19 October 2009

Seseorang yang pernah berpengaruh

Pagi ini ketika meneliti surat-surat yang sampai di atas meja, saya membaca satu surat permohonan tanah oleh bekas wakil rakyat di kawasan utara Perak. Bekas wakil rakyat ini sudah berusia lebih 75 tahun dan mempunyai pingat kebesaran Sultan. Alasannya, selama dia tinggal di kawasan utara itu, tidak ada satu tanah anugerah pun diperolehinya dan dia mendakwa masih tidak mempunyai tanah kediaman sendiri.

Saya cuma ketawa di dalam hati. Dalam fikiran saya, dia yang sudah berusia, yang selalu orang cakap "rumah kata pergi, kubur kata mari" pun masih lagi mahukan tanah. Jika selama ini tiada tanah kediaman sendiri, di mana dia tinggal selama menjadi wakil rakyat dan selepas dia menjadi wakil rakyat?

Sifat tamak manusia ini tiada penghujungnya. Bayangkanlah jika dia memohon tanah, tempoh untuk dia mendapatkannya, tempoh untuk dia membina rumah pula di atas tanah yang diperolehi, adakah pada masa rumahnya siap dia akan berbaring di dalam rumah atau di dalam tanah? Entahlah.

10 comments:

Golongan Marhaen said...

Sifat tamak, jika menguasai diri akan membawa diri lebih jauh, hanyut dan terleka...aku setuju btoi dgn ko ni en kelisa..sepatutnya org tua tu lebih fikirkan "tanah" untuk dia diami di alam lagi satu, sebab "tanah di situ untuk kediaman abadi selama-lamanya..

p/s: dgn amalan kita skrg ni mampu ke untuk kita beli "tanah" di sana nanti?adakah kita "tanah" kita di sana aman dan damai atau kering dan panas terbakar?renung2kanlah..

KiMi said...

hahaha.ingat wakil rakyat layak dapat tanah anugerah?lain la kalo dia hulur sikit kat kau kan?hahahah.

yg_indah said...

ooo tu dia bpegang teguh pada hadis suruh cari harta seakan hidup selamanya tu.

kelisa_samudera said...

kimi : kalo dia nak hulur kat aku, aku tak mintak sikit. aku mintak banyak.

yg_indah : tapi dia lupa suruh cari amalan macam nak mati esok hari.

Insan Biasa said...

Kg aku belum diturap lagi...

yg_indah said...

kampung tu mmg tak akan diturap selagi tak abis alaf ni.abis alaf ni pun kena tengok budget dulu cukup ke tak nak turap.sebab kerajaan memang berhajat nak kekalkan ke"hulu"an kg tu.muahahahahhaa puas ati la leh kutuk camni.lama dah eden tak ngutuk camtu.muahahahah
dah la skang ni pun dok jumpa keta buruk plet "A" bersepah.muahahhaha

atbk said...

Macam-macam...
Mungkin dia juga berpegang kepada,
"Jangan kamu tinggalkan keturunan kamu dlm keadaan meminta-minta"

So, biarlah dia meminta2 sekarang... kot!

Anonymous said...

IB: laaaa,dari zaman sekolah sampai la ni tak berturap??aku ingat dah berturap walaupun zaman dah berubah..ish ish ish..

indah: betui kata hang ked, kat tempat aku keterr buruk plat A bersepah kat sini..merosakkan permandangan utk pelancong2 kt sini aje..

-CM-

kelisa_samudera said...

IB : kalo aku sebut adun mana, mesti hang akan lebih sakit hati. dekat2 ja dengan kampung ko.

atbk : ada banyak lagi yang aku simpan dari cerita ni. aku cerita yang samar2 saja. kalo aku cerita semua mesti ko akan cakap,

"jangan kamu tinggalkan keturunan kamu dalm keadaan sama macam orang lain. tinggalkan keturunan kamu dengan harta kekayaan banyak nak mampus sampai 7 keturunan makan tak habis".

memang macam2 ragam manusia ni.

yg_indah & CM : hangpa cuma melihat dari jauh. bayangkanlah aku yang berada di negeri ini. dah nak jelak tengok keta2 macam tu. huhuhu

yg_indah said...

keta mcm tu mmg byk dlm msia.asal plet mula huruf tu ja mmg la......(tut).kt UIA ada,kt kedah pn ada.kt tmpt kelisa tosah ckap la.tp ada hikmahnya,sbb jalan pun tak habis bertar lg,so apa guna beli keta elok.isyh kutuk2 mesra ni xbes la kalau yg dikutuk mesra tu xmelawan.