09 November 2009
Hobi ikut-ikutan
Kamera jenis DSLR memang menjadi gaya terbaru bagi muda mudi waktu ini. Saya percaya hobi menggunakan kamera DSLR ini akan beransur-ansur hilang sedikit masa lagi. Walaupun begitu, oleh kerana hobi ini sedang hangat, saya juga sedikit sebanyak terpengaruh dengannya.
Gambar-gambar ini saya ambil di sekitar rumah saya dan di beberapa tempat lain lagi secara suka-suka. Saya tidak menggunakan kamera jenis DSLR, tetapi cuma kamera digital yang biasa sahaja. Sejujurnya saya tidak sanggup untuk melaburkan sejumlah wang yang tinggi semata-mata untuk mendapatkan kamera yang mahal. Cukuplah kamera berfungsi untuk merakamkan perjalanan yang manis dan pahit di dalam kehidupan seharian saya dan orang-orang lain di sekitar saya, agar ia boleh menjadi kenangan untuk gelak tawa pada masa hadapan.
Gambar-gambar di atas bukanlah hakcipta terpelihara. Ia tidak cantik dan pada pandangan saya yang jahil tentang seni ini, gambar-gambar yang saya rakamkan itu tidak mempunyai nilai yang tinggi. Sekiranya ada sesiapa yang sudi untuk menggunakannya, dipersilakanlah dengan segala hormatnya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
10 comments:
hilang 1 nikmat dunia kalau tak minat DSLR
aku minat, minat sungguh2. tapi bila membayangkan ketulan2 duit yang akan dikeluarkan, aku jadi lemah semangat. cukupla olympus bodo aku ja menjadi peneman hidup.
aku yg dah beli DSLR pun x brapa guna sgt, x brapa pandai... hahaha! dan xde masa nak blajar... (alasan!) tp smalam aku baru prasan tripod dah rosak, pecah!! xtau la kenapa... frust aku!
embun la yg rosakkan tu. cuba tanya dia.
ini hobi orang-orang kaya..tak mampu saya nak ikut hobi macam anda semua...
kanta kamera-mata
memory card-otak
printer-mulut
GM : kereta vios ko pun tanda ko kaya. cuma aku yang masih menaiki kereta kecil.
SBS : bagaimana dengan sub woofer? adakah itu mikrofon?
wehhh belilah dslr!!!
bile makin ramai pengguna
harga makin kompetetif!
dslr akan melalui era yang sama dialami pc dan gadget2nya, satu set pc sekarang jauh lebih murah berbanding zaman kita first year dulu!
pengguna di Malaysia kene dididik mengkritik benda yang diorang beli atau dijual secara terbuka melalui penulisan2 kekal seperti blog. bukan beli, komplen sorang2, senyap... beli lagi, komplen lagi... pastu tak buat apa2. surirumah di korea bleh buat duit parttime dgn review produk yang diorang update kat internet, kemudian semua pengeluar produk berlumba bagi produk free pada surirumah2 ni supaya diorang beri feedback bagus, dan boleh tingkatkan jualan!
skrg trend kita pun sblm nak invest utk satu produk yang mahal, kereta/motor dll, kita akan search/google dulu review pengguna2 kat mana2 forum atau blog, ini satu trend yang bagus! pengeluar2/penyedia perkhidmatan mmg takut dgn review buruk yang boleh dilihat oleh sesiapa shj di internet. fitness first pernah memanggil penulis blog yg buat reveiw buruk psl servis gym diorang dan meminta penulis itu remove entry tersebut dgn 'ugutan' tindakan undang2! diorang byk je duit sbnrnyer nak truskan legal proceeding tp sbb diorg tahu kesan review buruk, hanya removal shj yg diorang mintak. kalu tak review tu mesti la kluar paper plak lepas tu!
aku tak tau la, tp sejak aku kondem celcom dalam blog aku hari tu, brodben aku kembali ok setelah buat taik berbulan2! hehe
kita harus terus mengkritik dlm isu2 kepenggunaan, biar semua penyedia perkhidmatan berlumba2 menawarkan harga dan kualiti terbaik kepada kita, even kalau diorang tak untung dan bungkus sekali pun, hello, bukan kita yang rugi kan?
harap bile aku beli dslr nanti
harga dah ok! (which i don't think so)
sbnrnyer dslr kat malaysia pun same je mcm kete import masuk m'sia... beli di negara pengeluar xde la semahal kat sini pun...
kalu ko nak cungkil bakat dan interest, tak salah beli body second hand yg ko boleh dpt lebih murah (tp kene tgk 'shutter count' iaitu berapa kali shutter dah bekerja bukak tutup), tp invest utk lense yang bagus dan variety... dan kalu ko mmg bagus amik gambar, tak payah berniat nak jd jurugambar pun, mesti ade request dr sesiapa utk ko tolong amik gambar diorang, atau koman2 ade org mintak kebenaran nak guna gambar ko keje diorang
kalu ko tak bagus, bertambah tak minat or mmg xde bakat, ko xde la rugi sgt... tp percayalah sekali ko tau mcm mana nak guna n hasilkan gambar bagus, ko akan ketagih!
photography is a medium of expression, same mcm blog jugak!
kpd nafastari, dslr memang kene belajar betul2! join je mane2 kelas. kat utube byk je tutorial free org xkedekut ilmu buat (org putih la, org melayu xjumpe lagi)
gile korang. kan dah kena basuh ngan atbk. tapi aku setuju tu. bila medium kepenggunaan kita kuat, baru le syarikat2 takut sikit. skang semuanya pentingkan diri sendiri, harga naik pun masih lagi ada orang beli. camna nak turunkan harga kalo cenggitu.
salam tuan penulis,
maaf saya menyampuk dlm isu ni. sebab saya pun start dengan ikut-ikutan, lepastu jadi ketagihan. dan makin lama, terasa bagus juga ada ilmu dan kemahiran lain selain yang berkait rapar dengan kerjaya, walaupun tak lah se'expert mana
betul ckp sdr atbk tu. fotografi adalah medium meluahkan apa yang tak terkata di mulut. snap. snap, snap. lawa tak lawa, untuk mata kita juga..
selamat mencuba
Post a Comment