereka berusaha mendaulatkan bangsa melalui nyanyian daripada tidak berbuat apa-apa langsung.
4 comments:
en. kelisa, aku setuju dengan pendapat ko ni..tapi kita kene ingat tak bolehla nak diletakkan kesalahan 100% kepada kumpulan tersebut.
Itu adalah pendekatan mereka untuk menyampaikan mesej kepada golongan muda mudi zaman sekarang..pada aku, tak bolehla nak expect mereka menyampaikan mesej berguna dalam cara anda atau aku..pernahkah anda terfikir adakah golongan muda mudi zaman sekarang akan terdedah kepada mesej-mesej sedemikian sekiranya kumpulan ini memilih untuk menulis atau berkarya dalam bentuk puitis? Aku percaya kaedah yang mereka gunakan tentunya bersesuaian untuk golongan seperti mereka.
p/s: ko pun anti ahli fikir jugak ke macam ko anti faizal tahir???
saya amat bersetuju dengan anda..
mula-mula saya pun geli hati seperti anda,
tp selepas melihat kesungguhan mereka,
akhirnya saya sedar mereka mmg berniat suci,
walaupun kemungkinan lagu mereka tidak digilai ramai..
saya juga sedar golongan-golongan manusia ini berjuang dalam cara yang berbeza..
kita juga..
mgkn kita tidak mengangkat pedang,juga tidak mencoretkan pena,juga tidak berpidato berapi-api,
tp kita berjuang sehari-hari semasa kita menunaikan tanggungjawab kita..asalkan hati kita mahu berjuang demi hak kita dan keadilan..
samalah..
saya mmg tak berkenan dgn kumpulan ni..
nak2 si Mawar Berduri tu..
terkinja2 getik aku nengoknyer
tp selepas saya membaca lirik ini
perlahan2 seperti membaca sajak/puisi biasa
woww, mereka mmg telah menyindir Melayu Malaysia dgn tajam sekali!
sayang, mungkin kalau konsep mereka ala2 biasa2 je bukan rap tahpepe, byk pakcik makcik yang suke jual tanah kat kampung tu terase tau!
adakah aku hanya "judge the book by its cover" kepada kumpulan ini??? astaghfirullah, kebarangkalian nya mmg besar!!
lepas ni saya berjanji akan mendengar mereka betul2, termasuk melihat mereka terkinja2 n tetek mawar berduri itu turun naik sbb terlompat2 mcm beruk.......(?)
GM : nak dikatakan aku anti dengan artis tak juga, sebab aku layan lagu dan tengok filem. tapi mungkin kalo ko cakap aku tak suka life diorang, aku bersetuju kut. terutamanya sikap hipokrit, suka berlagak star dan sebagainya. tapi untuk mengatakan aku anti artis secara keseluruhannya, tak kut.
SBS : kesungguhan mereka memang terbukti. tapi aku terfikirkan juga satu hadis nabi yang kesimpulannya bermaksud "matlamat tak menghalalkan cara". ada apa2 yang ko boleh kasik idea lagi?
atbk : mungkin juga ko silap judge buku melalui cover tu. tapi aku takut nanti covernya tak menarik, bila dibaca tambah tak menarik.
Post a Comment