03 November 2009

Pejabat SPRM dalam kenangan - Bahagian 2


Saya pernah menceritakan tentang kenangan saya dipanggil oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia di dalam tulisan saya dahulu yang bertajuk Pejabat SPRM dalam kenangan. Di dalam cerita itu, saya cuma menceritakan serba ringkas pengalaman saya terlibat dengan kes penyelewengan wang peruntukan ADUN tanpa menyebutkan ADUN mana yang terbabit. Dengan tidak disangka-sangka, pada pukul 8.00 malam 3 November 2009, semua saluran televisyen akhirnya menyiarkan berita yang saya tunggu-tunggu sejak sekian lama.

Beberapa ADUN, bekas ADUN dan pembantu Menteri Besar telah didakwa di mahkamah atas kesalahan rasuah. Salah seorang yang terlibat ialah ADUN yang telah saya sebutkan, dan saya boleh berterus terang di sini kerana semua rakyat Malaysia telah mengetahuinya. Beliau ialah Yap Soo Sun, bekas Adun Teratai di negeri Selangor.

Bukanlah tugas saya untuk mengatakan beliau bersalah atau tidak melainkan mahkamah hendaknya. Biarlah mahkamah yang menentukan dengan prinsip "seseorang itu dianggap tidak bersalah melainkan telah dibuktikan bersalah". Untuk tempoh yang akan datang, saya akan bersedia untuk dipanggil ke mahkamah bagi memberi keterangan. Saya pasti jika perbicaraan ini berlangsung, saya berkemungkinan besar akan terlibat sebagai saksi.

Walaubagaimanapun, seperti juga kebanyakan rakyat Malaysia yang lain, saya masih sangsi adakah ini benar-benar pertuduhan yang betul dan serius atau hanya digunakan sebagai sandiwara bagi mengabui mata masyarakat. Mungkin juga Encik Yap Soo Sun ini tidak lagi mempunyai sokongan kuat MCA di belakangnya untuk mengelak pertuduhan, kerana di dalam berita bertarikh dan waktu yang sama, MCA sedang dilanda krisis kepimpinan yang teruk.

Bukan saya seorang, tetapi saya boleh katakan majoriti rakyat berpendidikan akan bersetuju bahawa "SPRM cuma dapat mencari ikan bilis". Apa-apa pun, tahniah di atas usaha SPRM. Allah jua lah yang akan mengadili kalian, seperti Allah mengadili saya.

4 comments:

yg_indah said...

tie cantik dah ada?blazer?popular la hg pas ni.

Golongan Marhaen said...

pergh,akhirnya nama hang dapatla ditulis dalam suratkhabar nanti ek...mesti tergagap-gagap masa Cross by counsel nanti..klu kene dgn dato salahudin saidin mesti best kan kan kan..jgn duk asyik kata "tak ingat" "tak pasti" "tak tahu" udahla ek...klu tak, tak guna jadik saksi..lg satu pesan aku, jgn mudah 'dibeli' sekiranya ada tawaran dibuat kat hang nanti..malu aku nak ngaku kawan..

Seorang Bukan Sasterawan said...

jangan masa jadi saksi tetiba buat statement kantoi diri sendiri hahaha

kelisa_samudera said...

yg indah : tie ada, blazer ada, semua ada. tapi malas nak pakai. pi court pakai t shirt saja boleh ka? efek pada keterangan ka dak?

GM : insya allah. aku cuba untuk tak dibeli. Tuhan sentiasa memandang aku.

SBS : yang arif, sebenarnya saya ada gak ambik beberapa ratus. opsssss.