20 October 2009

Maruah wanita pada tualanya...


Saya terbaca tulisan di blog ini. http://saifulislam.com/?p=6868#more-6868 . (Terima kasih kepada laman saifulislam. Izinkan saya untuk menulis alamat laman web anda di sini). Tidak dapat tidak saya sangat-sangat bersetuju dengan beliau.

Apa lagi yang tinggal pada wanita sekarang selepas tuala wanita yang sepatutnya diletakkan dalam kategori "sangat sulit" diwar-warkan di khalayak ramai. Malah menunjuk-nunjukkan pula bentuk tuala wanita yang kononnya sesuai dengan kemaluan mereka. Paling menyakitkan hati ialah seorang artis wanita bertudung yang menjadi model untuk tuala wanita ini. Bertudung, kemudian menjadi model tuala wanita dan menjerit "kami bebas melakukan apa saja". Sangat memualkan!!

Kuasa komersial sekarang mengatasi segala-galanya. Mungkin pemilik syarikat itu orang kafir yang tidak tahu menilai agama dan adat kita. Tetapi, di mana pula maruah orang-orang yang menjadi model dan melakonkannya?

Sekarang, apabila kita menaiki pesawat, marilah kita melihat punggung pramugarinya dan menelanjangkan maruahnya...

5 comments:

atbk said...

Hmm.. bab tuala wanita, kitaran haid dan sewaktu dengannya ni dari segi pendidikan memang penting,
tapi caranya yang dipaparkan di TV berlebih-lebih pula...
Bagi aku kalu sampai orang dah tak segan2 nak menjerit2 pasal bende tuh, mungkin itu pilihan mereka. Mungkin juga standard "malu" orang2 kita pun dah berubah, seiiring dgn pendedahan yang tak terkawal dgn budaya orang luar...

Ha, pasal iklan syarikat tambang murah terbaik dunia tu, memang aku terkejut jugak lah first time tgk, nak2 mase die tunjuk snap picture tang bontot ketat tu...

Mane suara Sister in Islam? Dulu aku hanya berpendirian senyap sahaja pasal ini; tapi sekarang aku declare la kuat2! :- ORANG PEREMPUAN SEBENARNYA YANG MEMBIARKAN DIRI MEREKA DI"MURAH"KAN DAN DIJADIKAN OBJEK2 SEKSIS!
Jangan asyik nak salahkan org lelaki je!

Golongan Marhaen said...

en kelisa:aku bersetuju dengan pendapat ko tu...cume aku kurg bersetuju untuk kita melihat punggung2 tersebut..biarlah mereka menelanjangkan maruah mereka sendiri..tapi takkan disebabkan mereka, kita juga hendak ditarik bersama-sama mereka ke alam neraka nanti...

atbk: biarla mereka dgn pilihan mereka..kita ada pilihan kita sendiri..

p/s: takutnya hidup kat dunia sekarang ek...banyak dugaan..

kelisa_samudera said...

atbk : sister in islam ni bab tunjuk punggung dia tak marah. tapi kalo sebat kat punggung baru dia marah. sebab bila dah kena sebat, punggung tu berbirat dah tak cantik lagi nak ditunjuk. damn u SIS.

CM: sebab takut hidup kat dunia la aku lari balik ke sini. aku takut kalo membesarkan anak di kl, anak aku akan jadi hantu.

Aliff Imran said...

emm..masalah ker kalu iklan berkaitan TUALA WANITA..???CLOTH PAD??DISPOSE PAD??

hmm..naper aku xnampak sebarang masalah pada iklan-iklan tersebut?kategori sulit??hmm..dier bukan tunjuk pun kemaluan pompuan..?maybe sbb aku pompuan..dats y aku pk camtu kut..
tp pada aku benda tu bukan suatu perkara yang memalukan,all woman shud know bout how to handle it..and i do think man have to know bout it too!! kalu x camno korang nk dapat anak beb....

bukan aku nk blame korang(man) tp aku notice laki cam xnk amik tahu sgt psl menses org pompuan ni..emm korang sedar x tanpa menses anak xkan terjadi..

sory it just my 2 sense

Anonymous said...

..malu perlunya di situ.
..haram tertakluk pada hukumnya.

pro dan kont ttp ada.

tp kini semuanya amat terbuka.

tbuka utk ilmu itu baguih. ttp sengaja memilih untuk keterbukaan itu banyak error yang mengikut.

begitu jua bab mbesarkan anak2.